Assalamualaikum
Sabtu aritu kitorang pegi swimming. Pergi kat Pusat Akuatik Shah Alam je. So far ok la kat situ.
Takde la sesak sangat. Kebersihan pun dikira ok lagi. Harga berpatutan.
Open pool
Dewasa RM2.50
Kanak-kanak RM2.00
Indoor pool
Dewasa RM3.50
Kanak-kanak RM3.00 (kalau tak silap)
Indoor pool
Dewasa RM3.50
Kanak-kanak RM3.00 (kalau tak silap)
Aqil dengan Damia FREE je sebab kecik lagi. Hehehe.
Ada jugak Indoor Pool. Tapi kitorang tak pernah pergi pun sebab biasanya indoor ni diorang guna untuk sesi kelas berenang. Open pool ada 2 pool. Satu untuk orang dewasa satu lagi untuk kanak-kanak. Ada slide bagai.
Tempat duduk untuk letak barang agak terhad. So datang awal sikit la. Kalau tak susah jugak. Aku pergi weekend je. Ada 4 sesi. Start dari pukul 9 pagi. Setiap kali lepas habis sesi, katanya diorang tukar air. Wallahualam...
Sesi 1
9pagi - 11.15pagi
Sesi 2
12tengah hari - 2.15 petang
Sesi 3
3petang- 5.15 petang
Sesi 4
6petang - 8.15malam
Ada surau kat luar. Bilik air tempat mandi bersih la jugak. Terjaga. Ada locker tapi tak boleh nak tutup sebab takde lock.
Dari segi peraturan pulak kena letak kasut kat rak disediakan. Lepas tu orang lelaki tak boleh mandi pakai baju. Shujin bawak persalinan, tapi tak jadi mandi sebab peraturan baru tu. Malu. Hehehe..
Layan gambar bebudak ni. Tak sempat nak ambik banyak gambar pun sebab kitorang masuk sesi 4. Cuaca mendung dan agak sejuk. Bebudak ni masuk 10-15 minit da kesejukan. Damia pulak takut. Ceitt...
Muka kesejukan |
Buku tu dia masuk dalam beg masa aku kemas |
Suasana pool kanak-kanak. |
Dedulu boleh jugak makan. Tapi skang ni strict sikit. Diorang tak bagi makan. Kalau tak boleh buat party buih blogger kat tepi pool ni kan. Hahahaha..
Btw, kat sini boleh register untuk swimming class bagi kanak-kanak dan dewasa. Nak belajar dan ambik lesen menyelam pun ada. Harganya tak berapa pasti. Ada beberapa syarikat. Pandai pandai pilih ikut pakej yang disukai. Comel gila tengok budak budak kemetot baru 3-4 tahun berenang kat pool dewasa tau! Aku? Aku jalan je.. Hahahaha..
Btw, kat sini boleh register untuk swimming class bagi kanak-kanak dan dewasa. Nak belajar dan ambik lesen menyelam pun ada. Harganya tak berapa pasti. Ada beberapa syarikat. Pandai pandai pilih ikut pakej yang disukai. Comel gila tengok budak budak kemetot baru 3-4 tahun berenang kat pool dewasa tau! Aku? Aku jalan je.. Hahahaha..
Daa
22 comments:
selalu lalu depan ni..tapi tak pernah sekali pun masuk!
parti buih blogger...hahaha
kt putrajaya ada kolam free,so buleh pakai baju apa suka..tp yg bayar rm2 kena ada baju mandi.aku pakai baju mandi?takut muntah je org yg tengok
hahaha
Ajar anak-anak berenang pun bagus Rai. Anak kakak yg besar pandai, tapi yg kecik kakak dah selalu tak cukup masa so tak belajar. Kakak-kakak dia pandai. Adik macam mama dia huhu..
Damia dah mula jadi ulat buku.
bestnya..ajar ank berenang..sy pon xreti berenang..hikhik. kalo qhayra dapat mandi kolam nih sure tak mau balik la..
tak gamak nak tengok diri sendiri pakai baju mandi..huwaaaa...
jom pi amik kelas berenang... takat renang katak bolehlah tapi takat paras dada bolehlah... kalau rasa mcm kaki tak cecah lantai, panik!!!
bolehlah mandi manda lps kempunan.
Salam...
Mesti seronoknya mandi di kolam renang kan...Anyway Azera singgah & follow sini ye...
Dijemput untuk join GA dari Azera....
[GIVEAWAY] Kelasss Kau! Apa Rahsianya?
Tak penah jejak walau teringin. Masa kat U dulu ada kwn2 pegi. Tapi saya tak tergamak walau utk prmpn je sbb kena pakai swim suit..dulu takde yg ala2 muslimah.
Takder size la swimming suit...hahahahahhaaha. Kalau kat laut, Insyaallah berani lagi sbb air garam, boleh float. Tapi kat pool, takat dada juga ler..
Mujur Adam berani berenang kat pool dewasa. Tak guna pelampung pun dia ok. Teknik mmg x betul lah, tapi dia berenang, bebas jugaklah cross pool tanpa bantuan. Entah mana dia belajar entah...
ingatkan mak buyong berendam sekali jadi dugong kat situ ehehehe
Ros tak penah pergi lagi kat cni.. sebenarnya, Ros ni takut air..dan tak tahu berenang.. hihihi
klu anak2 sy nampak nih dh menggelupur la ajak pegi pool.. hehe.. ok la sis rege dia pun x mahal.. yg penting bersihkan.. :)
BUDAK2 MMG SUKE LA MAIN AIR...
*SAME LA KAK..MAK MERTUA SY DA BGTAU AWL..HUBBY SY MMG TAK PANDAI MASAK MEMASAK NI.SO, MMG TAKDE LA NK HRAP SGT.YG SIMPEL2 MCM TU BOLEH LA..HEHE
Tak pandai berenang ;p kikikik
Seronok la bebudak jumpa swimming pool... mandi sampai kecut jari tangan hehhe...
Dulu anak akak yg sulung ambil kelas berenang kat situ. Akak teringin jugak tapi malas le pulak nak ulang-alik dari Sg Buloh tu.
ingat nak antar danisha kelas smmg ...tp die mcm takut airla...haha..sebab die tenggelam kejap masa kecik2 dulu...
swimming class tu mcm menarikkn?teringin nk tgk anak2 pndai brenang dari kecik :)
salam kenal..
Waktu dulu leh mandi kt parit kampung .jernih airnya..
wah nampak best je pool ni.. ramai gak org :-)
Kalau ada party buih bolehla join..
saya tak pandai berenang la rai. adehhh...
Catat Ulasan