Khamis

Luahan rasa

Assalamualaikum

Bukan luahan rasa aku. Tapi ini dari seorang pembaca Ourkizuna 

Sebelum ni aku pernah buat satu entry tentang Apakah hukum anak marah kepada ibu bapa.

Semalam ada seorang pembaca; Amna Nafeesa ni share tentang kisah yang dia alami. Maaf ye Amna. Saya share kat sini. 

Serius aku sedih baca kisah ni.

assalamualaikum..
saya ingin kongsi sedikit tentang apa yang terjadi kepada saya..ibu saya sangat menyayangi kakak saya yang sulung sehinggakan apa jua kesilapannya, ibu saya diamkan saja seperti tiada apa yang berlaku..
kakak saya memang orang yang terpelajar..bukan seperti saya yang hanya mempunyai kelulusan sijil sahaja..saya bukan tidak mahu menyambung pengajian seperti kakak saya,tetapi saya sentiasa memikirkan beban yang akan ibu ayah saya tanggung jika saya memerlukan wang..saya sentiasa disuruh oleh ibu untuk memasukkan wang ke dalam akaun kakak saya ketika dia belajar dulu, walaupun kakak saya tidak minta..tetapi apabila saya minta untuk membeli buku-buku dan untuk makan, ibu saya sentiasa mengatakan ibu tiada wang untuk saya sehinggakan saya menahan lapar berhari-hari di asrama menunggu elaun yang akan masuk hujung bulan sebanyak RM 60.00..
sejak dari itu, saya bertekad tidak akan meminta wang lagi dari ibu..saya terus....

Nak baca seterusnya, klik la kat entry tersebut

Dasar #@%@% kan aku. Hahaha...

Beberapa pesanan ikhlas dari aku bagi yang mengalami masalah tidak mendapat layanan sama rata dari ibu bapa ni.

Walau apa pun berlaku, sentiasa ingat kebaikan mereka. Jasa mereka. Manusia ni ada kecenderungan untuk melihat keburukan seseorang bila dah nampak satu buruk. Sebab tu selalu berlaku. Selama ni masa baik tu semuanya baik dimata dia. Tapi bila satu kesalahan, semua jadi buruk. Dengan ibu bapa macam tu juga. Kalau layanan mereka tak elok. Ingat. Kalau tak ada mereka, tak ada kita. Kalau diorang letak kita kat tepi jalan, entah entah binatang buas dah baham kita. Sekolahkan kita. Bagi duit makan. Sebab macam mana pun, hubungan ibu bapa dengan anak-anak takkan putus. Jadi jangan kita benci darah daging sendiri.

Sebagai anak, kalau ibu tak pernah call tanya khabar. Kita sendiri call dia tanya khabar. Sesekali belikan hadiah untuk dia. Dia nak terima ke tidak. Dia nak cakap apa dalam telefon tu biarlah. Kalau dia marah diamkan aje. Lain minggu call lagi. Insya allah satu hari nanti lembut hati dia.

Jangan lupa. Setiap kali lepas solat sedekahkan Alfatihah pada ibu bapa kita. Doakan kesejahteraan dia. Tak rugi pun sebab Allah murahkan lagi rezeki bagi anak-anak yang mendoakan ibu bapa dia.

Kalau ada adik beradik ramai, janganlah duduk sesama kita ngumpat salah sorang dari adik beradik kita. Masa ni mungkin dia kena. Masa lain mana tau diorang buat kat kita pulak.

Dan kepada ibu bapa dan bakal ibu bapa. Adil lah dalam berikan layanan pada anak-anak. Memang kita takkan dapat puaskan hati setiap seorang anak-anak kita. Tapi jangan sesekali tunjuk yang kita menyebelahi sesiapa kalau ada perselisihan faham. Kalau bergaduh marah dua dua. Nasihat dua dua. Duduk sama-sama.

Aku pun risau. Harap-harap aku tak jadi mak yang tak adil.

Daa

14 comments:

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Bukan kisah baru bilamana ada ibubapa yang membeza2kan layanan terhadap anak2. Cuma kita kena ingat satu : Tanpa Ibubapa, tiadalah kita...

Ayu Ayunie berkata... [Reply]

ada juga penah dgr kisah camni. bilamana mak ayah membeza-bezakan kasih sayang pada anak-anak. cuma, yg baik dijadikan teladan, yg buruk dijadikan sempadan. moga kita menjadi ibu bapa yg baik kpd anak-anak kita.

+ e.z + berkata... [Reply]

:)... mmg ader parents yg g2 pn kan? ;p
ps: eB saiz kecik yer? u pernah jumper eB live ker? ha3... ooopsssss... tp eB mmg slim... nmpk prot jerk... comei kan? fensan ;p

BERT berkata... [Reply]

mmg pnh jmpa parent yg berat sbelah ni.. ada anak yang sayang lebih ada anak syg tak berrapa nak tnjuk.. hrp2 sy pon x jd camtu..

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Walau terasa diri kurang dikasihi tetapi ibu-bapa tetap kena hormati dan sayangi. Sendiri kena ingat kalau cuba menjauhkan diri terus ianya akan menjadi tradisi keluarganya utk terus begitu. SO... pecahkan rtradisi kena adil dan sayangi ibu-bapa..

Anamarza berkata... [Reply]

Harap kita dijauhkan dari sifat suka bezakan anak-anak ni kan. Kalau mak yg macam tu tak tahu nak cakap camna la, takut nanti anak yg dia tak kisah tu yang akan jaga dia masa dia sakit nanti...

Cik Puan Izan❤ berkata... [Reply]

kesian baca kisah ni.. saya harap sgt saya tak tergolong antara ibu yg sebegini...

Mulan berkata... [Reply]

dah terbiasa tapi yg wajib adalah wajib.. takleh kita nak marah atau kecik hati pon.. ustaz dah sound gitu..

Irfa berkata... [Reply]

sedihnya baca kisah amna.moga amna selamat bersalin.ada blog ke?aku klik tak dapat pun blog dia

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

MIL selalu cakap semua yg anak buat pada ibunya akan terbalas bila dia jadi seorang ibu pula, semua ada pembalasan....
berdoa pada semua anak2 semoga tdk tergolong seperti itu...insya allah..

TiranaAduka berkata... [Reply]

yg buruk usah di ikut

Unknown berkata... [Reply]

Irfa, amna tu takde blog rasanya..

sal ya berkata... [Reply]

sikap ibu bapa macam ni la yang akan bentuk anak tu jadi orang yg macam mana. tp ibu dan bapa ttp parents kita walau macam mana pun kan? sekurang2nya kita kena bersyukur sebab dilahirkan dan masih jugak diberi pelung bernafas secara lebih baik di muka bumi ni berbanding anak yang tak sempat pun nak hirup udara segar dah kena campak ikut tingkap.

mummY daniSha berkata... [Reply]

insyaallah aku akan cube jadi ibu yg adil..sebab aku faham mcm mana rasa kalau ibu berlaku x adil pada anak2......dan bg aku,x sepatutnya kita bezakan kasih sayang antara anak2 kite

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com