Assalamualaikum
Kisah boikot memboikot ni da agak kurang kalau tengok kat dinding FB aku. Mungkin sebab sekarang ni gencatan senjata di Gaza, jadi kalau makan McD atau kerja di McD pun da tak kira sebagai menyumbang pada zionis. Gitu ke? Hehehe..
Aku bukan apa menulis tajuk tu. Dari kita bergaduh boikot memboikot ni apa kata kita bagi sumbangan pada tabung Gaza. Ada banyak tabung yang dilancarkan untuk disumbangkan kepada warga Palestin sekarang ni. Sama naik ngan peniaga crepe durian aku nengokkan. Pandai pandai lah pilih tabung yang elok tu ya. Contoh yang aku rasa ok adalah seperti Aqsa Syarif dan Islamic Relief Malaysia. Sambil sambil tu derma dan sedekah untuk orang tempatan yang kurang bernasib baik pun jangan dilupakan. Hari jumaat ni eloklah kita lebihkan sedekah. Semoga diberkati dan dirahmati Allah selalu.
Salam Jumaat.
Daa
14 comments:
betul tu kak rai...org yg dduk senyap2 @ atas pagar ni lg bhya...
Tau xpe!!!!!!!!! Asik nak ngelat selamatkan poket sendiri...
ramai yg tahu bercakap je
Saya setuju dengan Sis...takperlulah Boikot mcm tu. Erm komen panjang ada di Blog Denaihati. Hehehe.. Yang penting kita panjatkan doa buat saudara seislam kita di Gaza dan sedekah jika mahu..
Lihat mana yang lebih memerlukan...
kenapalah perlu buat semua itu...
setuju dgn kata Mummy Akmar..byk2 panjatkan doa buat mereka....
semalam adik kat opis akak kata nak gi makan McD.. katanya takut nak gi takut orang kutuk. akak kat pegijerler... orang yang mengutuktu nanti kalau dah lupa dia yang lebih duk post kat fb bagai.
btul tu.. baik mndrma di hr jumaat yg mulia ni ha.. dpt jgk bntu warga plestin sne.. nsiht utk dri sndri hihi
dengan menderma sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka di sana..
boikot bermusim gitu kaedahnya...
ye.. betul tu.
Semalam saya makan beger prosperity di mekdi. Sedap. Alhamdullilah.. :)
tamau makan suda. duit tu gi derma kan. ni boikot mekdi, rokok plak yg dibelinya lebih wat stok.
pastu paling annoying skali, geng-geng tak berapa nak boikot apa jenis produk bawak keluar hadis burung dengan nabi IBrahim tu. Yang pakat bawak keluar hadith tubanyaknya , yang boikot mekdi, tapi stil takleh boikot rokok...~
assalamualaikum rai...betul2 tu mama sokong...;)
hehe..ustaz mak aku ckp jgn makan mekd lg ....wallahualam..konpius gak pasal isu ni..ada kata boikot..ada kata x yah boikot....
Catat Ulasan