Rabu

Raya ketiga

Assalamualaikum

Bukan aku salah tulis atau korang salah baca. Raya kedua memang kitorang takde buat apa. Langsung tak rasa macam raya. Cuma tengah hari tu aku tolong kakak ipar buat nasi tomato satu periuk untuk lunch dan dinner sebab kitorang nak bermalas malasan sepanjang hari. Hehehe.

Anak-anak duk berlarian ke sana sini. Termasuk mandi air telaga (keluar ikut paip gak) sebab tahap kepanasan terlampau. 

So raya ketiganya aku ingat nak pergi ke rumah "blogger ini". Gaduh ke Kubang Kerian dulu sebelum singgah ke PCB. Tau je la area Kota Bharu tu kalau time raya jem mengalahkan kat KL. Dari Kubang Kerian nak ke PCB tu kitorang lalu jalan alternatif. Konon sepupu shujin tu tau jalan. Mak dia yang kitorang panggil mokchik tapi da macam mak sendiri tu pun ikut sama.

So kami percaya lah kata kata dua beranak tu. Pusing sana pusing sini. Ada masa dia kata suh lipat kanan tapi tangan tunjuk kiri. Lastnya sampai tah kat ceruk mana. Bila check kat google map tengok da off road. Jauh pulak tu dari destinasi. Sabo je la.

Patah balik baru jumpa jalan asalnya. Punya lah jauh. Itu pun dah pukul tiga lebih. Dengan kebulur bagai kan. Sampai tu kitorang cari parking, pergi makan dulu. Aku tengok tengok menu lepas tu aku kata kat shujin. Eleh takat macam ni tak payah nak spend 5-6 hengget sejemput ni aku boleh masak. Lagi sedap lagi. Sebab tu aku malas nak makan kat kedai. Harga cekik darah gila! 

Mengenangkan aku da pernah cakap dengan shujin teringin nak makan ikan goreng salut tepung tu, shujin pun da pujuk pujuk aku ambik gak. Aku pun ambik ala kadar. Dah la servis lambat. Maklumlah kan. Masuk kedai tu masa kebulur. Budak yang ambik order tu ambik order air je. Makan tak tanya. Dah la buat air pun berjam jam.

Aku order mi rebus, tapi yang sampai bukan mi rebus yang biasa tu. Mi yang direbus dalam sup campur gitu kot. Shujin order mi kungfu ke mi kuntau. Tak sure tapi dia punya paling lambat sampai sebab masa orang kedai tu masak diorang baru perasan tepung yang nak bagi pekat mi tu da habis. Diorang bising pergi kedai. Obvious gila bawak balik tepung lepas tu mi terus keluar. Mokchik makan mi goreng. Sepupu shujin punya paling cepat sampai sebab dia order megi.

Ambik jugak yang goreng goreng salut tepung tu. Tapi rega memang cekik darah la. Ikan kembung sekor RM4, udang besar gak la dengan kulit 4-5 ekor RM12, Sotong RM4-7, yang jenis bebola tu satu cucuk 4 ketul RM2. Aku bisik dengan shujin, "tak payah la..takat macam ni kita buat sendiri lagi banyak dapat makan". Ye aku memang kedekut. Bebola tu sekilo baru RM8 ke RM10 gitu. Bukan pure pun. Tepung je banyak. Dalam sebungkus tu boleh la dapat dalam 30 ketul kalau tak silap aku kira aritu. Hahaha :P So korang bayang la sendiri betapa cekik darahnya kedai kedai makan ni. Sepupu shujin order lagi keropok lekor lima batang RM5. Bukan panjang mana pun. Ciss..

Yang pasti aku tengok steambot yang apek duk jual ngan lori tu satu cucuk baru 50sen. Kecik sikit bebolanya. Tapi murah la banding dengan peniaga melayu.

Total damage RM50++. Huhu. Aku bisik kat shujin. Saya bukan nak jadi kedekut. Tapi lain kali kalau nak pegi pantai kita bawak bekal macam piknik okeh. Gelak je shujin dapat bini mata duitan tapi kedekut cam aku kan :P

Lepas habis mentekedarah dengan perasaan tak puas hati, kitorang pegi jengah jengah pantai. Masih panas gila lagi. Pantainya pun curam. So aku tak berani nak bagi bebudak ni mandi. Main kat gigi gigi air je. Aqil da excited sangat dah. Shujin siap belikan dia layang-layang angry bird RM4. Damia nyorok je. Cecah sikit kat air lepas tu lari. Hehehe.

Janji dengan dia esok kita pergi pantai lagi
Sampai sekarang dia tuntut sebab tak sempat nak pegi lagi..

Budak cuak dengan air
Lepas tu kitorang pergi menziarah kubur suami mokchik. Tu sebenarnya tujuan utama ke PCB. Kalau nak ke pantai je kitorang biasanya pergi Pantai Irama atau Melawi je sebab dekat dengan rumah Ma. Bila da habis semua tengok jam da pukul 5 lebih. Badan pun da melekit. So kitorang cancel je nak pergi rumah cik blogger comel tu. Esoknya baru aku pergi.

Last sekali, aku nak tunjuk muka Damia macam nak belasah aku. Hahaha.
Muka cam tak puas ati je.
Padahal masa aku tak halakan kamera kat dia elok je dok gelak gelak. Geram betul!

Daa

15 comments:

Unknown berkata... [Reply]

wah,dah up entry raya ketiga..lajunye kak..hehe..

Mulan berkata... [Reply]

best kan raya2 kat pantai... lagi best kalo cuaca sangat baik alhamdulillah..

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Oooo... gambar budak kecik kat blog prettywrite tadi tu gambar anak2 Rai la ye... kakcik boleh kata gambar anak DJ Shaz pulak! :(

Memang melampaulah peniaga letak harga jualan sesuka hati, kan? :(

Acik Erna berkata... [Reply]

assalam rai..damia jugak yang kena..he he

Anamarza berkata... [Reply]

Balik tganu kali ni anak-anak tuntut nak pergi pantai, tapi tak kesampaian, panas sangat tak larat nak bawak :)

Cik Rose berkata... [Reply]

memang syok kan dapat g pantai.. Ros pun ada pergi masa raya ke 2, kat air papan, mersing :)

Irfa berkata... [Reply]

aku gelak dulu ;)

malas nak komen lebih2 tp bab makan mmg sakit hati kalau servis lambat.makanan sedap pun jd x sedap sbb lama tunggu.aku penah kluar dr kedai dan bayar rega air je sbb masa tu baru diorang gi kedai nak beli siakap yg aku order.boleh?

first n last aku ke pcb masa form 5..gila lama..kg aku jauh dr pantai

Ujie Othman berkata... [Reply]

Time ni la peniaga tu nk buat untung..ramai org luar dtg.

Wah..pegi rmh yana rupanya!
Saya masa ke KB dulu plan nk jumpe dia gak..tapi tak kesampaian.

Ann Ishak berkata... [Reply]

saya pun tak suka pegi kedai makan gaya gitu, sumpah 1st and last je, tak kan datang lagi :0

Unknown berkata... [Reply]

hhahhaha

janji ngan anak2 jangan memain, kena pegi smula tu. hehe edisi piknik la pulak

Unknown berkata... [Reply]

anak2 saya pun sibuk ajak pergi pantai masa raya hari tu tp tak menyempat lagi nak pegi...

budak2 ni biasalah, bila kita tak hala kamera, lawa je aksinya, bila kita bukak kamera, terus buat muka toya...hehe

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai...betul la kekadang memang peniaga ni ambil kesempatan masa raya2 mcm ni makanan semuanya nak cas mahal2 je...:)

Hanis MY berkata... [Reply]

tak shuke makan kat pcb mahal tak bertempat wuwuwu... eh pemalu rupanya damia...

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Bestnye pntai.....

Psss....jnj mesti ditepati...krang anak teruna sweet itu merajuk....

sal ya berkata... [Reply]

memang kedai makan ni cekik darah. tapi kalau dah kelbulur tu telan je la. buat pejam mata je.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com