Assalamualaikum
Aku yakin di kalangan pembaca Ourkizuna tak ramai yang perasan dan tak heran pun tentang program buat duit paling mudah yang ku kira agak baru di pasaran. Tapi Facebook aku dah mula dibanjiri dengan status yang mempromosikan program ni.
Contoh status automatic dari program SAP Venture IX. Aku print screen dari FB aku. Aku malas nak sound direct dengan diorang ni. Sebab aku tau jenis yang macam ni biasanya akan kata kita ni jeles. Tak senang duduk tengok orang nak senang (sebab aku dah pernah kena bila aku buat status perli geng geng yang promote "business" Infinity Downline dulu). So the best choice yang aku ada adalah membuat beberapa soal selidik dan meroyan di blog. Kepuasan peribadi semata-mata. Apa pun, aku harap bagi yang baru kenal dan tengah fikir-fikir nak join "business" ini, eloklah kalau difikirkan dengan teliti. Niat aku bukan menghukum. Sekadar mengajak semua berfikir.
Ini adalah beberapa contoh status FB yang akan diupdate secara auto oleh program SAP ini. Mudah bukan? Duduk diam diam dapat duit.
Apa program SAP ni sebenarnya? Klik je link tu. Akan keluar gambar gambar seperti di bawah ni.
Ya. Cuma bayar RM90. Tak perlu buat apa apa. Duit akan datang bergolek golek. Ini yang orang Melayu suka. Jenis perniagaan begini yang orang Melayu selalu cari cari. Eh ada pelan pemasaran dan level pulak dah macam MLM kan.. Lantak le labu. Yang penting masyuk~. "Perniagaan" ini. Mereka ini akan kata, ini adalah perniagaan affiliates. Referral program. Di mana, kita refer orang untuk beli product syarikat. Kita akan dapat komisyen daripadanya. Mesti kena ada product. Apa productnya?
Ni baru sebahagian saja. Cakap kita kita je ni kan. Aku terus terang lah okay. Aku tau, ko pun tau. Tak payah tipu la. Siapa join benda ni untuk beli dan guna Ebook. Sure join sebab duit punye lah. Cara promote pun promote duit je. Bukan promote barang pun. Ni ebook ebook ni sampah je semua ni. Kalau ada yang baca ebook sampai yang no 5 tu memang boleh dapat Gunung Jerai kat dia. Free je. (Jangan lepas ni ada pulak fatwa kata benda ni halal kalau kita baca ebook sampai no 5 tu sudah la. Allah tau niat dalam hati..Tak payah cuba nak tipu diri sendiri lah)
So program ni tak lebih dari satu lagi program head hunting oleh orang melayu untuk orang melayu :D Hoyeh. Ramai usahawan melayu lepas ni. Akan muncul ramai jutawan Melayu lepas ni. Hehehe..
Ok. Jom berkenalan pulak dengan company yang memperkenalkan "perniagaan" ini. Website syarikat IBCT. Sebelum ni ada profile lengkap sekali dengan nombor pendaftaran perniagaan. Tapi semalam aku tengok dah takde dah. Tapi aku sempat ambik nombor pendaftaran perniagaan ni sebab aku nak check pasal company ni dengan SSM.
Nak check dengan SSM senang je sebab akak aku kerja SSM kat KL sentral nu.. Info info macam ni kacang je nak dapat.
Nama syarikat : IBCT Enterprise
Alamat syarikat : Marang, Terengganu ( aku lupa nak ambik alamat penuh)
Nombor pendaftaran syarikat : TR 0087772-V
Kalau baca di website mereka yang cikai hosting wordpress je, syarikat ini telah beroperasi secara tidak rasmi sejak tahun 1997. Baru sahaja didaftarkan secara rasmi pada tahun 23 april 2009. Kononnya dah ada 12 tahun pengalaman dalam bidang ni.
Kesimpulan aku mudah je. So selama company ni beroperasi secara haram. Dan masih lagi haram sampai hari ni sebab belum ada surat kelulusan rasmi dari Bank Negara Malaysia untuk menjalankan perniagaan MLM.
Menurut kakak aku, syarikat ni didaftarkan untuk menjalankan pelbagai jenis perniagaan termasuk insurans dan penyusuan bayi. "Tak tau la mana satu yang aktif..banyak sangat jenisnya ni" Kata kakak aku. Kalau tak percaya boleh buat query sendiri dengan SSM tentang syarikat ini.
Menariknya.. SAP Venture IX bukan satu satunya program yang diperkenalkan oleh syarikat ini.
betapa islamic nya konsep mereka "memberi lebih dari menerima" |
Program ezReload MLM pun ada. Ada lesen ke nak buat MLM ni?
Menurut seorang individu yang mempromosikan "perniagaan" ini, mereka telah mendapat kelulusan dari Bank Negara Malaysia melalui telefon (wow!) Dan kelulusan bertulis yang rasmi akan dihantar tidak lama lagi. Malah bila aku mintak dokumen, individu ni menyuruh aku call sendiri BNM. (Obviously la kan..BNM baru lulus kat telefon..belum sampai surat..lambat pulak posmen ni) Hebat!BNM bagi kelulusan melalui telefon je. Ini dah lebih dari syarikat gergasi.
Bayangkan. Syarikat "enterprise" bukan "sendirian berhad" ok. Pendaftaran enterprise kalau tak silap aku kurang dari seratus. Dan bulanan tak sampai 10 hengget. Mendapat kelulusan dari BNM untuk menjalankan perniagaan MLM. Macam ni kedai runcit ayah aku pun boleh buat MLM.
Aku tak kata diorang ni tipu. Aku yakin ramai dah dapat hasilnya.
Fikirkan. Adakah benar kelulusan dari BNM boleh didapati dengan semudah itu? Oleh sebuah syarikat enterprise yang juga didaftarkan untuk perniagaan insurans dan penyusuan bayi?
Hairannya..Macam mana.. syarikat yang memperkenalkan program yang menghasilkan pendapatan beribu ribu dalam masa yang singkat cuma guna hosting wordpress. Tak mampu ke nak bayar hosting? Siap ada iklan 102 posisi seks unik tapi dengan mudahnya dapat kelulusan dari BNM melalui telefon..
Aku tak pandai sembang agama. Kat website mereka ada tulis yang kenyataan Ustaz Zaharudin ada menyokong jenis "perniagaan" mereka ni.
Mana mungkin aku lagi pandai dari Ustaz Zaharudin. Sungguh pun aku tak tau kenyataan mana satu yang dia refer. Ini adalah pegangan aku selama ni
(1) Satu perniagaan yang tak mempunyai product yang bermanfaat kepada pembelinya adalah haram. Dalam program ni eBook nya tak berguna pun buat orang yang join ni, sebab rata rata diorang ni bukan join nak baca eBook. Join sebab nak dapat duit bila dapat orang lain join je.
(2) Apa apa referral program atau MLM yang mempromosikan duit hasil pendapatan yang kita akan dapat semata mata dan bukan product adalah haram.
(3) Apa apa perniagaan yang kita dapat duit hasil dari ajak orang lain masuk bukan kerana belian produk adalah haram hukumnya. Rata rata yang masuk bukan sebab product, masuk kerana nak dapat duit hasil dari ajak orang lain masuk. Boleh tipu aku, boleh tipu kawan kawan, tapi boleh ke tipu diri sendiri dan tipu Allah?
Program SAP Venture IX ni haram atau tidak? Pada aku haram. Pada korang aku tak tau.
Apa yang aku lihat. Mereka yang mempromosikan "perniagaan" atau program ni biasanya akan menekankan, "tak perlu buat apa dapat duit" dan bukan "ebook yang kami tawarkan hebat dan bagus". So Melayu ramai yang tertarik sebab jenis bangsa yang namanya melayu ni (bukan semua) memang suka benda benda yang duk saja duk diam duk mengangkang duk menonggeng pun dapat duit.
Menambah perisa dalam masakan.. Ada jaminan pulangan wang.. Hehehe...
Ikut korang la. Korang kan lagi pandai lagi bijaksana dari aku.
Aku hairan. Kenapa ya..melayu, islam yang belajar tentang muamalat dan adab berjual beli dalam islam. Tentang rezeki. Sangat sangat suka dengan perniagaan yang tak perlu buat apa apa. Tapi bila sembang..ohh..kami berusaha... Kami post entry ni kat FB. Kami berdoa agar ada orang lain yang sama sama join program ni. Dan kemudian kami bertawakal. Kalau itu rezeki kami, kami redha. Kalau tak dapat tu bukan rezeki kami.
Alangkah mudahnya konsep usaha,doa dan tawakal bagi mereka ni.
Aku rasa macam nak mencarut pun ada. Tapi biarlah. Setiap orang ada kefahaman masing masing.
Kalau ada yang nak kata business ni adalah HALAL ikut kata Ustaz Zaharudin atau sesiapa, meh bagi link kat aku. Kalau base on aku punya understanding, SAP memang haram. Tapi jangan risau, bagi pihak IBCT mahu pun mereka yang dah mula "nampak duit" dalam "perniagaan" ni diorang akan sedaya upaya cari fatwa yang boleh meng"halal"kan "perniagaan" ni. So ingatlah dan cubalah buat keputusan yang rasional. Yang meragukan baik ditinggalkan. Rezeki yang haram kalau jadi darah daging, ia boleh mengheret kita ke neraka. Mungkin di dunia kita akan mewah dengan wang ringgit. Tapi akhirat?
Bagi yang dah berkeluarga pulak, macam mana dengan anak isteri atau suami yang kita beri mereka makan dengan hasil pendapatan yang tak bersih atau syubahat. Kalau anak da besar tak dengar cakap dan derhaka pada kita. Jangan sesekali salahkan mereka dan kawan kawan mereka semata mata. Ingat. Nasi yang kita suap ke mulut mereka dari sejak mereka kecil tu datang dari sumber mana. Halal haramnya...
Kalau ada yang nak kata business ni adalah HALAL ikut kata Ustaz Zaharudin atau sesiapa, meh bagi link kat aku. Kalau base on aku punya understanding, SAP memang haram. Tapi jangan risau, bagi pihak IBCT mahu pun mereka yang dah mula "nampak duit" dalam "perniagaan" ni diorang akan sedaya upaya cari fatwa yang boleh meng"halal"kan "perniagaan" ni. So ingatlah dan cubalah buat keputusan yang rasional. Yang meragukan baik ditinggalkan. Rezeki yang haram kalau jadi darah daging, ia boleh mengheret kita ke neraka. Mungkin di dunia kita akan mewah dengan wang ringgit. Tapi akhirat?
Bagi yang dah berkeluarga pulak, macam mana dengan anak isteri atau suami yang kita beri mereka makan dengan hasil pendapatan yang tak bersih atau syubahat. Kalau anak da besar tak dengar cakap dan derhaka pada kita. Jangan sesekali salahkan mereka dan kawan kawan mereka semata mata. Ingat. Nasi yang kita suap ke mulut mereka dari sejak mereka kecil tu datang dari sumber mana. Halal haramnya...
Pada aku. This is not even something that you can call a business.
Info tambahan : Melalui pembacaan, hanya syarikat yang tertakluk di bawah akta syarikat 1965 sahaja yang layak memohon lesen AJL. Syarikat syarikat ini adalah syarikat "sendirian berhad" sahaja. Dengan kata lain, enterprise seperti IBCT Enterprise tidak layak membuat permohonan lesen AJL. Dan adalah salah dari segi undang-undang negara Malaysia sekiranya mereka menjalankan perniagaan MLM.
Info tambahan : Melalui pembacaan, hanya syarikat yang tertakluk di bawah akta syarikat 1965 sahaja yang layak memohon lesen AJL. Syarikat syarikat ini adalah syarikat "sendirian berhad" sahaja. Dengan kata lain, enterprise seperti IBCT Enterprise tidak layak membuat permohonan lesen AJL. Dan adalah salah dari segi undang-undang negara Malaysia sekiranya mereka menjalankan perniagaan MLM.
Ok. Puas hati dapat membebel di sini. Kalau korang rasa berbaloi, tolong sebar pada kawan kawan.
Perhatian, aku takde niat nak menjatuhkan sesiapa. Aku suka kalau orang Melayu suka berniaga. Dengan cara yang betul. Kalau IBCT boleh buktikan mereka benar dan lampirkan no lesen AJL mereka dan buktikan perniagaan mereka HALAL di sisi undang undang negara dan Islam, sila lah berbuat demikian. Dengan senang hati aku akan delete entry ini.
Nota kaki : Credit to my husband yang memberi galakan untuk menulis tentang perkara ni.
Perhatian, aku takde niat nak menjatuhkan sesiapa. Aku suka kalau orang Melayu suka berniaga. Dengan cara yang betul. Kalau IBCT boleh buktikan mereka benar dan lampirkan no lesen AJL mereka dan buktikan perniagaan mereka HALAL di sisi undang undang negara dan Islam, sila lah berbuat demikian. Dengan senang hati aku akan delete entry ini.
Nota kaki : Credit to my husband yang memberi galakan untuk menulis tentang perkara ni.
Daa
38 comments:
definitely not for me
kita tak jeles pun depa kaya..baguslah kan..dapat pakai merc ke apa ke kan... selalunya yang terjebak ialah mereka2 yang nak cepat kaya..
ooh setakat ni i masih lagi bersyukur dengan pendapatan i walaupun i tak mampu pakai mahal2.. tak bergaya tak per asalkan tak papa dan kena kelentong...
mana ada orang tak kerja dapat duit?? nak buang air pun kena byar 20 sen..kalau kat midvalley kena bayar RM5.00...
Wah.. Detail betul. Tq for sharing info yg membuka mata ni..
bagus juga akak buka pendedahan ini.. saya pun ada dapat gak tawaran ntah dari sapa nak ajak masuk2 bisnes ni.. nyampah tul.. ahahaha.. ini lah melayu kita.. nak kaya dengan cara mudah.. malas berusaha..
Ni betul2 edisi siasat!
Kalau sekolah agama johor smpai darjah 5, mmg ada subjek muamalat. kalau stkt subjek agama biasa, mmg takde rasanya. Kena cari ilmu sndiri.
Tp secara logik pun dah leh fikir..bg yg mahu berfikir.
pandai ko menulis benda2 mcm ni..
bila baca rasa kerdil je sbb aku zero bab ni..huhu
Wow...thanks for the share.....rietta xpnah thu semua nie...coz rietta mmg xsuka MLM.....
tak penah lagiler masuk kat fb.. tak nakler menyemakjer...
Salam rai..terima kasih atas pendedahan ni..pasti ramai yg berminat & trkena....
Rai!! kagum2! harap2 ramai yg baca esp. melayu kita. tolongla jgn suka2 je nak caya benda gini. memang la dpt duit sbb kene cari org bawah gitukan yg tolong byr. paling tak suka iklan mcm ni la. saya nampak je terus2 pangkah! tq Rai! :)
assalamualaikum rai....menarik juga info ni boleh test nanti kan...:)
dalam islam duit x boleh beranak-pinak cth:riba. konsepnya ialah duit + usaha = duit x duit
Wow rajinnya wat kajian..baguslah info ni,cuma sy tk penah lg tengok kt wall fb sy..maybe blum berkembg smpi sini kut...sy pun sbnrnya tk minat juga bisnes yg ada ciri2 MLM ni...
Jujurlah dalam perniagaan... Thanx for the info. Akak selalu memang x layan benda2 mcm nie..
harap geng-geng tu mampu untuk buka mata..
tq for sharing...bagus entry ni
aku tau sapa hehee....tp zai,bukan ke tu auto publish?
mas, aah..auto publish. sistem fully auto kan.. mmg duk diam dapat duit la ni..
Saya memang salah seorang pembeli pakej SAP ni tapi yang 20 je. Kira nak cuba try je. Tertarik untuk beli sebab peluang jana pendapatan tu lah.. tapi bila dah beli, tetiba terfikir "eh, aku ni mcm mn boleh terpengaruh masuk mende macam ni walhal selama ni memang prinsip "seorang xkan jadi kaya kalau x usaha" . Dan2 je rasa menyesal yang amat sebab terbeli. So sejukkan hati, download ebook yang ada dan baca-baca lah .. Alhamdulillah banyak gak panduan yang diperolehi. Hati pun dah redha lah, xdapat duit balik xpe, sebab dah dapat ilmu. Padahal rasa bodoh sebab rasa tertipu.
Alih2 lepas 2 minggu, tengok-tengok dalam akaun ada duit RM22. Memang terus balik modal. Entah dari mana datangnya downline yg memang xdikenali. Rupanya dapat drpd upline, tapi sistem yang susunkan. So, tu yang merasa komisen dan dapat balik modal. Lega lah hati sebab xrugi.. Hihi
Tapi tetiba kwn bangkitkan isu makan komisen di atas jualan orang lain. Kiranya orang bawah menjual, orang atas dapat komisen. Katanya itu riba. Untuk mendapatkan penjelasan, saya telah menghantar kemusykilan ttg perkara tu kepada beberapa orang yang lebih arif dan masih menunggu jawapan.
Satu yang saya setuju dengan penulis blog ini bahawa perniagaan ini sepatutnya lebih kepada untuk mempromosi produk, berbanding promosi pelaburan. Itu yg saya kurang berkenan. Jadinya, ramai yang masuk program ini sebab memikirkan keuntungan, tapi xfikir tentang keperluan produk jualan tu sendiri. Itu silapnya.
Apapun, saya masih menunggu jawapan kepada kemusykilan saya. Sekiranya perniagaan sebegini salah, saya bersedia untuk memulangkan kembali komisen yang saya terima dari setiap orang di bawah saya. Biar rugi, daripada makan duit haram.
~insan musykil~
Saya memang salah seorang pembeli pakej SAP ni tapi yang 20 je. Kira nak cuba try je. Tertarik untuk beli sebab peluang jana pendapatan tu lah.. tapi bila dah beli, tetiba terfikir "eh, aku ni mcm mn boleh terpengaruh masuk mende macam ni walhal selama ni memang prinsip "seorang xkan jadi kaya kalau x usaha" . Dan2 je rasa menyesal yang amat sebab terbeli. So sejukkan hati, download ebook yang ada dan baca-baca lah .. Alhamdulillah banyak gak panduan yang diperolehi. Hati pun dah redha lah, xdapat duit balik xpe, sebab dah dapat ilmu. Padahal rasa bodoh sebab rasa tertipu.
Alih2 lepas 2 minggu, tengok-tengok dalam akaun ada duit RM22. Memang terus balik modal. Entah dari mana datangnya downline yg memang xdikenali. Rupanya dapat drpd upline, tapi sistem yang susunkan. So, tu yang merasa komisen dan dapat balik modal. Lega lah hati sebab xrugi.. Hihi
Tapi tetiba kwn bangkitkan isu makan komisen di atas jualan orang lain. Kiranya orang bawah menjual, orang atas dapat komisen. Katanya itu riba. Untuk mendapatkan penjelasan, saya telah menghantar kemusykilan ttg perkara tu kepada beberapa orang yang lebih arif dan masih menunggu jawapan.
Satu yang saya setuju dengan penulis blog ini bahawa perniagaan ini sepatutnya lebih kepada untuk mempromosi produk, berbanding promosi pelaburan. Itu yg saya kurang berkenan. Jadinya, ramai yang masuk program ini sebab memikirkan keuntungan, tapi xfikir tentang keperluan produk jualan tu sendiri. Itu silapnya.
Apapun, saya masih menunggu jawapan kepada kemusykilan saya. Sekiranya perniagaan sebegini salah, saya bersedia untuk memulangkan kembali komisen yang saya terima dari setiap orang di bawah saya. Biar rugi, daripada makan duit haram.
~insan musykil~
benda2 macm ni terpulang masing2 KA nak komen lebih2 kang ade pulak yg terasa !
Tak apalah kakak kalau yg begini biasa tak boleh masuk kepala. Terpulanglah pada masing-masing siapa yg mahu...
tak pernah ni. tapi jenis nak wang mudah mmg akan join benda alah ni.
banyak perniagaan pelaburan dah wujud kat negara ni,.itu pasal kalau nak buat bisnes...kena tgk pda syarikat yg berdaftar dan cara perniagaannya mcm mana.
mmg tak suka mende cam gini...
Baca sungguh2 tulisan Rai nih tau!
hihii
Shima pun xtahu kenapa komen shima masuk spam? camne ek leh jd gitu? huhuhuu. Errr tak paham sgt spam-spam nih
Saya dah call sendiri BNM, memang BNM approve SAP ni sebagai bisnes yang tidak melanggar undang2 Malaysia, saya bercakap dengan Puan Rafiah di talian 1-300-88-5465 (tekan 1 utk pilih bahasa, tekan 6 untuk bercakap dengan pegawai).
Saya tanya Puan Rafiah berkenaan surat, dia kata BNM tiada mengeluarkan surat kepada syarikat yang tiada akaun dengan mereka, sebab itu BNM tak keluarkan surat, tetapi BNM akan terangkan kepada sesiapa yang bertanya berkenaan semakan syarikat.
Saya juga dah semak dengan SSM, kena buat carian, bayar RM20 untuk semak company IBCT tu, beroperasi di Kuala Berang, expired date dia tahun 2017, dah buka cawangan di Kuala Terengganu.
Saya juga ada tanya SSM kenapa syarikat tu Enterprise dan bukan Sdn Bhd, SSM jawab Sdn Bhd adalah untuk pemegang saham, jika hanya seorang yang memiliki penuh sesuatu bisnes itu dan tidak memerlukan pemegang saham, tidak perlu jadi Sdn Bhd.
Berkenaan hosting WordPress (WP), rasanya WP merupakan platform blog yang paling stabil di dunia buat masa skarang ni.
Bab marketing pula, saya rasa tak salah menggunakan pendekatan insentif. Seperti iklan Celcom (gayut telefon duit melayang2 masuk poket, turun peti sejuk & laptop dari langit), atau iklan Dynamo (mencuci jauh ke dalam serat benang), yang kebanyakannya bersifat exaggerate dan tak logik akal.
Apa pun, terpulanglah. Bukan niat saya untuk sokong bisnes mereka, tapi kalau betul nak siasat, siasatlah betul2, telefon BNM dahulu, dapatkan data lengkap, elakkan daripada duk rasa2 macam tu, tak baik. Kalau tak betul, jatuh fitnah pula hukumnya.
Akhirnya, kena balik atas diri sendiri, inilah Melayu yang suka mengata dan menjatuhkan sesama Melayu. Kan tak sedap didengar tuu...
Assalam anon,
kalau betul kenapa gunakan anon. Gunalah nama. Kan lebih manis nak dipanggil. Nak buat MLM perlu lesen AJL? cuba encik/tuan/cik/puan nyatakan nombor AJL bagi perniagaan ni.
Lagi, tak ke berbelit penerangan. Bila baca di fb ibc.my mereka kata kelulusan melalui telefon. Surat akan dihantar utk pemberitahuan rasmi akan dihantar kemudian. Sekarang ni kata tak ada surat pulak. Setahu saya sebarang kebenaran dari pihak bnm perlu mempunyai surat rasmi. Bukan boleh cakap dengar. Dan menurut undang2 AJL, nombor lesen AJL perlu dipamerkan.
Sebenarnya saya dah semak di direktori syarikat yang berdaftar dengan kpdnk. Tiada nama ibct Enterprise.
Tepulanglah saudara nak kata saya ni nak menjatuhkan ke apa. Hakikatnya apa yg saya tulis adalah kebenaran. Apa yg saya persoalkan bukan semata mata tentang syarikat enterprise semata mata. Tapi adalah business of nature syarikat ibct sendiri.
lagi satu.. Wordpress bukan hosting paling stabil di dunia pun.. Dan.. Pada saya kalau nak buat perniagaan yg untung beribu ribu.. Web yang nampak professional adalah sgt diperlukan. Website ibct sangat nampak beginner. Ada sesetengah website blogger popular lebih elok lagi rupanya.. Dan kalau boleh.. Buangla iklan posisi seks tu..
Btw anon.. Syarikat ibct ni berdaftar dgn bank negara utk dpt kelulusan apa? Berniaga apa?
Entry ni tak cakap pun ibct tak berdaftar.. Kakak blogger ni pegawai di ssm. Semakan menunjukkan ibct didaftarkan utk pelbagai perniagaan. Terlalu general dan bunyinya agak meragukan..
Betul tu.. Setakat ni ibct tak ada lesen ajl utk buat mlm..
info yg menarik.. tq sis for sharing.. selalu jugak tgk iklan2 camnih.. tapi x penah tertarik pun..
Fariz : tq atas info yg berguna.sbb baru2 nie ada member sedang mempromote SAP venture nie.
Assalam,
saya sokong pendapat admin blog ini. Sekarang ni berlambak-lambak program yang sebegini.Dan kebanyakan program adalah mempromosikan buat duit sahaja. Tak dak pun cerita kelebihan produk. mereka menyalahgunakan term affiliate dan juga reseller. Dan paling disukai oleh orang kita adalah program yang tak perlu buat apa-apa tunggu duit masuk. sebab tu la muncul pelbagai program seperti RMxxsegera, Myxx.com, rmmudah.com dll.
Kepada admin ourkizuna terima kasih. Saye sebenarnye sangat menyipar dengan orang yang promosikan bende-bende yg cakap dapat buat duit tanpa buat ape-ape. Kalau semua orang tak payah buat ape-ape, macam mane dunia nak maju. Kerana ini mempromosikan cara hidup yang kolot. Sorry for the rants...I just hate this kind of business.
Salam... kenapa admin edisi siasat x kaji betul2 ye ttg sistem dan konsep yg digunakn oleh ibct tuk bisnes SAP? kesian atas tomahan yg sgt murahan ini. sye sedia terangkn kepada admin blog ini dan sesape saje ttg SAP dr konsep hingga hukum syarak. sye akn sertakan dgn file penerangan ttg SAP yg ditulis oleh sye dendiri.
boleh add sye di FB atas nama Qomaru Din (nilai) atau...
emailkan sye ke qamabiz@gmail.com / guabiasa@yahoo.com
sye harap jangan sesekali buat tuduhan melulu tanpa siasat dgn betul. terima kasih
Siapa agaknya di belakang SAP ni? Kenapa kita mesti kena bayar untuk join SAP? Sepatutnya SAP yg patut bayar kita sebab guna wall kita untuk Marketing produk2? Duit yg dibayar tu digunakan untuk apa ye? Komisen? Administration? Bayar Facebook, Bayar penulis buku?? Hmm....
Uptodate brapa banyak buku2 yg telah terjual ye? Ada statistic dia? Sebab apa SAP tak de web site sendiri? Lebih mudah kita mendapat maklumat kan? Dan yg paling best. Tak yah buat keje dapat duit. So siapa yang buat keje? ni kalau buat diagram ni lagi best. Tengok produk vs money punya flow.
Maaf lah saya lebih banyak kongsi pertanyaan daripada jawaban.
Assalam.. mcm besh la bisnes SAP VENTURE ni.. sya nk join laa.. boleh sape2 bg link tak? series sya nk join.. thank you. add fb sya ya. https://www.facebook.com/singadalion
selalu dah bace dan jumpe pasal sap venture ni cuma tak faham ape maksud sume tu, takyah jual barang, takyah promosi.. tak logik kan? nasib baik r akak ade cite panjang lebar pasal bende ni baru r faham.. time kak.. nasib tak pernah terfikir sangat nak join bende ni pas bace offer ngan jaminan menarik dorang tu..
Sy tertarik dgn program SAP ni. Sy ade mjual beberapa jenama produk kesihatan utk org dewasa & bayi. Oleh itu sy perlukan program yg blh membantu sy mempromosikan khasiat2 & kebaikkan2 produk. Lg bagus klu ia fully automated.
Catat Ulasan