Isnin

Komen orang keliling

Assalamualaikum

Hidup kita kadang-kadang tak lepas dari cakap cakap dan komen orang keliling. Orang kata biasa lah mulut orang. Bukan macam mulut tempayan boleh ditutup tutup. Betul jugak..

Komen banyak jenis.. Yang positif kita jadikan sebagai penambah semangat. Yang negatif tu buat pekak sudah la.

Pregnant kali ni aku tak expect. Tapi dah rezeki. Aku terima dengan rasa syukur.

Bila da masuk minggu ke 26 macam ni aku rasa syukur sangat aku pregnant tahun ni. Walau pun ada mulut mulut takde insurans yang sambil bergelak ketawa kata "aih..productivenya"

Hehehe. Aku sengih je.

Kalau aku cabul sikit time tu aku menjawab jugak la..

Apa yang menyebabkan aku rasa syukur sangat.. Bila umur meningkat stamina badan makin kurang. Lagi lagi kalau jenis yang badan tak besar mana macam aku ni. Dalam pada tu sibuk aktif.. Semua benda nak buat sendiri sampai shujin pun boleh hangin ngan aku. Puas dia pesan tak payah sibuk sibuk. Aku buat jugak. Nak buat macam mana kan.. Bukan ada pembantu rumah. Kalau harap kat orang lelaki, kadang-kadang diorang tak kisah kalau bersepah sikit atau pinggan mangkuk tertimbun sikit dalam sinki.

Aku bukan boleh. Dalam pada lenguh penat tu nak jugak buat semua tu. 

Bila fikir balik. Kalau ditakdirkan aku pregnant lepas umur 30 nanti. Mesti terlebih lebih lagi lenguhnya. Maklumlah. Masa tu pun tulang da menjurus kepada menyusut. Sistem badan pun da makin tua. Silap silap lepas bersalin nanti makin susah nak balik bentuk badan asal.

Allah tu perancang yang terbaik kan :D

26 minggu.. Si kecik dalam perut da buat macam macam aksi akrobatik. Main bola dah macam macam jenis bola dah rasanya. Aqil dengan Damia makin tak sabar tunggu adiknya keluar. Kejap kejap datang sayang. Kejap kejap datang nak cium perut. Aqil siap nak main geletek geletek ngan baby. Hehehe..

Kalau diorang da besar sikit nanti silap silap jangan kata nak sayang perut aku. Nak melayan baby pun malas agaknya. Sibuk main sesama dia.

Tahun depan nak masuk 30. Aku da start ada sindrom kejap kejap belek fine line kat mata, kat tepi mulut. Still nak nampak macam umur 18 walau pun dah nak masuk tiga siri. Kehkehkeh... Tak maluuu :P

Nota kaki : Aku belum beli lagi barang baby. Shujin da ajak pegi beli. Aku tanya dia "nak beli apa eh? Lupa la" wakaka... Poyo je..

Daa

20 comments:

Tanpa Nama berkata... [Reply]

doakan yg terbaik aje for u ye Rai!

Ujie Othman berkata... [Reply]

buat dek je..ada anak salah, takde anak pun salah. Mmg ada org yg suka cari salah.

saya ni dah lebih 30..mmgla tau risiko pregnant lewat, tapi nak buat camne..blm ada rezeki. Apa yg ada..terimalah dgn happy. :)

Unknown berkata... [Reply]

Anak kak zan pun rapat2 Rai. Bila org tegur, kak zan kata malas nak pregnant bila dah berumur so sekali harung jer..sekarang anak2 dah besar dah lama kak zan tinggalkan zaman bersengkang mata waktu malam.
Semoga Rai dan baby sihat ya..

Jna marcello berkata... [Reply]

Doa yg terbaik for you ;)

Aziela berkata... [Reply]

Memang ada orang yang jenis suka komplen. Akak sejak2 dah meningkat umur nie, ringannn jer mulut nak laserkan balik. Dah puas bersabar dan memendam rasa sejak kecil. Kadang2 rasa macam di pijak.

Ann Ishak berkata... [Reply]

pedulikan apa orang nak kata rai, mereka2 tu semua tau berkata2 sebab ada mulut je. eh emo pulak ahkak ye :)

aizamia3 berkata... [Reply]

biarlah orang nak kata apa.. itukan rezeki dan bahagian masing2.. ;)

mummY daniSha berkata... [Reply]

lantak pila org ckp apa zai...soalan tipikal org melayu mcm tu laa..yg lg geram kalau org yg sama ckp benda yg sama lebih 20 kali.....haaihh

Yaya Azura berkata... [Reply]

Mulut tempayan tu besauuu...memang tak mampu nk tutup...bior je lah rai mulut tempayan tu ternganga..

Moga kandungan sihat2 saja...

BERT berkata... [Reply]

rezeki Allah takkan boleh tolak kn..wat dono je kak.. moga akk n kndungan slmt smpi ke akhirnya ya

sitiezahim berkata... [Reply]

tahniah. seronok dan jeles baca pasal orang pregnen ni..huhu..teringin nak pregnen dlm masa yg sama fobia jugak..huhuhu

Irfa berkata... [Reply]

aku peknen kakak masa umur 21
peknen abam masa umur 25
dan peknen si adik masa umur 30
mmg ada banyak bezanya.sedikit penat masa peknen si adik.tp aku naik banyak berat badan sebab anak2 aku mmg sengaja dijarakkan so aku byk masa rehat..jadi mem besar.diorang pandai bawak diri :)

Unknown berkata... [Reply]

PEKNEN RUPANYA..TAHNIAH2..

Unknown berkata... [Reply]

go mummy go

Cho Zila berkata... [Reply]

pedulikkan orang.. diaorang tak tahu apa2pun.. suka nak komenjer...
moga dipermudahkan yerk...

QA's ~ mamapapa berkata... [Reply]

ilorrrr!!malunya!!selalu pnggil k'rai..alamak,I la akak,ahhaha!!tak malu betul.tp tak pnggil sy akak pn sy suka je :) pggil imi je,ye :) tp rai mmg mtang dlm stiap bicara rai..mmg i always look up kt rai,tau :) apepun,peduliknla org2 yg xsyg mulut tu..anak tukn rezeki:)smoga baik2 aje,ye :) amin.

Ayu Ayunie berkata... [Reply]

rai.. samala ayu pun nk masuk 30 tahun dpn. insyallah sglnya akan dpermudahkan.

ct rahani berkata... [Reply]

tetiba rasa rindu nak preggy balik bila baca entry rai nih.. tp bila memikirkan 2 hero yg agak ligat skrg terpaksa psotpone la niat tuh dulu.. hehe..

tp betul la rai.. bila usia makin meningkat ntah badan larat ke x larat nak preggy lg.. kdg2 sy fikir cukup kot dgn 2 org.. hiks.. :)

sal ya berkata... [Reply]

tak pernah nk belek wrinkles kt muka.

cheryna zamrinor berkata... [Reply]

Ok...akak nk check wrinkles sekarang Rai!!! Hehe.
Anyways...janji Rai sihat...insyaAllah semuanya pasti. Badan kita ni kita yg tanggung ;-)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com