Selasa

Cara cara mencukupkan keperluan sayur dan buah

Assalamualaikum

Rasa-rasanya cukup tak kita makan sayur setiap hari. Yang disarankan oleh WHO adalah 9 servings. Walau pun rata-rata rakyat Malaysia makan less than 5 servings. 

No wonder la kita mudah jatuh sakit kan :D

Antara trick baru aku nak bagi suami dan anak-anak makan sayur dan buah banyak-banyak setiap hari.

Orange+lemon juice pagi tadi. 2 biji oren dan sebiji lemon. Tak masuk gula dan tak tapis ya. Cuma tambah air. Bagi yang ada masalah kurang lawas tu elok amalkan ni.

So far aku da buat beberapa jenis buah dan sayur sayuran. Aku buat ala-ala smoothie. Antara yang aku buat 

green apple+celery+kobis+timun+2 scoop protein powder
Carrot+Orange+2 scoop protein powder
Green apple+celery+2 scoop protein powder

Yang ada campuran sayur tu mostly aku tambah dengan protein powder untuk tutup rasa tak sedapnya. Shujin kata memang lawas sangat minum vegetable smoothie ni masa breakfast. Bagus as meal replacement jugak. Dan yang penting sihattt... Hehehe.

Kalau nak berdiet dengan smoothie ni boleh jugak. Tapi tak boleh buat long term la sebab tak cukup khasiat semua sekali kan. Buat 3 kali seminggu pun da ok. Lepas tu buat lagi kalau nak.

Ni cara aku nak make sure family aku makan sayur cukup. Selain dari tu, aku bagi diorang snack dengan salad+mayonis. Damia suka gila kewpie mayonis. Haishh. Nak yang mahal je. Kalau yang murah cap beruang tu dia tak layan sangat. Sabo je la.

Korang pulak buat macam mana? Share la jugak..

Daa

15 comments:

BERT berkata... [Reply]

fuhh kak rai.. memang mama n isteri terbaiklah untuk kekal sihat dalam keluarga.. patut dicontohi ni.. sy makan sayur n buah je banyakk tiap2 hari hehe

KuNanGKuNanG berkata... [Reply]

sy ni kalau bab sayur ok lg tp buah2han kurang minat..huhu

Dr K berkata... [Reply]

Yup, ni salah satu cara nak variasi kan pengambilan buah/sayur, especially for kids yg picky eaters.

Saya lebih gemar ambil yg fresh, bukan di blend..hehehe..ni kalau sayur la..

Kalau kids, kita buat bentuk2 unik( rupa org, binatang), so that mereka tertarik nak makan sayur..

Cik Puan Izan❤ berkata... [Reply]

bagus ni... kat rumah saya pun tak suka mkn sayur... saya cakap ngan diorang jgn pikir sayur sgt... pikir nak sihat jer...huhu... nti sharelah resepi yer...

Unknown berkata... [Reply]

best nih... Yg kat rumah ni org yg paling lawas shima ngan abg aqil... en.ayah agak ada masalah sikit sbb kesan pembedahan buang usus xcdent dolu2.. Dan adik afiq pun agak kurang lawas tp skrg ok sket :))

Qashmere berkata... [Reply]

Boleh cubalah Kak Rai..Thanks share

akubiomed berkata... [Reply]

Makan sayur dan buah-buahan memang baik untuk kesihatan tetapi lebih baik mengambil buah-buahan dan sayuran yang dihasilkan daripada organik bebas racun dan pengunaan kimia.

kay_are berkata... [Reply]

memang tak suke makan sayur ni.. tak ske sangat.. tapi certain situation terpakse makan, telan je r..

Munn Jaafar berkata... [Reply]

hehe..sy mmg pemakan syur n buah.nak2 bila preg ni bleh gigil klau xjmp buah...cuma hubby je kureng mkn buah n sayur nih.

emarieys berkata... [Reply]

oh, boleh lah buat cara rai ni juga..ema ni jenis yg tak makan sayur..so, anak-anak pun ikutlah sama

Mulan berkata... [Reply]

patut la body dia macam student form 1 je... haaiiissshh sgt jeles ni.. bab nak blend ni lah yg malas sikit... kadang tu tak cukup bahan.. alasan macam2 kan..

Deq's Qienz berkata... [Reply]

Bagus juga idea nih..bley la nk try.thanx sis

sal ya berkata... [Reply]

anak-anak tak memilih makan sayur tp blend orange juice dgn lemon tu macam sedap je. protein powder nak cari kat mana ye?

sisdee berkata... [Reply]

hahahaha...dulu i suka buat gak..lately malasnyaaa hahahhaa

Tanpa Nama berkata... [Reply]

baguih nyer kalau dapat mak like u rai ! hehehe

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com