Jumaat

Bersalin normal VS pembedahan

Assalamualaikum

Orang kata lain orang lain pengalamannya. Ada banyak pandangan berbeza tentang bersalin normal dengan pembedahan ni.

Ramai yang kata, bersalin normal sakitnya masa nak bersalin tu. Bila da dalam pantang tu ok je.

Kalau operate pulak, masa nak bersalin tak sakit tapi seksanya tuhan je tahu sakitnya da lepas habis bius tu.

Anak pertama aku, Aqil Mubarak lahir secara pembedahan di hospital swasta (Pusat Bersalin UMRA). Emergency cesarean sebab air ketuban kurang + doppler drop. Panggilnya fetal distress kot.

Damia pulak bersalin normal dengan induce kat Hospital Serdang. Bersalin awal sebab kes air ketuban kurang jugak.

Jujurnya.. Bila membandingkan kedua dua pengalaman bersalin ni, aku rasa pengalaman bersalin czer sangat smooth. Sangat mudah dan tak sakit. Even lepas keluar hospital. Mungkin sebab masa bersalin normal tu aku induce. Maklumlah, contraction secara paksa.

Tapi syukur sebab dari segi layanan doktor dan nurse masa dua dua kali bersalin tu baik. Takde la kata kena herdik ke kena perli ke apa. 
Aqil the dragon - 6 bulan
Kes czer
Pagi pergi hospital untuk ambik MC sebab cherry berry. Doktor scan dan nampak air ketuban kurang. Dia suruh bebudak praktikal ambik bacaan doppler. Entah macam mana diorang tak jumpa jantung baby. Kalut kemain. Panggil staff nurse baru jumpa. Tetiba bacaan doppler drop.

Kalut panggil doktor pulak. Masa tu doktor Ummul Wahiy tu. Diorang bincang sama diorang. Panggil aku dengan shujin dan cakap baby (Aqil) mungkin ada masalah. Diorang bagi option suruh decide nak bersalin secara czer kat situ hari tu atau refer ke Hospital Klang kalau nak normal. Risikonya, aku mungkin kena tahan sampai due yang lambat lagi.

Call kakak ipar (kakak shujin) untuk mintak pendapat. Kitorang pilih untuk czer je bagi mengurangkan risiko yang lebih lagi. Shujin da mula risau. Masa tu pukul 11 pagi. Operation dijadualkan pukul 2 petang.

Dalam pukul 1:30 aku dibagi enema dan kemudian disorong masuk ke operation theater. Kakak shujin sampai. Aku diberi bius, diorang buat cathedral (.orang kata sakit, alhamdulillah aku kena tak sakit). Pakar bius duk sebelah kanan, Dr Ummul sebelah kiri borak ngan aku. Doktor tanya rasa sakit tak. Dia cuit apa tah kat perut aku. Aku kata tak. Lepas tu diorang start.

Halfway aku tertidur. Dengan kata lain. Aku tak dengar Aqil keluar melalak dengar satu bangunan. Sampai bila nak ambik dia, nurse semua kata "ooo..yang nangis suaranya kuat tu ya" hahaha..

Habis operation dalam pukul 3. Aku cuma sedar lebih kurang 2 jam lepas tu. Kejap kejap tertidur. Nak mintak nak breastfeed Aqil pun aku tak teringat. Da esoknya baru aku breastfeed Aqil untuk pertama kali. Nyesal gak masa ni. Tapi aku memang mamai gila. Alhamdulillah Aqil sihat.

Lepas keluar hospital, aku disuruh datang balik 5 hari kemudian untuk buka benang.

Seriau ngeri ngeri. Tapi takde apa. Sepanjang kat rumah tu, alhamdulillah takde sakit apa.

Kan..pengalaman bersalin aku baik-baik aje..

Kes bersalin normal kena induce tu nanti pulak aku cite ya.

Daa

26 comments:

yatie chomeyl berkata... [Reply]

uanty i dulu bsalin czer, mmg ngeri tgk kesakitan dia lps operation tu. so i mcm selalu doa2 x nak bsalin czer la klu boleh uuhuhu

MAY berkata... [Reply]

hopefully sy besalin normal...

cheryna zamrinor berkata... [Reply]

Dan harapnya pengalaman lepas nieh lagi best...dan best...

Haaaa...yg ni Rai kena cerita kat Kak Sha sebab Kak Sha takde pengalaman nieh langsung ok:)

Irfa berkata... [Reply]

ketiga2 adalah normal so x tahu apa nak komen bab czer ni ;)

BERT berkata... [Reply]

oh bestnya pnglaman czer akak.. nti sy crta pnglaman saya czer plak yang tak best langsung

Chik Att berkata... [Reply]

CA yg sulung ....normal. tapi dah separuh nyawa. Yg 2 dan 3 ..... dok tk kasi.... sebab tulang apa... tulang kajang ke apa ....kecik. memang tak buka .....
Tak tau nak katalah yg mana okkk..... yg sulung ....memant ingat semua. Yg 2 lg .....kena srjarum dah .....tenggelam. sedar2.... dah ada baby ...

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

anak first hingga 3 normal...
4/5 czer...biar normal
czer tk nampak luka sbb bhg dlm kan..tang perut susahnya nak kempis sampai la ni he..he..

tapi jgn tak caya 2 anak punyai bdn lebih 4 kg tuh, mamanya kecil saja doc pun hairan he..he..

Teratak Hami berkata... [Reply]

Akak bersalin kelima2 anak secara normal, even the twins also. Takde pengalaman czer. Masa mengandung Imran, check-up kat Umra with dr ummul tapi bersalin kat Hosp Sg Buloh.

Anamarza berkata... [Reply]

Sebolehnya tak nak bedah, alhamdulillah 3 kali bersalin semuanya bersalin normal..

+ e.z + berkata... [Reply]

eB ngeri gaks nih... sbb kes eB len skit. hu3

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata... [Reply]

Alhamdulillah saya bersalin normal

salam kenal dr saya wani aka ibuqalief :)

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Sy, bersalin normal. Pun alhamdulillah. Sakit pun, x smpi sejam. Tgk2, dah beranak.

Dr K berkata... [Reply]

induction of labour (IOL) tu mmg sakit, sebab kita 'paksa' contraction tu utk berlaku...

adyna AB berkata... [Reply]

sama ngan saya..ada pengalaman czer n normal.. dua2 ada kelebihan dan keburukan..:)

Munn Jaafar berkata... [Reply]

chatedral tu bnda apa?
bape kos akak bsalin kat umra tu ek?

ct rahani berkata... [Reply]

sy dua2 czer jugak.. cuma yg bezanya aqeef sempat merasa sakit bersalin normal.. jalan x bukak2 smpai 6cm jer.. last2 takut baby lemas emergency c-zer.. tp ok je sbb dh ader 1st experiencekan.. masa bersalinkan aidil mmg x der tanda2 nak bersalin.. c-zer sbb baby songsang.. bg sy better c-zer kot compare normal.. x tahan sakit kontraksi benonya.. haha..

sitiezahim berkata... [Reply]

wah ada pengalam dedua ek..tp induce mmg orang kata sakit. tp kata mudah, sakit besalin normal ni mmg sakit..huhu..tp ada kawan saya, besalin hospital swasta, tiga2 anak dia ceaser. alasan dia takut contraction. hmmm ntahle....

Tanpa Nama berkata... [Reply]

KA prefer normal. lepas keluar je rasa cam dah boleh berlari hehehe

aliza berkata... [Reply]

akak x pernah rasa normal.. 3 kali dah operate..

yg peliknya time mamai tu pun akak sempat nak amik baby nak bf, punya excited dapat baby sampai nurse amik, suruh akak tdo dulu...

rohayu osman berkata... [Reply]

salam kenal.. already follow.. follow me back yer.. anak 1st saya induce.. anak second biase.. tp sakit lagi induce.. normal lak macam susah nak teran.. myb jugak bby beso.. 3.7kg.. dah separuh nafas jugak... better czer je kan kalau ade kes.. untuk keselamatan bby juga..

mummY daniSha berkata... [Reply]

zai...bukak benang?bukan die gam je ke.....amboiii siap tido lg ko hahaa..aku x tahan sejuk ,gigil2 terketap2 bibir aku....aku kene 6 ribu lebey..huuu..fengsan jap bile dgr bil hahaa...

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Kakcik ada kedua2 pengalam bersalin - normal dan pembedahan.

sal ya berkata... [Reply]

lain org lain pengalaman. saya tak ada pengalaman czer. semuanya normal. tapi kawan2 yg ada tu mesti ke hospital semula sebab ada nanah la pada jahitan. ngeri...

Unknown berkata... [Reply]

mas,
masa aku aritu doktor jahit. sepanjang sebelum bukak benang tak boleh mandi. pengsannn.. tp tak ingat la sejuk ke tak masa tu.. sbb aku tertido.. hahaha.. aku bersalin kat pusat perubatan je.. kalau hospital mmg standard rm6k..

Unknown berkata... [Reply]

sye lak di jangka kan akan b'salin pda 11 01 2013 thun dpan...x lme lgi kan...sye di beri dua plihan...p'bdahan atau normal...tpi rasa tkut lak lau normal sbap mse anak ptma p'bedahan.....rasanye nk wat pembedahan je untk yg ke2 kali nie.

Unknown berkata... [Reply]

nice pengalaman..
www.mommyanneshop.com

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com