Assalamualaikum
Lupakan dulu kisah sibuk. Cengkonon...
Raya Aidilfitri 2012 ni balik rumah mertua di Kampung Pauh Lima, Bachok. Dah takdir dapat jodoh dengan orang jauh. Bersabar lah aku dengan sistem giliran. Raya haji nanti turn kampung aku pulak.
Hari Jumaat tu aku ingatkan dapat pelepasan balik awal. Rupanya tetap pukul 5 cam biasa. Ceh!! Dari office terus bertolak ke Temerloh rumah kawan shujin sebab da janji nak makan murtabak tebal orang Pahang. Tapi sebab unexpectedly aku tak dapat pelepasan, so terpaksa berbuka puasa dalam kereta. Nak dekat pukul 9 baru sampai ke Temerloh. Mujur anak-anak tidur almost sepanjang perjalanan. Takde lah diorang membuahss sangat.
Sampai tu isteri kawan shujin dah siapkan kuih muih. Tapi aku terkuciwa sikit sebab murtabaknya tak sesedap yang aku rasa tahun lepas. Yang kali ni rasanya agak manis. Lepas makan kuih muih berehat sekejap sebelum dihidangkan nasi pulak. Oh..isteri kawan shujin tu pun pregnant lebih kurang aku jugak. Dia lambat sebulan.
Lebih kurang pukul 11 malam baru kami bertolak. Sebenarnya aku nak ajak shujin bermalam kat Temerloh je, tapi sebab tengok shujin macam gigih je nak meneruskan perjalanan aku pun ok je. Damia sambung tidur pulak tak lama lepas jalan tu. Half way ke Jerantut, shujin dah mula rasa mengantuk yang teramat. Sampai terlelap. Tambah lagi jalannya gelap dan kereta banyak guna lampu tinggi. Silau dibuatnya.
Akhirnya sampai jugak di Jerantut. Bermalam lah kami di Jerantut malam tu. (Lupa nak transfer gambar semalam..) Kami ambil suite (nama je suite..) Satu katil Queen dan satu single. Anak-anak tidur di katil single. Aqil excited sampai payah nak ajak tidur. Damia dengan shujin dah belayar lama dah. Terpaksa aku terkial kial melayan bujang sorang. Aku lupa pulak nama hotel tu.. Tapi harganya berpatutan dan selesa. Bilik yang aku ambik tu harganya RM88 sahaja.
Tak best nak cerita panjang sebab takde gambar kan. Nanti lah aku sambung pasal hotel tu lepas transfer gambar pulak.
Hari Sabtu pukul 11 pagi baru kitorang bertolak ke Kelantan. Aku guna laluan alternatif. So kereta tak banyak (speed trap pun takde kot :P ) Still.. Nak dekat pukul 4 jugak baru sampai ke Pauh Lima. Nanti aku sambung kisah raya pulak ok.
Apa la scheme budak berdua ni kann.. (Di Pantai PCB) |
Daa
23 comments:
salam kenal dan selamat hr raya. Kat mana ada murtabak tebal temerloh tu? Mcm best je...rasa nk gi cari hihi...saya kg kat jerantut
Cantik gambar tu.
Ok kakcik tunggu cerita selanjutnya. :)
assalam rai..memang cantik gambar di PCB tu..
caman rai..dah pi jumpa doktor ke belum..baru 4 bulan rai..risau jugakkan..cepat jumpa doktor.. dan cepat diatasi
Nor,
salam kenal..dekat dengan bandar temerloh rasanya..sbb sampai tu tuan rumah dah belikan kat pasar ramadhan..tp kawan saya kata murtabak jerantut lagi sedap.. next year baru boleh cuba kot.. hehe..
kak erna,
belum lagi.petang ni baru nak pegi.dari semalam kesibukan..(entah apa la yg disibukkan sangat tu) nanti saya update..
mak ai..mencabar betul nak balik kampung kan, siap kena stop tido hotel...hehehe..
murtabak temerloh eh? 1st time dengar ni
Mcm syok je ry kat Pantai Timur sana. Ley amik gambo tepi pantai dgn baju raya!
aku tak tahu pun wujudnya tpt nama Pauh Lima.huhu..
kalau dah area bachok mmg jauh gile la ngan kg aku
best kalau dapat balik kg kan, walaupun jauh tetap gigih nak balik :)
dah lama x pgi kelantan...
akakpun ingat der perlepasan awal hari jumaat rupanyer takder. agaknyer hari rayatu hari ahad kalau sabtu dapatler kot...
letih korang akak lak terasa... memangler kalau balik kampung jauh2ni gituler...
memang cantik gambar kat PCBtu...
baper jam eh perjalanan.
kalo aerish n aed x tau la. mau meraung dlm kete. hu3
jauh juga memusing ya, tapi kalau ikut jerantut memang kurang sikit kereta banding ikut bentong-raub-lipis kan
rietta pown blk cam biasa jew....
murtabak pahang xpernah rasa lagi...
murtabak singapore nie pown kempunan...
huhuhu....
alhamdulillah sampai dengan selamat...
suka lew tgk picta bdk dua org tu...
sgt sweet....
KA pown kkdg pikir dua kali bila nak balik ke kg hubby di kelantan... penant sgt2 cuma happy bila dh sampai sana hehehe
Mmg jauh pjlnn rai & family ni..
Cntik gambo..
assalamualaikum rai...jauh perjalanan pulang ke kampung tu tapi mesti seronokkan...:)
murtabak apa yg tebal tu .... murtabak Pak Lan ke?
sambung jgn tak sambg.. salam lebaran kak rai, nex time raya kelantan nak jumpa sis!
ko raya kelantan je ke zai?kulai balik x?huuuu..aku org dekat je...kalau x mau nages jugak hahaa...
timur selatan ye Rai. hihi.. nasib la kan. saya pun sama cuma dekat sikit la temerloh muar. hehe..
As salam,
Actually tak tahu nak komen apa... tapi mcm sedikit mendebarkan sb kena tido hotel semua semata nak balik kg... tp best jgk ek... sekali sekala...lagipun elok kalau rehat sebelum meneruskan perjlanan barulah selamat :))
huhu k.rai siap tdo htel bgai.. lame dah x g klntn.. mgu ni sy nk g ganu
jauh gak perjalanan yer.. ingat dullu ms sy n family duk trg.. balik raya ke perak.. dlm kete, mesti saya muntah.. mabuk jln jauh.. hihii
Catat Ulasan