Rabu

Hari Raya Pertama

Assalamualaikum

Orang da masuk kisah raya ke enam ke tujuh. Aku baru nak story mory raya pertama. Hahaha.

Sampai petang sebelum raya tu terus pegi cari ayam dengan shujin sebab nak buat ayam ungkep dengan nasi impit. Mak mertua aku da buat rendang daging dengan ketupat palas. Untuk buka puasa hari terakhir puasa tu nenek shujin masak gulai itik serati.

Lepas berbuka puasa aku terus start masak. Terlebih letak air jadi ambik masa nak bagi kering airnya tu. Chik (Atuk shujin) da tak sabar-sabar nak cuba, ambil seketul. Sedap kata dia. Fuuhhh.. Lega. Boleh mak aku bangga dengan anak pompuan sorang ni. Wakaka..

Actually kitorang pakai baju raya tahun lepas je. Tema ungu. Gambar raya aku sekeluarga hancuss semuanya. Tak tau la kitorang yang blur ke cameraman yang blur. Semua tak jadi. Nyampah gak aku nak share. Comot je nampak rupa aku. Grrr..

Muka pasrah maklong pakaikan selendang

Kena paksa

baru pasan gambar aqil sorang takde. Sibuk main
Geram aku dengan si Damia sekarang. Gambar dia semua susah nak senyum. Serius je kalau aku nak ambik gambar dia. Aqil ceria sikit. tapi aku lupa nak ambik gambar aqil sorang sorang sebab dia sibuk berkejaran dengan anak-anak kak long aku. Yang tiga pakai baju purple kat atas tu anak kembar tiga akak ipar aku. Tua setahun dari Aqil. Anak dia enam orang semua lelaki. Yang sulung tu yang pakai baju kuning, no dua dengan tiga pakai baju biru. Aqil menyelit sorang tengok diorang main game kat Samsung note mak bebudak tu.

Lepas semayang raya, bersalam salaman. Bertangis tangisan. Kehkehkeh.

Makan makan makan.. Anak-anak ikut gerombolan sepupu diorang pegi beraya rumah tok penghulu. Makan daging tajam kata Aqil (satay :P) Lepas tu kutip duit raya kat rumah makcik shujin sebelah rumah. Makcik shujin tinggal dekat dekat. Yang jauh datang kumpul kat rumah Ma (panggilan utk mak mertua aku). Jauh pun kat Pasir Tumbuh dengan Tanah Merah je. Bukan ramai pun. 

Nak pergi beraya rumah sedara mara jauh pun shujin bukan kenal sangat sebab diorang baru je pindah Kelantan semula lepas lebih kurang 20 tahun duduk Kedah. So, kenalan shujin lebih ramai kat Kedah. Balik Kelantan kitorang banyak Jalan Jalan Cari Makan atau pun pergi pantai je. 

Nanti aku update edisi pergi pantai pulak ye.

Daa

16 comments:

Anamarza berkata... [Reply]

comel damia ngan muka pasrahnya tu :)

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Comel anak dara tu :)

Daging tajam?? hehehe...

wahida berkata... [Reply]

budak2 mmg ada mood kan nok nak bergambar...kalau dtg mood hepi, best la, kalau time panas terik suh berposing mcm dlm gambar raya aku tu, mmg masing2 monyok lah jwbnya...huhu...

damia comel lah walau pun tak senyum...kena paksa pakai selendang pulak tu...ekekek...

Mulan berkata... [Reply]

Salam Syawal & Maaf Zahir Batin..

sama laaa... gambar raya ada 1-2 je sbb sd card rosak.. huwaaaa... gambar family besor pulak tu..

damia...!! smile to aunty ya..

Unknown berkata... [Reply]

sy pun tak bergambo sgt..sibuk duk lyn anak jer..

btw,selamat hari raya buat akak sekeluarga....

Acik Erna berkata... [Reply]

assalam Rai..damia tetap comel walaupun muka pasrah

Tanpa Nama berkata... [Reply]

raya2 ni budak2 jugalah yag hepy sakan!

sekadar satu coretan berkata... [Reply]

sama la dgn kak ain..raya ni asyik mkn..mkn..mkn..

comey ank dara tu..bertudung..

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

alahaiii anak dara sorg... comel je pakai selendang dgn muka pasrah.. hihii

faraherda.razalan berkata... [Reply]

HAmboi...meriah betul! Anak dara tu...alahai, comel sungguh. Kena paksa eh? Tapi pasrah je die kan? Takde nak bukak2. Hahahahah...

Hanis Azla berkata... [Reply]

muka pasrah pun cun.. suka tgk.. wah terer masak smp kena puji.. bagusnya.. akak suka lauk ungkep.. sedap..

ulie berkata... [Reply]

wajahnya polos :-D
silahkan mampir singgah ke blog saya Gan...
http://uliearieph.blogspot.com/2012/07/mendambakan-jakarta-yang-aman-dan-nyaman.html

mohon tinggalkan komentarnya.

Kancil 8349 berkata... [Reply]

comelnya

MAY berkata... [Reply]

wah..shawls pelangi tu mcm kite punye la..same...hehe

aizamia3 berkata... [Reply]

tu kira okler ada jugak update kisah di pagi raya.. akak tak lagi.. :(

psstt: jemput datang umah nanti ye.. ;)

mshazadoes berkata... [Reply]

kak dya nk pinjm tdung leh x mia..hihihi

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com