Khamis

Dua perpuluhan enam juta

Assalamualaikum

 

Berita semalam 2.6 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes

 

KUALA LUMPUR 22 Jun - Bilangan penghidap diabetes di negara ini semakin membimbangkan dengan peningkatan 31 peratus dalam tempoh hanya lima tahun, meskipun pelbagai usaha menanganinya telah dijalankan.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, peningkatan itu begitu drastik jika dibandingkan pada 2006 iaitu hanya 11.6 peratus penghidap bagi setiap orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas."Ini menjadikan 2.6 juta penduduk Malaysia didapati menghidap diabetes berdasarkan laporan kaji selidik oleh Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) tahun lepas," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Diabetes Kebangsaan 2012 bertemakan Ke Arah Pencegahan dan Pengawalan diabetes yang lebih baik.

Turut hadir Presiden Persatuan Diabetes Malaysia, Prof. Datuk Ikram Shah Ismail.

Hasan berkata, antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan jumlah penghidap diabetes di kalangan penduduk Malaysia adalah berat badan berlebihan, genetik, gaya hidup dan diet tidak sihat, meminum alkohol, merokok serta tidak menjalani pemeriksaan perubatan secara tetap.

"Cara pencegahan terbaik adalah dengan makan secara sihat, bersenam sekurang-kurangnya dua kali seminggu, menjalani saringan kesihatan secara tetap dan berkala serta mendapatkan rawatan serta penjagaan sewajarnya," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menggesa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), masyarakat umum dan sektor swasta supaya membantu kementerian dalam menjayakan Pelan Strategik Kebangsaan bagi Penyakit Tidak Berjangkit dengan mempromosikan kempen gaya hidup sihat.

Sementara itu, Ikram Shah berkata, diabetes seharusnya dianggap sebagai isu sosial serta ekonomi dan bukan terhad kepada isu kesihatan sahaja.

"Masyarakat perlu sedar mengenai bahaya penyakit ini yang semakin meningkat dari hari ke hari," ujarnya.

Justeru kata beliau, semua pihak perlu mengambil bahagian mempromosikan kesedaran mengenai diabetes bagi mengurangkan jumlah penghidapnya dalam kalangan penduduk Malaysia.

 

Cegah sebelum parah.. Jom amalkan gaya hidup yang lebih sihat.

 

Semalam dalam entry Vitamin Supplement Baik atau Buruk tu Kak Aziela ada komen yang kadang-kadang kita tak tau nak pilih vitamin supplement yang ikut pemakanan dan lifestyle kita. Actually, ada cara untuk tahu. Weekend ni ada event kat PJ, kat satu section tu ada mesin akan ditanya tentang habit dan lifestyle kita. Dari situ akan keluar result vitamin dan mineral apa yang kita perlukan (secara general, vitamin dan mineral utama) Insya allah aku ingat nak pegi. Kalau ada yang merewang kat situ nak cuba tekan tekan nak tau roger la aku. FREE je. Dibuka dari pukul 10 pagi ke pukul 6 petang.

 

Sebenarnya tujuan asal aku nak merewang ke sana nak usha menda bawah ni..Terberkenan pulak dengan warna nya.. Cuci mata dulu..

Daa

14 comments:

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Yang paling malas kakcik nak buat adalah bersenam! :(

ct rahani berkata... [Reply]

takutnya bila baca.. kdg makan x ingat dunia jugak.. pasttu malas bersenam.. adeh la.. kena ubah nih..

Cho Zila berkata... [Reply]

memang menakutkan... kena berubah.. berubah...

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum Rai...kenalah berhati2 dgn penggunaan gula yg berlebihan ni...:)

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Kat ne event tu?

Unknown berkata... [Reply]

kakcik,
saya pun tenggelam timbul kak.. bila badan sakit sakit baru ingat nak bersenam..ehehe..

ct rohani,
jom jom...

kak zila,
jommm~

Unknown berkata... [Reply]

kak mas,
bukan gula je kak..processed refined carbohydrate semua kena kurang kurangkan..

fara,
area digital mall..nanti saya email..

babYpose berkata... [Reply]

salam kenal...nauzubillahiminzaligh..memang tak sedap minum yg kurang manis ni mmm..terpaksa kurangkan...

Unknown berkata... [Reply]

Beh nya mixer tuh. Cantik kalernya.

Jumlah yg menakutkan tuh.. Makcik shima salah seorg drnya. Klu malas bersenam mcm shima ni memula sekali elak air bergas, ais2, makanan segera. Byk minum air msk aje dan msk sendiri di rumah.

Tipulah kan klu tak teringin nk mkn fastfood, kek, cekelat.. Tp kurangkan. Dlm setahun sekali tu dah cukup baik. Sbb suami org kg, tak minat segala fastfood ni, mempengaruhi shima jgk...

Huiii pjg nya daku ngomelll

^_^

LiYa HaNiF :: berkata... [Reply]

mencegah lebih baik dari merawat... :)

uncle gedek berkata... [Reply]

blogwalk pon bersenam kan?

emarieys berkata... [Reply]

memang ramai dapat penyakit tu..masalahnya ramai yang tak cegah..bila penyakit datang baru nak ubat..susahlahkan..

Tanpa Nama berkata... [Reply]

saya antaranya keturunan n kena waktu alst preggie dulu but alhamdullilah under control selalu betwen 4 - 7 je bacaan!

Tanpa Nama berkata... [Reply]

Boleh cuba supplemen herba ini yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com