Rabu

Sampai mati le kita mencarum KWSP

Assalamualaikum

Sumber : Berita Bernama

PUTRAJAYA, 14 Ogos — Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 1991 akan dipinda bagi mewajibkan pekerja swasta yang bekerja sehingga umur 60 tahun terus mencarum, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Beliau berkata pindaaan itu selaras Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum 2012, yang diluluskan Dewan Rakyat pada Jun lepas, menyaksikan umur persaraan untuk pekerja sektor swasta dilanjutkan daripada 55 kepada 60 tahun.

“KWSP, setelah berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia, bersetuju bahawa pengeluaran caruman KWSP masih kekal pada umur 55 tahun dan pencarum boleh mengeluarkan 30 peratus pada 50 tahun, dan baki 70 peratus boleh dikeluarkan pada 55 tahun, seperti termaktub dalam akta.

“Pencarum yang tidak mengeluarkan duit ketika 55 tahun boleh terus mencarum dan mengeluarkannya pada usia 60 tahun,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan ketiga pada tahun ini.

Acane gayanya ni.... Nampak gayanya KWSP ni bukan untuk pencen, tapi duit untuk tampung kos pengkebumian xox

Daa

19 comments:

Irfa berkata... [Reply]

aku tu ari pegi kwsp.aku dah tanya staff tu psl ni..dia kata belum pasti.skrg dah pasti la sbb dah kuar paper.

entahlah..mgkin dia nak rolling dulu duit dalam kwsp tu.hehe

Tanpa Nama berkata... [Reply]

hahahahaa! malaysiaku indah dan permai.

dalam 5 tahun tu, macam2 boleh berlaku. salah satunya, mati... alamat tak sempat merasa hasil titik peluh tu.

pemerintah ni boleh tak kalau nak gubal satu2 akta tu, dapatkan dulu pandangan majoriti rakyat? puuiii...!

Mak Wardah berkata... [Reply]

salam kenal. EPF tidak mengubah masa pengeluaran tetap pada usia 55 tahun dan betul jugak kot termasuk sekali duit pengurusan jenazah...heheheh

Asmara berkata... [Reply]

nasib baik dah tak mencarum. amik pencen je. haha..

Munn Jaafar berkata... [Reply]

klau sy ckp duit kwsp semua org dh dicilok n digunapakai utk 'bnda tak berfaedah' marah tak? hahaha

MAY berkata... [Reply]

ontah la dorg ni..ingat gaji kite ni setahun tak hbs2 kot...mcm gaji mereka yg gaji puluh ribu sebulan//

Dr K berkata... [Reply]

kepala otak gomen menipu macam tu lah...Kononnya PENTINGKAN nasib rakyat supaya tak papa di hari tua..Padahal nak rolling duit KWSP...

Nabi sendiri dah pesan kan, umur umat baginda rata rata 60 tahun ++ aja...Cakap Nabi taknak dengar...

bersama kak Es berkata... [Reply]

tak yah la nak sampai umo 60 ... nak menabung buat apa lg dah waktu tu. haisshhh

Nieda berkata... [Reply]

Tabung sendiri lagi baik.

emarieys berkata... [Reply]

dah lepas dengan KWSP

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Xnk kje smpai 60. ?.xlrat dh....

mummY daniSha berkata... [Reply]

haruslaaa keluar kan masa 55 tahun huuu

Hanis MY berkata... [Reply]

Huhu pengsan asyik berubah2 je peliknya

Mishter Izwän berkata... [Reply]

tak yah mencarum la senang, cari keje yg tak tolak epf, hahaha

Yaya Azura berkata... [Reply]

60 tahun? tak masuk dek akal langsung
umur 50 kita pakat stop carum KWSP..boleh kan?

BERT berkata... [Reply]

diorg nak pakai duit tu... tu pasal lah haha

Ujie Othman berkata... [Reply]

apa nak buat, aritu dh 'tabur' byk..kena cari balik duit.

wahida berkata... [Reply]

alamatnya sampai sudah la tak merasa duit sendiri...huhu...

Aziela berkata... [Reply]

Nampak tak 'keikhlasan' kerajaan di situ...?

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com