Selasa

Mimpi coklat

Assalamualaikum

Pepagi ni tetiba je mood ke laut. Sorry la ada blog yang aku tak lawat beberapa hari ni. Maklumlah. Jumaat ni cuti. Dateline semua awal sehari. Kelam kabut la jadinya. (Eleh dia kerani je.. buat sibuk mengalahkan CEO :P)

Caya la cakap aku tu... Hehehe...

Aku pernah dengar yang orang kata kita ni dari dalam perut da mimpi. Mak kita mimpi kita pun mimpi jugak. Minggu lepas aku baring tepi Damia dia tido, tiba tiba dia gelak. Entah apa la kan yang dia mimpikan.

Aqil lagi best. Aqil suka gila makan coklat lately. Semalam dia bangun je tido dia tanya ayah dia. 

Aqil : Eh..ayah.. Mana coklat abang?
Shujin : Mana ada coklat (pelik)
Aqil : Coklat abang tadi yang besar sangatt (sambil mulut muncung buat tangan tergawang gawang buat macam coklat tu besar pintu)
Shujin : Abang makan ke?
Aqil : Abang panjat panjat coklat.. Lepas tu abang makan. Besarr sangat coklat.

Lepas tu sampai ke petang dia tuntut nak coklat besar. Asssudahhh.. Sampai meleleh air mata.

Belikan dia cadbury cashewnut yang bar besar tu. Makan dua beradik sekelip mata habis. Pelawa satu bite je kat aku. Hehehe.

Nasib baik mimpi coklat nak oi. Kalau mimpi mee bandung ke mimpi nasi bariyani ke nasi arab ke pengsan ibu nak cari pulak.. 

Daa

14 comments:

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Ingatkan ibu Aqil yang mengidam nak makan coklat! :)

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

hehehe...nak purak purak mmpi coklat jugak la...nk tuntut org belikan....ekekeke....

Pokok Manggis Depan Rumah berkata... [Reply]

Betul tu akak, saya dah cuti khamis lagi.

Yaya Azura berkata... [Reply]

Kena bg aqil tengok cite chocolate factory..yg johnny depp berlakon tu...
Pastu mesti tiap kali tidur mimpi coklat..:)

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Jangan-jangan siang dia baca buku kisah rumah coklat cerita kanak-kanak tu Rai. Kan boleh baring, duduk, panjat pokok coklat tu.. itu yg dia mimpi.

Kelakar juga Aqil nie:)

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Eh... Rai kalau nak ke rumah kakak boleh je sebab kakak tak balik kg. Semua keluarga kakak dtg rumah kakak sebab kakak malam tu ada buat doa selamat bapak dah sihat. Sebab itu kakak siap sewa satu home stay buat mereka berehat, kalau tak rumah kakak tak muat ramai anak-cucu-cicit-sepupu lagi...

Tanpa Nama berkata... [Reply]

wah sampai mimpi coklat tu rai hehehe

Dr K berkata... [Reply]

takpe..mimpi nasi arab boleh terjah Saba kat Cyberjaya :P

Aziela berkata... [Reply]

Err, mee rojak mamak ke? Yang bapak dia ngidam tu?

wakgelas berkata... [Reply]

ada X dia mimpi nak adek ramai2 sepuloh ke dua bolas keeeew.. harhar22

Ujie Othman berkata... [Reply]

Mimpi jd nyata tu..bestla dia!

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Hahahahah! Mcm comel lak....bgn2 nak cokelat besar.

Irfa berkata... [Reply]

aku mmbygkan coklat sebesar pintu itu berapa hari makan baru abis agaknya
hehe

sal ya berkata... [Reply]

rasanya kalau background hijau, yg bahagian post putih, cantik jugak.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com