Isnin

Puas hati : kata dia

Assalamualaikum

 

Seronok bila orang beli barang/perkhidmatan kita dan dia rasa puas hati kan.

Bukan nak tunjuk hs baru shujin belikan (poyo!!!) boleh print screen tau..

Nak bagitau..dia suka dengan barang yang dia beli dengan aku

Kuning tu kawan sekampung dengan aku, aritu dia beli set bersalin dengan aku. Alhamdulillah dia puas hati dengan set bersalin tu. Risau jugak mulanya sebab set tu banyak kandungannya (lengkap dari hujung kepala (tak termasuk rambut) sampai ke hujung kaki), ada orang suka, ada orang rasa leceh. Aku rasa rugi sangat kalau orang beli kat aku lepas tu orang tu tak guna betul betul. Memang boleh pulangkan untuk claim duit balik sebenarnya walau pun dah digunakan (dengan syarat tak habis guna la). Tapi biasanya diorang taknak sebab segan. Serba salah aku dibuatnya.

 

Kan bagus kalau semua customer aku rajin macam member aku ni. Nak berniaga pun rasa seronok. Kalau awal awal da kata tak rajin tu aku pun tak berani nak recommend. Takut nanti result nya tak macam yang aku cakap, dia kata aku nak tipu duit dia pulak sedangkan niat kita ikhlas nak tolong orang. Bukan nak menipu.

 

Contohnya baru ni ada member nak beli allano lotion sebab dia eczema teruk sampai berdarah darah (kena cahaya matahari sikit pun tak boleh) memang kronik (biasa pegi doktor dapat steroid je katanya..eh doktor?). Alhamdulillah dia puas hati. Aku pun happy. Padahal nak kata untung banyak tu takde la banyak mana. Kadang-kadang kos nak menghantar tu pun da lebih dari untung. Tapi bila kita dapat mengurangkan kesusahan orang lain rasa seronok kan.

 

Daa

21 comments:

Mulan berkata... [Reply]

wah.. best tu..

ada jual product kuruskan badan tanpa exercise tak..?? i know i so jahat one tapi i need it asap, tapi i jaga makan tau... malas tahap mt everest ni.. :(

or any product yg turunkan kolesterol.. :)

Yaya Azura berkata... [Reply]

best kan kalau semua customer macam tu
semangat nak berniaga!

Yaya Azura berkata... [Reply]

best kan kalau semua customer macam tu
semangat nak berniaga!

Unknown berkata... [Reply]

kak mulan,
kalau ikut nafsu saya memang nak kata ada..haha..ada je product dan kaedahnya..productnya selamat tapi tak sihat dan tak ikut etika lah pulak..sbb macam mana pun memang nak kena bersenam..ada program utk turunkan berat badan dalam masa 10 minggu..tapi kalau orang takut tak boleh commit saya pun tak berani nak suggest kan..

product utk turunkan kolestrol insya allah ada..

Irfa berkata... [Reply]

betul tu..ramai yg beli je satu set penuh dr kepala ke kaki tpi pakai main pilih2 je

mcm aku je tu ;)

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Sy ade pki satu produk set lps bersalin. Bgs sgt. Puas hati sgt. Buang air pun lancar (selalu kan sembelit?)...rahim pun cpt kecut. Entahlah...sy mmg tak arif psl mende ni tp tu la yg sy rs.

Asmara berkata... [Reply]

Rai, promote la kat sini, apa2 brg yg ada. tak nampak pulak brg yg Rai jual. kot ada yg berkenan nak jugak esp. produk2 kesihatan ni. ;)

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Baca komen mulan, kakcik tak jadi nak taip apa yang kakcik fikir - hehehe... adake produk menguruskan badan tu? :)

Unknown berkata... [Reply]

yaya,
tu la..puas ati bila orang guna dan nampak kesannya..kalau tak bila kita follow up tanya..dia cakap tak guna rasa tak best sungguh...kadang2 rasa dia beli tu sebab kita pulak yg paksa atau pun beli just nak jaga hati kita..haha..

irfa,
biasa la orang pompuan..masa nak membelinya kaji habis habisan.. google habis semua..masa nak memakainya tu yg liat..hehe..

fara,
fara pakai jenama yg mana tu? tak arif tak apa..biasanya penjual akan terangkan..cuma kena rajin bertanya la..

mummY daniSha berkata... [Reply]

mcm aku ler tu zai hehee...=p

Unknown berkata... [Reply]

asmara,
alamak as..sebenarnya product yang saja jual ni tak boleh nak diwarwarkan secara berleluasa kat internet..salah mengikut undang2 company. kalau company tau memang akan kena ambik tindakan..so dalam blog ni saya just bagi hint sikit2 je.. dan tak boleh letak gambar barangnya pun..biasanya saya jual dgn orang2 yg saya kenal dan kawan2 je.. tak berani nak iklan secara online... actually mmg ada saya jual product kesihatan.. overall punya product memang ada..semua nya ada 100% moneyback guarantee..so kalau beli tak puas hati boleh pulangkan utk dapat duit balik..

kalau as berminat boleh email saya atau pun tinggalkan email add.. nanti saya contact..

Unknown berkata... [Reply]

kakcik,
ada product nak turunkan berat badan..memang ada programnya sekali.. tapi saya nak pesan awal2..dia akan bagi suggestion macam mana nak bersenam..hehe..

mas,
ramai yg macam tu..bukan ko aje.. nanti bila da lepas bersalin 2-3 gaduh sebab badan da tak berapa nak fit + tak balik bentuk badan asal..hehe..

Prettywrite berkata... [Reply]

K.Rai ada jual produk2 ni eyh?bagusnya..nt nak emel k.rai untuk kulit sensitive n krg ada tak?problem betul dengan skin ni..

Unknown berkata... [Reply]

yana,
ada jugak..nanti akak email..

emarieys berkata... [Reply]

memang seronok berniaga kalau cistomer berpuas hati dengan barang yang kita jual..ema pun bersyukur sangat-sangat..dapat bantu mereka yang inginkan tubuh badan yang ideal tanpa makan pil..

Unknown berkata... [Reply]

kak ema,
insya allah..kalau pil yang tak memudharatkan takpe jugak..yg penting kena ubah cara hidup..

lieynanilaz berkata... [Reply]

wah hang meniaga online...semoga suksee!!...rasa puas kan bila barang yg kita jual tu beri manfaat pada orang lain.

Unknown berkata... [Reply]

lieynanilaz,
tengs..sebenarnya tak online jugak sbb tak boleh promote online..so hint sikit2 je..dgn jual pada kawan2 dengan kaum keluarga..

Unknown berkata... [Reply]

wah lepas nih sure mendapat lebih sambutan coz dah ado good feedback dr kawan kan...:)

aizamia3 berkata... [Reply]

gembira bila hasilnya memuaskan.. ;)

Teratak Hami berkata... [Reply]

Produk bersalin amway ek? Akak beli masa bersalin dulu. Memang best dan akak guna tanpa was-was. Tapi tulah bab pilis / param kot yg akak tak guna sgt. Keluarga akak berpantang tak guna benda ni :-)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com