Jumaat

Sosej bun kedut kedut

Assalamualaikum


2-3 hari lepas ternampak kak ina KL tayang roti sosej berkeju. Since kanak-kanak ribena tu suka sosej balik tu terus aku menguli. Resepi rotinya aku ikut resepi Garlic Bread, tapi entah kat mana silapnya dohnya macam tak berapa stabil dan bila dah sejuk rupanya berkedut kedut. Esoknya bagi Manager aku cuba, dia kata ok. Siap cakap bila nak buat garlic bread lagi.
Roti sosej kedut kedut
Tumbuh muscle aku. Lainla kalau aku da rembat satu breadmaker macam Ayu - Citarasa Rinduan. Time tu jangan kata garlic bread. Mak bapak bread pun aku boleh buatkan. Haih.. Shujin? Bila nak rembat?
Minum dengan organic green tea pulak kan..

Terbaik~~
Minum pulak dengan teh hijau panas panas.. Memang best. Teh hijau ni sedap. Tak pahit tak kelat langsung. Payah nak jumpa teh hijau macam ni.

Sosej bun ni aku buat 20 batang sosej. Aku dengan shujin makan 6-7 ketul yang lebihnya budak berdua tu balun. Tak hairan lah kalau masing masing naik nak dekat dua kilo bulan ni.

Daa

10 comments:

Aziela berkata... [Reply]

Akak x pernah buat roti sebab ngeri nak menguli....

yatie chomeyl berkata... [Reply]

i dah ad abreadmaker kat umah ni pun, tetap malas nk buat roti...poyo je masa mula2 bel i dulu konon2 nk rajin meroti hehehe

Asmara berkata... [Reply]

yg penting rasa sedap dan boleh dimakan! hehe..

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Untung budak2 tu ada mak yang rajin meroti. :)

Acik Erna berkata... [Reply]

assalam rai..acik lansung tak pernah mencuba resepi roti lagi..sebab tak mau tumbuh muscle..he he..tak larat nak menguli

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Menguli tu dah full exercise Rai... mana mungkin naik 2kg. Yg naik kakak rasa Shujin dan dua budak comel tu kakak percayalah...

Munn Jaafar berkata... [Reply]

salute sy dgn org rajin buat bun ni...sy kalau teringin nk mkn gagah p cari kat kedai.. :0

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Peh! Sedapnya roti tu. Nmpk lembut je. Haishh! APe lagi yg awak tak puas ati? Sy cemburu dgn awak lagi ni , ade le...Arghh!

Dr K berkata... [Reply]

rupa huduh takpe, asalkan sedap! ahaha

Anamarza berkata... [Reply]

Rupa tak penting asal sedap di makan.. (^_^)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com