Isnin

Tak malu ke?

Assalamualaikum

Macam-macam jenis perdebatan sejak Budget 2013 dibentangkan oleh PM kita. Macam-macam jenis status boleh tengok kat FB. Yang kerja gomen, penuh kesyukuran. Yang kerja swasta, kurang puas hati dan sebagainya. 

Satu status paling menarik perhatian aku. Aku takde printscreen bagai. Lebih kurang macam ni lah bunyinya.

"Bila kerajaan umumkan pembayaran bonus orang kerajaan yang menyokong pembangkang tak rasa malu ke nak ambik duit bonus tu"

Ayatnya tak macam tu. Tapi maksudnya begitu lah.

Dengan tambahan komen komen seperti. Bukan main lagi mengutuk kerajaan. Tapi bila orang bagi bonus tak malu pulak nak ambik. Masa kerja sibuk berpolitik, kalau tak puas hati berhenti sajalah dari kerja dengan kerajaan.

Aku malu bila tengok status orang yang begini. Lebih memalukan adalah mereka ni bukan cikai kerja angkut sampah punya orang (maaf kalau ayat aku ni offend orang yang kerja angkut sampah). Mereka adalah golongan professional dan belajar di luar negara!

Pada aku.. Adalah normal kita tak puas hati pada majikan. Nak kutuk ke nak perli ke nak bangkang ke. As long as buat kerja. Kita deserve every cents yang company bagi. Buat apa nak malu. Kita earn it. Lain la kalau memang tak buat kerja. Tapi, adakah kalau berpolitik kat opis sampai tak buat kerja, tapi kita puji kerajaan hukum duit kita tu halal. Kira tak makan gaji buta. Sebab membodek bos..?

Come on. Tak payah la buat status masak tak empuk goreng tak garing macam ni. Seriously, sound like orang takde pendidikan ok.

In the end, adakah kita diwajibkan berenti kerja kalau ada benda tak puas hati dengan majikan. Knowing that zaman sekarang susah nak carik kerja. Knowing that even position dalam kerajaan sangat susah nak dapat. Senangnya nak suruh orang berenti kerja. Facts. Even dalam keluarga pun, tak semua keputusan parents anak-anak akan sokong. So takkan kita nak lupakan prinsip diri semata mata sebab nak bodek bos. 

Pada aku. Kenapa ada mentaliti. Orang kerja kerajaan wajib sokong kerajaan?

Absurd gila. 

Paling aku tak boleh blah adalah.. Ramai yang tak segan silu kata, eleh orang swasta dapat bonus 5-6 bulan gaji tak heboh tak adil pun. Ko kira la dengan jari berapa banyak company dalam Malaysia ni yang bayar bonus banyak tu. Dapat setengah bulan gaji pun da boleh sujud syukur.

Hadiah paling bermakna dari bajet 2013 untuk aku..Harga gula naik 20sen..kikiki..

Petang ni due date untuk apply IPO Astro. Berpusu pusu orang datang hantar permohonan kat bawah nu. Ada yang beli ke?

Daa

23 comments:

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Kakcik tiap2 bulan dapat gula percuma - 8 kilo lagi! ;-)

Unknown berkata... [Reply]

kakcik,
saya pun dah merasa 2kg gula subsidi dari kakcik aritu..hihi..rezeki..

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Uiks....gula subsidi? Hehehe..rietta gula xpkai sgt...tpi susu, satu tin tiap minggu....

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Eh, gula subsidi? Mane Kakcik dpt tu? Hehehehe...

MAY berkata... [Reply]

eh..gula subsidi???knp tak tau ni?knp tak dpt ni?sile jwb2..=)

IPO ASTRO?apekah itu?adui.ketinggalannye...sbb tak smpt tgk bajet pun..

Irfa berkata... [Reply]

AKU TK DENGAR SEMUA BAJET2013 TU
TP DENGAR SIPI..
1-PASSPORT RM150 UTK 5 TAHUN..SBLUM NI RM300
2-SUMBANGAN ANAK SKOLAH RM100 SORANG

TU JE YG AKU DGR..YG LAIN AKU BUAT X DENGAR

NenetPenne (NP) berkata... [Reply]

apa irfa??? passport untuk 5 tahun cuma RM150?? yahooooo....

i dah dapat voucher buku RM250.00 pun dah okay...

i punya prinsip senang jer, kerajaan betul, kita sokong, kerajaan tak betul kita komen tapi tak adalah nak komen berapi2 sampai nak berarak berpiket semua bagai... mana2 parti politik, kalau diberi kuasa merintah...sama sajer..

apapun depa manusia.. ingat senang ke nak mentadbir negara nih? nak tadbir satu family pun belum tentu berjaya... mesti ada kecacatan kat mana2...

Tanpa Nama berkata... [Reply]

seb baiklah KA x brpa nak pakai gula2 ni... rai mcm kes cik Anon di blog KA tu lah !

Ujie Othman berkata... [Reply]

Kerja gomen..itu cuma pekerjaan. Majikan bg bonus mmg takleh tolak. Buat apa nk malu amik bonus tapi tak sokong gomen? Dah mmg hak nk sokong @ tak, takde kena mengena dgn pekerjaan. Bonus tu pun bkn duit BN, duit negara/rakyat. Itu kena ingat!

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Dalam satu organisasi (tak kira besar/kecik)kena ada yg mencadang dan membangkang kalau tak memang teruk kena sapu habis satu pihak aje. Nasib baik ada pembangkang adalah yg dibimbangkan maka adalah habuan. Kalau tak entahlah....

emarieys berkata... [Reply]

alamak, saya yg naya lah..sebab tak minum air manis bersusu..huhuhu..

Anamarza berkata... [Reply]

Gula? tak sempat awal tahun dah, hari ni umum budget esok dah dikuat kuasakan, cepat bebenor kan....

aliza berkata... [Reply]

yupp.. org memberi kita merasa..

lagi pun .. tu tanda majikan menghargai penat lelah pekerjanya dengan pemberian bonus,.. jadi hak kita lah menerima bonus atas pengorbanan dan titik peluh kita..

Yaya Azura berkata... [Reply]

Hak berpolitik hak peribadi.politik dan imbuhan kerja dua hal berlainan.org swasta mcm yaya kena keje kuat..bg pndapatan untuk negara.bila bentang bajet gov umum bonus utk gov. servant. Tak pe..kami redha...hehhe...

Unknown berkata... [Reply]

rezeki masing2 kan...bersyukur la dgn apo yg ado...

mummY daniSha berkata... [Reply]

200 % agreed zai!come on la kan,boleh kata hanya 5% cmpany swasta yg bonus dentam dentum...byk sgt compnay swasta kat malaysia ni k....tax reduction tu pun x efek banyak org pun...still kene bayar tax jugak

actually aku x terkejot baca status tu...sebab memang ada org yg berpkran mcm tu.semuanya kawan2 kite jugak heeee...x semestinye keje gomen kene sokong BN kan....kalau pembangkang menang pun,pembangkang jadi kerajaan...abes tu kalau semua org keje gomen kene undi BN,abes tu org swasta kene undi pembangkangla??hahaa..lawakla..

mummY daniSha berkata... [Reply]

200 % agreed zai!come on la kan,boleh kata hanya 5% cmpany swasta yg bonus dentam dentum...byk sgt compnay swasta kat malaysia ni k....tax reduction tu pun x efek banyak org pun...still kene bayar tax jugak

actually aku x terkejot baca status tu...sebab memang ada org yg berpkran mcm tu.semuanya kawan2 kite jugak heeee...x semestinye keje gomen kene sokong BN kan....kalau pembangkang menang pun,pembangkang jadi kerajaan...abes tu kalau semua org keje gomen kene undi BN,abes tu org swasta kene undi pembangkangla??hahaa..lawakla..

Unknown berkata... [Reply]

Sokong 100% pokoknya kalau nak yg best jer camne pulakkan...

IPO Astro ai tak apply tapi my sister yg apply..sakan dia nak saham astro hehehhe

missina berkata... [Reply]

ermmm tu pendpt masing2la kan,,ekceli penah jugk pikir camtu,,tambhn yg fanatik dgn pembangkang tp keje kerajaan,,,yg baik kita terima,,yg tk elok kita bgkang la,,tp tgk gak isu camne kan,,dua2 same je,,boleh jadi buat salah juga bila diberi peluang memerinth,,,tp tk sanggup nk bg peluang tu kt diorg,,,huhu

Mohamad Fathi berkata... [Reply]

Bersyukurlah apa yang diberi.. ^_^

Ann Ishak berkata... [Reply]

setuju sangat dengan Papa Mifz, rezeki masing2, Allah dah tentukan segalanya

sal ya berkata... [Reply]

betul tu. sikit2 mcm tu la statusnya. setiap kali ada pengumuman dpt bonus mcm tu la. entah apa2 entah.

p/s: mujur jugak la tak guna gula banyak. sekilo tu tahan la lebih drpd sebulan.

Aziela berkata... [Reply]

100% agreed dengan Rai and Ujie. Bonus, pendapatan, itu hak pekerja kerana bekerja yang diberi oleh majikan. Berpolitik ialah different issues. Sama juga yang complaint tentang BR1M. Pembangkang muka tak malu claim BR1M. Walhal, itu dah memang tanggungjawab pemimpin yang memerintah untuk menjaga kebajikan rakyat. Tak kiralah parti apa sekali pun yang memerintah. Memang tak bijak bistari sungguh yang berfikiran naif macam tu.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com