Memaparkan catatan dengan label Pengalaman bersalin normal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengalaman bersalin normal. Papar semua catatan

Jumaat

Bersalin normal VS pembedahan

Assalamualaikum

Orang kata lain orang lain pengalamannya. Ada banyak pandangan berbeza tentang bersalin normal dengan pembedahan ni.

Ramai yang kata, bersalin normal sakitnya masa nak bersalin tu. Bila da dalam pantang tu ok je.

Kalau operate pulak, masa nak bersalin tak sakit tapi seksanya tuhan je tahu sakitnya da lepas habis bius tu.

Anak pertama aku, Aqil Mubarak lahir secara pembedahan di hospital swasta (Pusat Bersalin UMRA). Emergency cesarean sebab air ketuban kurang + doppler drop. Panggilnya fetal distress kot.

Damia pulak bersalin normal dengan induce kat Hospital Serdang. Bersalin awal sebab kes air ketuban kurang jugak.

Jujurnya.. Bila membandingkan kedua dua pengalaman bersalin ni, aku rasa pengalaman bersalin czer sangat smooth. Sangat mudah dan tak sakit. Even lepas keluar hospital. Mungkin sebab masa bersalin normal tu aku induce. Maklumlah, contraction secara paksa.

Tapi syukur sebab dari segi layanan doktor dan nurse masa dua dua kali bersalin tu baik. Takde la kata kena herdik ke kena perli ke apa. 
Aqil the dragon - 6 bulan
Kes czer
Pagi pergi hospital untuk ambik MC sebab cherry berry. Doktor scan dan nampak air ketuban kurang. Dia suruh bebudak praktikal ambik bacaan doppler. Entah macam mana diorang tak jumpa jantung baby. Kalut kemain. Panggil staff nurse baru jumpa. Tetiba bacaan doppler drop.

Kalut panggil doktor pulak. Masa tu doktor Ummul Wahiy tu. Diorang bincang sama diorang. Panggil aku dengan shujin dan cakap baby (Aqil) mungkin ada masalah. Diorang bagi option suruh decide nak bersalin secara czer kat situ hari tu atau refer ke Hospital Klang kalau nak normal. Risikonya, aku mungkin kena tahan sampai due yang lambat lagi.

Call kakak ipar (kakak shujin) untuk mintak pendapat. Kitorang pilih untuk czer je bagi mengurangkan risiko yang lebih lagi. Shujin da mula risau. Masa tu pukul 11 pagi. Operation dijadualkan pukul 2 petang.

Dalam pukul 1:30 aku dibagi enema dan kemudian disorong masuk ke operation theater. Kakak shujin sampai. Aku diberi bius, diorang buat cathedral (.orang kata sakit, alhamdulillah aku kena tak sakit). Pakar bius duk sebelah kanan, Dr Ummul sebelah kiri borak ngan aku. Doktor tanya rasa sakit tak. Dia cuit apa tah kat perut aku. Aku kata tak. Lepas tu diorang start.

Halfway aku tertidur. Dengan kata lain. Aku tak dengar Aqil keluar melalak dengar satu bangunan. Sampai bila nak ambik dia, nurse semua kata "ooo..yang nangis suaranya kuat tu ya" hahaha..

Habis operation dalam pukul 3. Aku cuma sedar lebih kurang 2 jam lepas tu. Kejap kejap tertidur. Nak mintak nak breastfeed Aqil pun aku tak teringat. Da esoknya baru aku breastfeed Aqil untuk pertama kali. Nyesal gak masa ni. Tapi aku memang mamai gila. Alhamdulillah Aqil sihat.

Lepas keluar hospital, aku disuruh datang balik 5 hari kemudian untuk buka benang.

Seriau ngeri ngeri. Tapi takde apa. Sepanjang kat rumah tu, alhamdulillah takde sakit apa.

Kan..pengalaman bersalin aku baik-baik aje..

Kes bersalin normal kena induce tu nanti pulak aku cite ya.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com