Jumaat

Makan durian mandi manda

Assalamualaikum

Akhirnya dapat bersiaran seperti biasa di opis. Tak puas betul blogging dengan skrin kecik. Dah la application blogger tak mesra pengguna. Aku pulak buta IT. Nak masuk gambar nak ejas itu ini tak berapa reti. Sabar je la.

Ni sambungan sikit gambar masa jalan jalan dengan family aritu.
Ayah tengah pilih pilih durian
Dalam family aku cuma adik bongsu je yang betul betul tak makan durian. Bau pun tak boleh. Masa mak mengandungkan dia dulu mak alah dengan durian. Kesian.. Hilang satu nikmat dunia.. Hahaha.. Aku takde la suka sangat. Tapi biasa la kan. Tekak manusia yang mengandung ni. Banyak gak aku makan aritu. Nasib baik tengah musim hujan. Lepas tu mak bagi minum air kat pangsa durian tu. Takde panas badan. Ok je aku. Sepanjang pregnant ni takde aku pantang makan apa sangat. Yang pantang jumpa banyak la. Hehehe..

Tangan along ngan anak sedara yang hantu durian
Lepas mandi kolam
Aqil tak dapat makan durian sebab lepas kereta gerak dari Tiara Beach resort tu dia terus lelap. Penat sangat la tu. Satu hari dua kali mandi kolam. Penat sangat dia berkayuh masa swimming lesson dengan ayah.
Damia duk cargas
Budak ni sempat la makan durian. Banyak pulak tu makan. Hahaha..Cute gila okeh


Daa

11 comments:

Unknown berkata... [Reply]

belum teringin lagi makan durian buat masa ni, masih mabuk sikit, bau durian pun pening. Tp masa mengandungkan Arif dulu mmg asyik cari durian aje....:)

Ibu Lala berkata... [Reply]

wahhh sedapnye buah buahan tu. sume peberet..
jom singgah blog saye..

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Masa kakcik mengandungkan Along, memang kakcik makan durian 'tak hengat'. Along pun waktu kecil suka sangat dengan durian, tapi bila dah dewasa, bau durian pun dia tak suka...

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Ruginya tak makan durian. Agaknya bila masa mengandung suka durian anak tu tak makan durian Rai sebab anak sulung kakak pun macam tu sebab masa mengndung kakak asyik tala makan durian aje. Tapi nasib baik bau oklah walau dia tak makan.

Damia yg best pandai makan. Untunglah kan...

Ujie Othman berkata... [Reply]

mkn durian reramai..syok tu!
saya pun bkn hantu durian, tapi kalo jumpa yg kuning tebal tu tergoda gak.

Dr K berkata... [Reply]

memang rugi oooo kalau tak makan durian! hahaha

Ann Ishak berkata... [Reply]

oh durian...bila dapat makan ni

Tanpa Nama berkata... [Reply]

mandi2 tu ok, doyan tu x brp nk layan hehehe

Jna marcello berkata... [Reply]

WAHH SERONOKNYEE DYEEE HEHEHE

sal ya berkata... [Reply]

balik kampung makan durian jugak.

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

sedapnya buah doyan!!

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com