Assalamualaikum
Semalam kat ofis ada buat health screening day. Dah jadi event tahunan pulak health screening ni. PM Care selaku company insurans bagi ofis aku invite mana mana hospital dan klinik yang link dengan PM Care untuk buat health screening percuma. Last year semuanya FREE. This year dah ada additional service yang kena bayar macam test uric acid dan pap smear.
Yang basic test tu FREE je. Semalam aku sempat lah pergi kejap. Tapi tak sempat nak round habis sebab ramai yang beratur. Antara yang aku sempat check adalah
Timbang berat dan check BMI, visceral fat, total body fat
Berat : Rahsia...kehkehkeh..
BMI : Huduh.. :P
Visceral Fat : 1% (sikit sangat ni..tapi better than last year..cuma 0.5%)
Body fat : 27 (bertambah jugak..last year 24. Dah semakin baik dan normal..sapa kata aku kurus takde lemak >_<)
Tekanan darah : 102/60 (rendah dari last year tapi still dalam rate normal)
Glucose : 5.0 (aku tengah lapar masa tu T_T)
Sayangnya this year aku tak buat pun test kolesterol dengan body age punya check. Kalau tak mesti aku boleh tahu adakah aku masih lagi 18 tahun macam tahun lepas ke tidak. Hahaha.
Aku buat step test untuk check stamina (jantung). Memula panic gak yang test tu sebab aku cakap aku pregnant 16 minggu. Patut buat 3 minit. Tapi dia bagi kelonggaran kat aku untuk stop bila aku rasa letih. Aku rilek je padahal.
Heartbeat sebelum test : 98
Heartbeat selepas test : 116 (average)
Walau pun score nya cuma average, tapi aku still bangga sebab ada sorang akak chinese yang tak pregnant sebelum aku tu score heartbeat dia lepas test below average. Maksudnya dia tak cukup stamina. Kehkehkeh.
Tapi nak kena senaman lebih consistent supaya stamina lebih baik lagi kan..
COPD test (aku blur jugak pasal COPD test ni..last year takde)
Kalau ikut apa yang diterangkan dan apa yang aku baca sikit sikit. Ianya adalah untuk check lung function (kaedah paling mudah). Aku tak asma, tapi aku memang ada masalah nak control pernafasan. Sebab tu tak reti nak berenang. Asyik kena gelak ngan shujin je.
COPD test tu resultnya sangat teruk 41% je. Kalau sihat 80%. Tapi aku ada jugak perasaan yang tak tepat result tu sebab aku tak pandai hembus dalam mesin tu. Takpe lah. Lepas ni aku kena buat deep breathing exercise untuk belajar control pernafasan.
Oh..dan satu lagi check tulang.. Aku dapat minus 1.5. Gara gara malas minum susu. Tapi sorang chinese lady (actually team leader aku :P) cakap test mcm ni tak berapa tepat. Layan je la labu. Lagi pun benda FREE kan.
Banyak hospital dan medical center macam Gleaneagles Intan, Pantai Medical Center yang datang. Klinik sebelah ofis ni pun datang. Anlene datang buat bone check dengan bagi susu free. Diorang jual gak. Dah macam carnival kat situ.
Citibank ada gak datang buat roadshow. Aku malas nak layan sebab aritu diorang datang aku da dapat kenangan pahit. Nanti la aku cerita pasal tu.
Nota kaki : Semalam tetiba ada orang yang buat SAP message aku kat FB ucap terima kasih sebab aku buat edisi siasat pasal SAP program tu. Motif?? Entah laaa..
Daa
18 comments:
Kakcik rasa2, berat Rai tu sama dengan berat suku badan kakcik je!
(Bilalah kakcik nak kurus ni? Sakit gigi pun, makan laju juga!) :(
ni kalo saya buat ujian stamina, mesti result teruk. naik tangga kt rumah ni pun dh rasa penat.
Bestnya health screening camni.. shima suka. Tp 3thn lepas shima tak bleh buat BMI, cek jantung, kolestrol tu semua sebab dia kata shima prgnt xleh buat ;p
So cek berat dgn tinggi je la adoyaiii... Kurus sgt RAI nih!
kakcik,
hish..mana ada..separuh ada kot.. sbb berat saya separuh dari shujin.. tatau panggilnya saya yg ringan ke dia yg berat..hahaha..
ujie,
hehehe..aih..rumah ujie baru 2 tingkat.. :P
Shima,
semalam takde pulak diorang cakap mcm tu..tapi kan..check blood pressure dgn gula rasanya boleh je masa pregnant..mmg tiap kali check up ada check BP kan..
ehehe..tu la..kurus sangat kan.. tatau la cemana nak tambah berat ni..
Bagusnye office bt tiap thn....jelesnye 18 thn jew....rietta lebih dr usia sbnar....huhuhu....
bestlah kalau ada carnival camni..time free pakat ramai yg serang...hehehehe
Sy pnh dlm keadaan sihat dan tak lapa...tp bacaan gula sy 4 sumting. Seingat sy, klu bacaan below than 5...boleh dikategorikan hipo. Thts y sy selalu assume, if not less than 4.5, still normal...haishhh!
Nape sy tak alert tentang ni? Ni symphony yg dkt dgn ara damansara tu kan? Awk keje situ ke?
COPD tu kena betul2 pandai guna mesin spirometry tu..atau dia guna simple device macam hujung muncung neb aja?
masa mengandung Shauqi, "berat kakak ni tak berapa cantik kalau nak bandingkan dgn tinggi akak" kata adik yg tukang ambil berat tu.
Padahal dah 2 org mana tak berat.
macm best... lbh2 lg free kan... cek je la apa yg patut kan.. blhlah kita tau... :-)
nak cuba kalau macam tu
bagus jugak boleh check kesihatan kan...
kesihatan kita mmg kena check setiap tahun kan..
kesihatan kita mmg kena check setiap tahun kan..
bagusnya ada program mcm ni company buat...untung kerha company besar2 ni
18 tahun?
perghhhhhhhhhhhhh
10 tahun lalu aku penah buat rasanya..dia kata aku mcm umur40 tahun..huh..saja je nak suh aku beli brg dia
baguslh kalau every year ade buat ni
Catat Ulasan