Assalamualaikum
Dalam banyak banyak jenis perniagaan dalam dunia ni.. Kenapa lah ko pilih MLM jugak..
Ada orang anggap begitu. Walau pun belum pernah ditanya lagi. :D
Kenapa aku pilih MLM. Parents aku meniaga sebenarnya. Meniaga kedai runcit. Kakak aku bukak kedai buku dan alat tulis. Operation hours - Seawal 7:30 pagi, hingga ke pukul 10 malam. Waktu rehat untuk makan tengah hari dan solat maghrib ditutup (kedai mak) Kedai kakak aku officially buka sampai 10 malam. Tapi kalau nak siapkan tempahan design kad kahwin atau tempahan lain, dia kena stay dan tidur kat kedai.
Cuti wajib dua kali setahun. Raya puasa, raya haji. Lain-lain bergantung pada keadaan. Bagi peniaga macam mak dengan ayah. Tak buka kedai = tak ada pendapatan. Kakak aku, belum bukak kedai da ada hutang lebih RM100k. Modal.
Macam mana aku boleh sesat dalam MLM ni ya..
Aku ni alien sikit pemikirannya. Sebelum join MLM pun aku tak pernah ada impression tentang bisnes ni. Nay. Zero. Rei. Mattaku.
So, there goes sebab aku yang pertama..Duit..
Berniaga.. Darah meniaga ada dalam diri aku. Tapi aku takde banyak modal. Nak meminjam mintak maap la. Belum tentu untung da nak buat hutang. Kalau melingkup nak bayar dengan apa.. So, dengan modal kecik aku boleh mulakan perniagaan. Stok tak payah simpan. Aku cuma perlu cari pembeli je. Sama la macam perniagaan lain. Tanpa perlu modal besar, ada lebih dari 400 potential item yang aku boleh jual. Dari seluar dalam sampai ke barangan dalam bilik tidur dan makanan.
Aku tak pandai nak influence orang lain. So initially aku memang tak nampak pasal bernetwork bagai. Macam kebanyakan orang lain. Aku tak suka cari orang. So, aku nampak meniaga je la. Direct selling.
Aku tak pandai nak influence orang lain. So initially aku memang tak nampak pasal bernetwork bagai. Macam kebanyakan orang lain. Aku tak suka cari orang. So, aku nampak meniaga je la. Direct selling.
Dalam MLM ada dua sebab orang jadi ahli. Satu sebab nak berniaga, satu lagi sebab nak beli barang harga ahli. So aim aku adalah orang yang nak beli barang berkualiti dengan harga ahli. User la senang cakap.
Kemudian, member tunjuk income potential kalau aku jalankan business ni dengan serius.
Apa yang menarik bagi aku. Perniagaan yang aku join ni income bulanan ada yang takde banyak mana kalau banding dengan syarikat lain. Bukan yang level tinggi ok. Yang betul betul level tinggi memang telan air liur la. Maksud aku untuk pangkat peringkat awal-awal. Dalam 3-4ribu je. Yang aku nampak adalah pencen. 3-4ribu je. Tapi siapa nak bagi pencen 3-4ribu sebulan kan..
Ada pencen dan boleh diwariskan. Mana nak tau kan.. Aku boleh hidup lama mana. Aku tak kerja kerajaan yang dapat pencen. So dengan business yang buat part time macam ni boleh dapat pencen. Yang kalau aku mati tetiba, anak aku akan dapat. Memang ada insurans, tapi insurans tu sekali je la. Pencen ni berterusan. So far, dalam sejarah perniagaan ni yang aku tengok. Ada sorang chinese lady, da mati tahun 1993. Duit dari perniagaan dia dapat kat abang dia yang masih hidup sebab pompuan yang mati tu anak dara.
Macam mana boleh ada pencen?
Network adalah sejenis aset. Kalau kita bina rangkaian pengguna dan pembeli barangan. Sampai satu tahap, kita boleh nikmati hasilnya. Mungkin ada orang kata.. Ini orang bawah kerja keras. Orang atas yang dapat hasil. Tak. Siapa yang kerja keras. Dia akan dapat hasil.
Macam KFC. KFC ada rangkaian restoren kan. Francais. Owner KFC untung tak? Wajib la untung. Tapi yang bukak francais tu untung tak? Untung jugak. Buat francais kayakan owner juga. Tapi ianya adalah win-win situation. Tapi francais ni adalah model perniagaan yang lebih besar. Network marketing ni model kecik, tapi rangkaiannya boleh jadi besar. Dan modalnya cuma sedikit.
Contohnya.. Kita jual syampu kat A. A suka guna syampu yang kita jual. Bila da habis tentu dia beli lagi kan. Kalau kita da mati, A masih boleh guna syampu kita dengan beli barang di kedai (yang company sediakan). So, kalau kita bina rangkaian pelanggan macam A banyak banyak. Banyak la income kita boleh dapat. Dan barang yang boleh dijual bukan cuma syampu, tapi ada beratus ratus jenis barang.
Berbanding dengan jenis perniagaan yang biasa. Jangan kata kalau mati. Kalau kita demam. Kedai tutup pun takde income dah. Dah.. Siapa nak bukak kedai.
Dan risikonya pulak kecik. Sebab aku tak perlu simpan stok. Tak perlu bukak kedai. Kalau pelanggan tak suka dengan barang aku jual pun, company ada tawarkan jaminan pulangan wang 100%.
Eh macam mudah bunyinya MLM ni kan.. Tapi kenapa ramai tak berjaya?
Aha.. Rahsianya adalah delay gratification. Tak ramai orang sanggup sabar dan tekun usaha. Nak membina rangkaian perniagaan yang besar bukan mudah dan ambil masa yang singkat. Kita bukan bukak kedai makan. Buka kedai hari ni. Orang da nampak kedai kita tang tu. Kedai makan pun ambik masa jugak nak dapat pelanggan tetap. Meniaga MLM zaman sekarang bukan mudah. Jangan kata kawan-kawan. Ada masa keluarga sendiri pun cemuh. Sebab, ramai orang yang tak jujur dalam meniaga. Banyak cabarannya. Cabaran paling besar adalah diri sendiri. Macam aku, kerja da dapat duit. Kat opis sambil sambil blogging pun hujung bulan dapat duit. Kenapa nak susah payah ber MLM kan :D
Paling biasa adalah yang jenis melompat lompat dari satu MLM ke satu MLM. Mula mula ada kawan ajak join syarikat A dan kata..senang nak buat duit ni.. Buat buat tak jadi.. Buat buat tak kaya. Boring la. Berenti. Ada pulak kawan kata, ni syarikat B ni baru je masuk market Malaysia. Kalau join kita at the top of the pyramid. Kaya nanti. Join syarikat B pulak. Buat buat..eh tak kaya jugak. Join la C pulak.. Begitu lah seterusnya..Last sekali, bila ada kawan ajak join. Dia mungkin akan kata "alaa..aku da pernah join benda ni dulu..tipu lah..tak boleh buat duit pun.."
Sound familiar? :D
Moralnya.. MLM lebih kurang je macam perniagaan lain. Yang kena jual barang, kena gigih. Bezanya, kena gigih lebih lagi sebab ramai orang ada bad impression tentang MLM.
Moralnya.. MLM lebih kurang je macam perniagaan lain. Yang kena jual barang, kena gigih. Bezanya, kena gigih lebih lagi sebab ramai orang ada bad impression tentang MLM.
Ni baru sebab yang kesatu. Sambung len kali la. Err.. Ada ke yang nak baca topik gini? Boring kot kan..Nak kena bagitau gak ke aku join MLM mana? Hehehe.. Aku tak buat business online. Tak promote online. Ol skool gitu. Cuma kenalan yang da kenal kat luar blog je yang aku cerita. Tu pun ada ramai yang tak tau. Kawan-kawan ni biasa la. Kalau kita cita kita buat insurans ke MLM ke, jumpa pun da tak mau. Padahal bukan aku ada nak jual apa pun kat dia.
Kenapa aku nak cerita benda benda ni? Just untuk pengetahuan orang orang yang tak tau. Nak berniaga, tapi takde modal, ianya mungkin boleh jadi a good option.
Nota kaki : Jangan ada yang tetiba takut nak kawan ngan aku dah la.. Tapi taknak kawan pun aku nak boleh buat apa..Hak memasing. Hehehe..
Kenapa aku nak cerita benda benda ni? Just untuk pengetahuan orang orang yang tak tau. Nak berniaga, tapi takde modal, ianya mungkin boleh jadi a good option.
Nota kaki : Jangan ada yang tetiba takut nak kawan ngan aku dah la.. Tapi taknak kawan pun aku nak boleh buat apa..Hak memasing. Hehehe..
Daa
25 comments:
hahaha..cm seram je pasni..hehehe..join yg mana amway ke?
i baca tapi i tak minat MLM..
ada sorang budak tu kira nak berMLMkan i...katanya tak payah pakai modal besar, beli barang tu jer dan bayar ansuran..then cari orang..
i cakap orang sekrang, nak keluarkan modal RM50 pun orang berkira, ini kan pulak nak beli barang kosmetik tu.. beria2 dia brcakap... dia punya upline dah pakai audi dah..beriakan cakap siap tekan kat kereta audi tu.. i tak heran pun pasal audi tu sebab abang i pun pakai audi.
so i tanya , u dah masuk ker? dah..pelan jer jawab..baru masuk jer.. jadi tak byk lagi income..
so moralnya i tak minat MLM, dia cakaplah modal kecik ker besar ker, memang tak jalan laaa
tapi untuk yang nak try, silakan..
tak try tak tahu... i dah try dan dah tahu maka jawapannya tidak.. :)
bagus tu rai, kalau ada keyakinan apa salahnya mencuba. saya sokong sangat, walaupun pendapatan tak banyak tapi ada setiap bulan...itu dah mencukupi kan
saya yg kerja ada gaji tetap pun masih buat side income
sy pun minat bniaga, tp bila melibatkan org rmai dan saling bkait mcm MLM...sy xminat. tp utk bli barang harga ahli, itu saya saaaaaangat minat! :p
saya pun minat biz kak rai.. dah macam2 jenis mlm sy try.. tapi besala hangat2 tahi ayam je.. bila pengaruh dah slow mula la malas balik hehe
sy minat biz..sbb tu ada ckit2 jual brg kat my blog..hehe..
apa jua pon moga terus maju jaya ye Rai
Cerita la Rai join company mana...
Interesting. Kakzakie ada kakak yg berkecimpung dlm MLM (Amway). Bermula dgn org bawah bila dah ada ramai customer dia dah tak perlu susah-payah sebab dah ramai pelanggan tetap. Bila dah ada pelanggan ramai dia siap join another MLM. Rai nak tahu apa Avon aje pun tapi still untung lagi.
Sekarang dah tak kerja tapi teruskan dua-dua MLM ini, di rumah dia buat bunga kristal dan jual pada pelanggan MLM dia. Free nanti kakak tunjuk bunga kristal dia buat. Tak perlu kedai pun tapi ratus-ratus masuk a/c setiap hari bukan setiap bulan.
Tapi... kakak tak pandai macam dia hihi..
pandai ko menulis..hehe
untuk MLM even da dgr dyeorg nye penerangan pun Na da rasa boring hihihi
Nak masuk MLM ni atau jadi agent kena rajin.. tapi masalah produk MLM ni harga dia tak mengalah tinggi. Yerlah nak suap manager2 dekat atas komisyen tu kan.
Mostly camtulah..kualiti wise tak sure..sebab sama je produk di pasaran tu..
Blog Qashmere
Style Me Gorgeous By Qashmere For All & Plus Size Fashion
Take Care Sis
Peluang berniaga tu pelbagai kan...MLM tak suit semua orang, begitu juga dgn traditional way of biz, tak suit semua orang. Apa yg penting, cari niche yg suit dgn kita...dan bisnes dgn jujur..:) Good luck & selamat berjaya!
orang yang berjaya dalam MLM adalah orang yang rajin berusaha.. janganlah dah jointu terus ingat nak kaya.. banyak cabarannyer.. akak ada cuba dan akak tau akak tak mampu...
good luck dengan apa juga yang diceburi/....
rai...aku tak suka MLM...tp aku baca saampai abes :) yeay!~
apa pun kalau rajin boleh aje .. bee buat mlm , tp malas hee
husben saya pun suka berniaga. tapi saya in beween. hehehe...
sy plak xminat sgt bab2 camni ke bisnes ke.. walaupun hubby ada suruh tp dh xminat.. heheh
sy plak xminat sgt bab2 camni ke bisnes ke.. walaupun hubby ada suruh tp dh xminat.. heheh
setuju ngan hmpir semua points k'rai...sbb tu sy pilih tupperware :)
moga Rai berjaya dengan usaha yang dilakukan.. ;)
aku x minat MLM..tp aku minat bsns hehe...ade jugak perancangan =)
tgk,ramai dak sakti yg join mlm kan...gud luk zai =)
Sy buat MLM...sy x fikir pun nak cari org dgn jumpa2...sbb dgr jgk org gagal..tpi sy join jgk..sbb ada product dn nak buat side income jual secara online...perfume,lotion..sabun.sy nak hrga ahli je..hehehe..bkn nk cari org..x suka..malu
Sy buat promosi product je..kat facebook...page..rmi yg nak beli...sy untung runcit kat situ je dpt rm2000 sbln lebih kurg...so..ok la kat situ..(,mmg niat nk jual product je..xnk cari2 org..malu.haha).
Tpi bila satu hari...ada pembeli sy tnya sy..dy suka nak jual product..sbb sy rancak je pos product..nk jgk hrga ahli...dy jadi ahli..nk jual mcm sy..
So..bila ada 3 4 org nak niaga mcm sy..jdi ahli..tibe2 sy "TER "bina rangkaian pengedar dlm team sy...lepas 4 org ahli ni just jual product..mcm biasa...kdg2 je org jdi ahli..dorg buat mcm sy..sy HANYA jual product untk runcit..x pnh fikir untk ajak2 org paksa2 org join..tpi 3 tahun sy buat...ahli team sy ada 1856 org...dn dlm setiap penambahan ahli tu sy dpt kmisyen...tnpa sedar sy collect 300k something mcm tu la..
Bkn sy bernasib baik...sbb sy rajin promote produc je...nonstop..sbb nk dpt kn kepercayaan org sbgi trusted seller..tu yg org mula kenal dgn sy.hahah...
So..MLM ni nth la..bergantung pd persepsi org la..klu masuk dgn org slh..serta kfahaman salah..salah la jdi nya...dn tgk cara buat kita..kalau ajak2..paksa2..fokus dgn cari org masuk...x jdi...dy kene cool je...relax2...santai...promot je product..just buat normal niaga...x yh pksa2 cari org..org yg nilai kita bila tgk kita dpt income..merasa masa...
Now sy x keje dh...dlu smbilan je...skrg sy happy in my life..
Ops..lupa..solat jgn tinggal..
Wallahualam..
Klu nk borak2 pasal pngalaman..0133124480..
menarik juga cerita ni...moga dipermudahkan saya juga buat online biz
Catat Ulasan