Selasa

JJCM - Jalan jalan cari mangga

Assalamualaikum

Ever since Kakcik announce pasal mangga/pauh/pelam kat depan rumah dia tu aku terus tak lena tidur memikirkan kesedapan mangga tu. Macam-macam da aku berangan. Siap awal awal da pesan kat shujin aku nak gi rumah kakak blogger kat Cheras nak mintak mangga (tak malu!). Hahaha.

Melayankan kerenah isterinya, akhirnya sabtu aritu tercapai gak cita-cita aku. Tu pun da herot mulut muncung aku sebab shujin duk sibuk main tab dia tu. Dah last minute nak keluar si Damia pulak berak. Bertuah betul anak dara tu. Si abang pulak pitam. Orang da suruh tidur awal-awal degil. Aku sibuk bakar sekuk nak bawak kat tuan tanah, dia sibuk mintak. Sudahnya seiring dengan aku membakar diorang mengunyah. Yang nak dibawak tu masih lemau lagi. Kesian kakcik. Entah apa agaknya rasa biskut tu.

Misi mencari rumah kakcik takde la susah sangat. Ditambah lagi kakcik dan suami dengan senang hati pick up kitorang kat tepi pejabat parti yang berlogo biru muda tu. Awal-awal aku da excited sebab kakcik SMS, "Mangga kakcik da ambik sebaldi ni" Haihh..Sampai je kakcik terus tunjuk. Segan aku. Hahaha. Balik tu timbang timbang adalah dalam 9.5kg beratnya.
Bungkusan mangga
Besar buahnya
Kebanyakannya masih muda. Tapi balik tu aku terus kupas 2 biji makan dengan kicap+gula. Malam tu menahan sakit perut. Hahaha. Makan tak ingat ingat.

Ada jugak yang kami nak bagi kat kakak ipar yang tinggal tak jauh dari rumah tu. Aku tengah pk pk balik nanti nak buat kerabu mangga pulak. Sementara masih belum masak ni. Rasanya tak sempat masak da habis ni.

Terima kasih banyak buat kakcik dan suami dengan layanan yang diberikan. Shujin pun kata, memang friendly sangat kakcik dengan suaminya.

Aqil pulak sampai dah nak balik tu dia membongkang dalam kereta. Bila bangun moody je. Tensi aku. Damia pulak malu malu. Tapi bila kakcik hidangkan sekuk raya duk mengunyah tak renti. Baru keluar suara. Haii..anak dara anak dara..Sogok dengan makanan baru keluar suara emas dia.

Nota kaki : Boleh tak aku excited + malu malu sampai lupa nak ambik gambar dengak kakcik! Dalam kereta aku ketuk kepala sendiri..Err..kalau sesiapa nak tengok muka mahal aku sila silalah singgah kat blog kakcik. Aku maluuuu..hahaha...

Daa

21 comments:

Tanpa Nama berkata... [Reply]

saya pun hantu mangga juga .nk minta juga ler ckit hehehe

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Wah... dekat 10kg ya Rai? Eh... + gula, kira2 lebih 10kg la tu... sama berat sekampit beras. :)

Jangan malu2 dengan kakcik dan suami. Kami memang begitu. Cumanya kesihatan kakcik agak tak stabil, jadinya kemalasan pun turut sama naik. Kesian Rai dapat minum air kosong je! :(


Kesuma Angsana... datanglah ke rumah kakcik sementara mangga masih ada (kalau nak datang saja2, bila2 pun boleh). :)

sisdee berkata... [Reply]

adoiii bestnya mangga.....dah mcm org ngidam lak ai hahahaha

i punya PEEL pun sama kdg2 bila dah excited lupa nak amik gambo :p

Irfa berkata... [Reply]

dah makan mangga?ada ape-ape ker?
hehe

yatie chomeyl berkata... [Reply]

ada lebih lg tak? pos sikit kat mak buyong kat nihon ni, terliur tengok ni hah ehehe

Cik Ecah berkata... [Reply]

uishhhh sedappnya kalo mencicah nihhh

Unknown berkata... [Reply]

Wah Mangga.. teringat2 2nd prgntcy.. hantu mangga! tp mkn yg masak la, yg manisss tu ^__^
p/s: sekuk raya tu apa Rai?

nazayiena berkata... [Reply]

Sedapnya mangga besar nie,baiknya kakcik dan family diakan....

Acik Erna berkata... [Reply]

Rai..dah berkenalan dengan wajah rai diblog kak cik dah.
memang tak boleh tahan..lagi2 bila dah di potong kecik2 kemudian gaul gula dan garam..sedapnya

onlajer berkata... [Reply]

tunggu ada ofer baru beli hehe

Unknown berkata... [Reply]

rai..

saya sangat jeles okey...

kakcik.... awat umahmu jauh

Unknown berkata... [Reply]

kesuma,
mintak jangan tak mintak..kakcik memang murah hati..banyak dan besar buahnya..

kakcik,
aah kakcik..siap dengan gula subsidi lagi..lupa nak mention.. hehehe..

sisdee,
aha..tau takpe..

Unknown berkata... [Reply]

irfa,
ahaha..ko jangan macam2..

yatie,
banyak lagi ni..betul nak ke? nanti saya tengok mintak shujin tolong..

cik ecah,
sedapp..yg menulis pun duk menelan air liur ni..haha..

Unknown berkata... [Reply]

shima,
saya dedua suka..manis ke masam ke..sekuk raya tu biskut raya.. hehe..

naza,
aah..peramah lagi friendly.. kita yang naik segan..ehehe..

acik erna,
anak2 saya terkenyit2 sebab masam.. diorang lagi suka cicah dengan kicap+gula..so saya layankan aje lah..kalau buat yg pedas tu nanti abang nak..kesian pulak perut dia kecik lagi..

Unknown berkata... [Reply]

onlajer,
ahaha..tau takpe..

ayu,
ehehehe..jgn jeles..insya allah ada rezeki lain utk ayu juga..

+ e.z + berkata... [Reply]

eB ms kecik2 punyer giler mangga msm.. tup2 dh kwn langsung x mo. jeruk pn x suker. pelik. hu3

wahida berkata... [Reply]

amboi...sedapnya!!

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Tgk gamba je pu,, dah rs ngilu.

=(

Teratak Hami berkata... [Reply]

Rai,
Malu akak tgk perangai ko dik ... hehe. Gurau jek!! Best ada rakan blogger yg pemurah kan. Nanti beri idea kat kakcik, suruh jual mangga online.

ct rahani berkata... [Reply]

kecur tgk mangga.. sedapnya sis..

Anamarza berkata... [Reply]

sedapnya... kecur air liur mengoknya :)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com