Selasa

Kecoh

Assalamualaikum

Kepala yang berserabut lega kejap bila shujin call tanya bahan bahan untuk buat kek Aqil. Hari ni shujin bercuti sebab tak sihat. Tapi gagah jugak dia keluar beli bahan-bahan dapur dan bahan buat kek. Dengan budak berdua tu. Ditemani oleh sepupu shujin yang tolong jaga diorang jugak sekarang ni.

Yang kelakarnya. Biasanya yang beli bahan bahan buat kek tu aku. Brand apa berapa banyak semua aku. Tapi untuk kali ni since aku kerja, balik baru nak beli nanti takut tak sempat pulak. So, shujin ditugaskan cari bahan-bahan tu. Tak sihat tak sihat pun gagah jugak.

Senarai barangnya dah diberi. Cuma ada sesetengah aku tak tulis nak brand apa. So kejap kejap dia call. Yang brand ni ok tak. Nasib baik aku almost dah hafal kedudukan barang buat kek kat carrefour tu. Siap bagi instruction pegi rak sebelah mana. Hehehe.

Kecoh dibuatnya. Tau je lah. Yang budak berdua tu pun pantang ngikut. Harap harap semuanya ok dan shujin jumpa semua bahan-bahannya tanpa kesilapan. Teringat rancangan supermarket sweep masa aku kecik kecik dulu. Hehehehe..

Balik petang ni nak mengekek pulak.

Aqil - 6 month
Tetiba rindu budak bulat yang dah tak berapa nak bulat ni.. 

Nota kaki : Oh jangan salah faham. Saya bukan marah encik shujin call untuk tanya itu ini. Cuma saya rasa ianya sangat comel sebab dia pernah kata "kalau suami suami beli barang untuk isteri tak boleh buat keputusan sendiri..kalau tak pasti tanya..buat seolah olah memang tak tau apa apa.." Tips dari movie yang kitorang tengok.. Hehehe

Daa

23 comments:

Irfa berkata... [Reply]

lain betul muka aqil zaman kecik ye

ct rahani berkata... [Reply]

kalau suh suami membeli memang camtu la kan.. jap2 kol tanya.. Alhamdulillah la dia nak tolongkan.. hehe..

Anamarza berkata... [Reply]

Sama ngan suami minta tolong belikan satu barang je pun, telefonnya dua tiga kali nak tanya kat mana, jenama apa, hihi

nur berkata... [Reply]

boolatnye...

haha.. gitu le kan kalau org lain yg tolong belikan..

Tanpa Nama berkata... [Reply]

mmg bolat tp comey !

pB berkata... [Reply]

at least dia ambik anisiatif untuk beli brg brg tu semua ....

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Dulu memang nampak kebulatannya dalam gambo tu, tapi sekarang dah kecik pulak. :)

Acik Erna berkata... [Reply]

nasib baik ibu boleh mengekek sendiri..tak perlu beli

Munn Jaafar berkata... [Reply]

aqil dah setahun ek akak? bila bday nya tu? mengekek angry bird? hihi

*hehehe jgn marah.insyaallah stkt ni lampu hijau :)

Unknown berkata... [Reply]

irfa,
tu lah..lepas cukup setahun tu berat dengan tinggi makin tak seimbang.. tinggal pipi je chubby sikit lagi..

ct rahani,
ehehe..ok la kan..nak jugak dia tolong..

ana,
tu lah..tapi baik lagi dia tanya dari dia pandai2 nanti sampai rumah kita tak puas hati pulak..hehe..

nur,
hehe..tau takpe..

Unknown berkata... [Reply]

KA,
masa ni bolatt lagi..minum susu ibu je..

pB,
betul tu..

kakcik,
pertumbuhan berat tak seimbang dengan tinggi..gitulah jadinya..

kak erna,
boleh la kak..nak buat makan sendiri..nak bagi org lain makan tu tak berani...hehe..

Unknown berkata... [Reply]

munna,
oipp..aqil masuk 4 tahun la.. hari ni.. hehehe..damia adik dia pun da 2 tahun lebih tahun ni..

NenetPenne (NP) berkata... [Reply]

kang kalau tersalah beli, isteri ngamuk2 pulak... tapi u tak kan?? :)

Cik Puan Izan❤ berkata... [Reply]

nak buat kek apa agaknya tu yek? nanti jgn lupa update sini... :)

Ayu Ayunie berkata... [Reply]

okla tu. nak gak dia tolong beli. menyenangkan keje isteri.. hihi..

mshazadoes berkata... [Reply]

klu dekat nk gak merasa akk wat kek..nyum2..dpt sekeping pn jd lh..

Asmara berkata... [Reply]

wuwu.. boleh harap betul shujin. sama la shujin aii pun kejap2 call tnya brand ni ok ke tak. haha.. sama la situation kalau surh laki beli brg. eh Rai letak la gambar terkini anak2 kat header tu. tulang ayam tu agak2 dah berapa keturunan agaknya ada skrg. hahaha... sowwy gurau je tau! :D

new hope berkata... [Reply]

salam,

kecik2 da pndai men laptop

KLIK transformasi pendidikan mundurkan negara page

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

wah, dasyatlah rai ni, siap tahu kat mana kedudukannya.. :-)

sy yg bc entry ni pun rs mcm sweet je... :-)

mummY daniSha berkata... [Reply]

huuu untung shujin sgp belikan sorang2...kalau huby aku..mesti nak aku ikut jugak huu

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Btl tu....lebih baik tnya dr krg slah beli....

Ann Ishak berkata... [Reply]

comel betul si bulat aqil tu ;p

Hanis Azla berkata... [Reply]

he..he.. samalah juga keadaannya klu kirim en.asben belikan brg.. dah bagi list pun sepuluh kali juga msg dan call sbb dia takut tersalah beli atau tersilap ambil brand.. bukan sebab apa tu rai.. suami2 ni tahu sgt yang perempuan ni sgt complicated.. ha..ha..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com