Jumaat

Pengalaman berpuasa zaman belajar

Assalamualaikum

Zaman paling jahil zaman paling kelakar. Dan mostly yang paling paling lah zaman belajar ni. Kalau mungkin ramai orang complain nasi kat dewan makan asrama paling tak sedap aku boleh senyum senyum. Sebab nasi dan lauk pauk kat dewan makan sekolah sains kota tinggi dulu memang antara yang paling sedap. Jauh lagi sedap dari lauk hospital. Malah kalau makan makan special tiap hari rabu (nasi ayam, nasi tomato, nasi minyak) tu memang boleh beat yang beli kat kedai. Diakui oleh ayah aku sendiri. Tapi rasanya skang tender dewan makan pun da bertukar. Maybe da tak sesedap dulu.

Zaman berpuasa kat asrama memang best. Bersahur seawal pukul 430 pagi. Adik adik yang tak tau peraturan dewan makan buat macam rumah sendiri masuk dewan makan dengan pakai baju tidur doraemon atau seluar track suit. Ada yang pompuan siap tersilap sarung. Pakai baju kurung dengan kain dalam saje. Kecoh la kat sekolah lepas tu. Yang malas lagi sanggup sambung tidur pun ramai. Bila ramai yang malas turun bersahur, yang untung adalah insan kuat makan macam aku la. Mintak extra itu ini dengan brader yang cedok lauk. Hihi.

Bila da habis sekolah. Still rindu dengan masakan pakcik dewan makan. Walau pun kadang kadang kuihnya masa minum petang tu keras kematu kitorang baling je atas bumbung dewan makan. Konon tak baik buang makanan dalam tong sampah. Buang atas bumbung mulia sikit kot sebab tinggi darjatnya :P

Zaman belajar kat kolej biasa je. Kalau berbuka puasa tu tumpang kawan-kawan yang ada kereta pegi la kat pasar ramadhan. Kalau tak, bersabar je la dengan makanan kat kedai tepi tepi hostel tu. Sahur pulak ada masa dapat makan FREE sebab ada kursus guru-guru diorang makan sahur. Kitorang tumpang sekali. Harap diorang halalkan T_T

Paling sadis masa zaman belajar kat Jepun. Untungnya masa zaman aku belajar dulu bulan puasa jatuh musim sejuk. So siang pendek. Sahur lebih kurang macam kita kat Malaysia. Berbuka seawal pukul 5 petang. Kalau tengah kelas. Pakat gigit pemadam nak batalkan puasa. Nak makan segan sebab aku sorang je muslim dalam kelas tu.

Habis kelas sipi sipi nak masuk isyak. Lepas solat isyak bagai baru keluar pegi cari makanan. Bayangkan le sejuk sejuk time tu. Komuniti pelajar Malaysia kat tempat aku bukan ramai. Aku pulak jenis lone ranger (pemalu la konon sebab mostly yang tinggal dekat tu semuanya jantan :P) So, ke mana mana sendiri aku je. Naik basikal. Alhamdulillah tak ada apa yang buruk berlaku walau pun kadang-kadang aku kena stay kat lab sampai nak dekat tengah malam. Memang selamat pun kat sana. Pernah sekali. Balik dari kelas da pukul 645. Aku tak sempat nak masak sebab kelas pun full. So konon nak pegi makan spagetti la. Aku ni kampung. Mana pernah makan spagetti. First time makan kat sana la. 

Order spagetti bolognese. Mana aku tau dalam tu daging. Nasib baik aku golek golek dulu. Tanya kat waitress tu rupanya bolognese tu ada daging cincang. So aku pun cakap kat dia. Ambikla balik. Aku tak boleh makan. Aku ambik salad. Rupanya salad tu pun ada ham dalamnya. Hampeh gila. Aku minum air. Lepas tu aku bayar. Bagusnya diorang tak cas pun harga spagetti yang aku terorder tu. Aku bayar salad je. Air kosong FREE.

Lepas tu aku pegi seberang jalan ke kedai tujuh sebelas. Beli pau. Kebulur gila dowh! Makan satu untuk berbuka. Simpan sebiji lagi untuk sahur. Since time tu sejuk gila. Bangun sahur aku hulur sebelah tangan ON danbou (pemanas). Lepas tu aku duk dalam selimut sambil makan pau sejuk beku T_T. Lama gak nak habiskan tu pun. Sebab aku ngantuk. Satu bite lepas tu tertido, lepas tu sambung makan pulak. Hampeh.

Pagi raya. 1st year tu aku skype dengan family aku. Nanes gak la. Hihihi. Dah tahun seterusnya tu aku pasrah je. Pegi sambut kat embassy dengan student Malaysia yang lain.Takde da nanes nanes. Mak aku kirim biskut. Sampai tu ada yang da jadi serdak. Tu pun aku makan jimat jimat. Zaman tu mana ada terpk nak buat sendiri ke apa. Pernah sekali musim buah, ayah kirim rambutan. Bila sampai tu da mala kata orang (mala tu cam da terlalu masak airnya da meleleh2 gitu) Aku kopek kulitnya siap siap simpan dalam peti sejuk.

Sampai skang kalau teringat balik aku mesti sengih sengih. Walau pun pendek sangat masa kat sana. Tapi banyak aku belajar. Mula-mula masuk rumah tu rasa bangga bila apa yang dimasak tu jadi sedap. Walau pun tak segigih sekarang belajar memasak. Still aku gigih sebab aku dari kecik mak aku tak ajar aku masuk dapur. Da nak pegi tu baru ayah aku ajar memasak. Bukan mak aku pun yang ajar. Tu pun ayah ajar masak asam pedas yang sampai sekarang aku masih fail lagi. Kadang jadi kadang tak jadi.

Still rindu zaman tu. Still rindu pada crepe baskin robin yang sedap tetiap minggu aku wajib pegi makan at least sekali. Murah je baskin robin kat sana. Crepe dengan 2 scoop aiskrim sekali dengan benda benda lain tu baru dalam 380yen ke 450yen. Jangan convert duit sini la. Kira kalau kira pendapatan kat sana 380yen tu macam RM3.80 kita lah.

Padahal balik sini aku langsung tak hingin nak makan baskin robin tu. Mahal gila. Rasa tak berbaloi nak makan (sebenarnya sebab takde crepe :P)

Melalut da..

Apa pengalaman kelakar/sedih/menarik korang masa berpuasa zaman belajar dulu?

Daa

21 comments:

Cik Rose berkata... [Reply]

memang kita kan rindu dengan kenangan lalu kan...
kenangan tu banyak mengajar kita erti kehidupan :)

Mulan berkata... [Reply]

lebih kurang la kalo jaman kat hostel sek men tu.. ada jgk nasi ayam, nasi tomato.. selalu kuih yg fail sikit.. tapi ada kala karipap sedap sampai sokmo tak cukup..

tak belajar oversea tapi masa ikut hubby keje kat vietnam 10 tahun tu, mmg tak terkata lah pengalaman nya puasa kat sana.. bahan takde, tekak nak macam2.. masa tu lah baru nak bertatih buat kuih tradisional.. tong sampah dok nganga je tunggu yg tak jadi.. hahaha... bulan puasa mana jalan kuih2 moden ni.. nak kuih malaya jgk..

eh eh... panjang pulak citer..

bujal X berkata... [Reply]

Konon tak baik buang makanan dalam tong sampah. Buang atas bumbung mulia sikit kot sebab tinggi darjatnya :P

tak boleh blah~~keh keh keh~~

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Banyak juga kenangan Ramadhan Rai. Kenangan kakcik apa ya?... hmmm... nanti nak cuba ingat! :)

Anamarza berkata... [Reply]

Zaman sekolah biasa2 je, sbb tak duk hostel, zaman U pernah menapak jalan kaki dari hostel sri alam gombak ke bazaar ramadan kat tepi balai polis kot (lupa dah)berbuka dengan masakan minang... yg lain biasa2 aje

Acik Erna berkata... [Reply]

salam rai..masa sekolah2 acik tak dok hostel..tapi dok rumah sewa..masak sendiri.kemudian masa sambung belajar..dok asrama..masa tu..acik selalu minta lauk telur je..tak mau daging ke apa..jadi tak de yang spesel..lauk teluuuuur je

DrFIO berkata... [Reply]

senyum2 gak saya membaca citer kamu. Zaman belajar mmg la yg paling best. Tp sy xde pengalaman dok asrama masa sekolah. dah masuk U baru rasa. Selalunya sahur dgn megi je sbb malas nak beli makanan. huhu...

BERT berkata... [Reply]

menarik pengalaman kak rai hehe... tetibe je teringat zaman belajar dlu.. macam2 ada pahit manis semuanya campo2

MAY berkata... [Reply]

WAH..BLAJO KAT JEPUN TU..HEBAK2...
SAME LA..ZMN SY SEK TEKNIK DLU MCM TU JUGAK..MEREKA YG BESE MKN SEDAP KAT KG,SLL JE KOMPLEN LAUK KAT ASRAMA..TP BG SY OKEI JE...TAKDE MSLH..SEDAP JE.NAK2 LAUK TAUHU HARI SABTU TU..NASIK AYAM LAGI..PERGH...TERINGAT PLK...KLU LAUK TAUHU TU SLL MINTAK TAUHU LEBIH...

Unknown berkata... [Reply]

hihi, ketawa sekejap baca part yg gigit pemadam sebab nak batalkan puasa.

wahida berkata... [Reply]

aku tak menahan bila ko ckp campak kuih atas bumbung dikira mulia darjat...wakakaka....

eh, tapi aku pun mcm ko, masa kat UiTM, masakan kat dewan makan sedap2 belaka...paling menunggu hari Khamis, sbb pagi2 ada nasi lemak...nasi lemak dia best giler kot...

Tanpa Nama berkata... [Reply]

byk sangat RAi pengalaman tu kalau nak citer 100 malam x habis hehehe

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Cerita berpuasa masa belajar masa tu sedih tapi bila sekarang dikenang jadi kita sengih..

Dr K berkata... [Reply]

hahaha..buang atas bumbung tinggi sikit darjatnya, ye tak? :P

Ohhh..baru saya tahu awak pernah belajar di jepun...patotnya buka pukul 5 tu geget aja kurma...:)

ps: fasih la cakap Jepun ni?

Unknown berkata... [Reply]

Daddy ZZ,
masa tu bekalan kurma tak sampai lagi T_T. Nak cakap fasih tu tidak lagi..boleh la takat nak sembang sikit2 lagi..

+ e.z + berkata... [Reply]

wahhhhhhh best tuh studi kat jepun.
sakura princess la nih yer? hik3...
mencabar gaks yer nk mkn kat sn... sbb tuh kot, eB selalu brangan nk gi UK jerk... mcm la sng sgt.. ha3...

NenetPenne (NP) berkata... [Reply]

kelakar la pulak entry ni...
bagus, sebab baru je nangis tengok iklan raya BERNAS...

i pelajar malaysia jer so tak ada experience belajar oversea ..

Irfa berkata... [Reply]

sukanya baca kisah ko ni
tapi aku takde pengalaman posa kat oversea ;)

cuma pertama kali puasa jauh dr mak ayah ialah bila dah mula keje..tapi masih dalam mesia..so okey la

mummY daniSha berkata... [Reply]

hahhahaa...zai,aku dulu selalu time supper aku cilok biskut banyak2 hahahhaaa....kelaka bila ingat balik.....byk kenangan kat sakti kan =)

sal ya berkata... [Reply]

sama la macam BIL saya masa belajar kat jepun. pagi2 je dok berskype. lps tu dia ke mana family pun ke mana hilangnya. sibuk sgt pg raya.

Nazri Razra berkata... [Reply]

Erk. Abe pernah kantoi x puasa ngan ustaz ngajar Quran masa darjah 2. Tetengah baik suap maggi Pama tomyam, dia mai. Perghh, berdarah buntut kena libas ngan ustaz sama ayah. Pedey smp tetua gini pun terasa lagi.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com