Selasa

Salam

Assalamualaikum

 

Sorry. Semalam aku pura-pura MC. Rupa rupanya macam macam dah berlaku. Dapat SMS sedih dari Irfa tentang seorang sahabat blogger kita Lieynanilaz yang dijemput ilahi. Separuh badan aku memang taknak percaya. Tapi Allah memang lebih menyayanginya. Sama-sama kita doakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Insya allah.

 

Sorry. Bagi yang berminat nak buat tempahan kuih raya, boleh la email tempahan ke kesoma.rai@gmail.com. Mudah sikit aku nak keep track. Atau pun tinggalkan email address untuk dihubungi. Insya allah aku cuba hubungi secepat mungkin. Untuk COD minimum order 2 jenis je. Aku takde cas apa apa extra. Cuma belanja bukak puasa je. Eh takde lah. Hehehe.. Penghantaran bagi kawasan Bangi, Kajang, Nilai, PJ, Kuala Lumpur, Selangor insya allah aku cuba penuhi. Tapi weekend atau lepas office hour lah ye. Kalau nak datang ambik kat Shah Alam pun boleh. Roger je.

 

Sorry. Ada update update lain lagi. Tapi aku mengejar dateline (ni sebab aku malas nak cuti..takut tak sempat nak kejar dateline) haihh..

 

Rindu korang semua!

 

Aku masih kerisauan, tapi insya allah dalam proses nak sort out segalanya.

 

Daa

11 comments:

Dr K berkata... [Reply]

Innalilahiwainnailaihirojiun..

Blogger Lieynanilaz tu apa nama blog nya ya? Rasa macam saya ada komen dalam blog nya?

Tahu sebab kematian?

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Semoga Allah permudahkan segalanya.

Tanpa Nama berkata... [Reply]

alfatihah.... moga semuanyer baik ye!

Unknown berkata... [Reply]

al-fatihah untuk arwah...

semoga segala urusan Rai di permudahkan

Prettywrite berkata... [Reply]

innalillah..sebaknya..semoga roh arwah dicucuri rahmat..mati itu pasti..

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Sakit kepala N3 last dia (hari ahad) tak sangka semalam dia pergi buat selamanya.. moga rohnya dicucuri rahmat. alfatihah..

Irfa berkata... [Reply]

apa lagi yg ko risau ni Rai?
dahlah..bawak bertendang.eh silap,bawak bertenang ;)

Unknown berkata... [Reply]

daddy zz,
saya baca di blog herba tihara katanya sakit darah tinggi dengan paru paru berair.. meninggal dalam tidur..memang tak sangka..

kakcik,
thanks kakcik..insya allah..

kesuma,
insya allah..tq

Unknown berkata... [Reply]

kak yus,
insya allah kak..

yana,
betul tu..tak kira tua muda.. miskin kaya..

kakzakie,
saya pun macam tak percaya kak.. kita pun bila bila masa je dipanggil..

Unknown berkata... [Reply]

irfa,
ahahaha..risauuuuu..entah la irfa.. aku pun tak reti nak explain..

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Knp sy tatau?

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com