Khamis

Antara statistik dan hakikat

Assalamualaikum

 

Aku nak menyeru warganegara Malaysia terutamanya wanita, terimalah hakikat yang kejiranan kita dah tak berapa nak selamat. Walau pun statistic mengatakan negara kita pada kedudukan ke 19 paling aman eh ke paling selamat (aku tak tau la macam mana punya huru hara negara yang duduk no 20 paling selamat tu). Selepas baca perempuan mengandung yang menggelupur kena tembak kat belog Dkna ni aku rasa ramai antara wanita yang masih leka dan masih lagi kurang berhati hati di luar sana. Tolonglah terima hakikat, statistic tu tak menunjukkan keadaan sebenar yang berlaku disekeliling kita.

 

So sentiasa amalkan sikap berhati hati setiap masa. Tak kira di rumah sendiri atau di luar rumah.

(1)    Masuk rumah terus kunci pagar. Kalau tinggal kat kejiranan yang dah banyak kes rompakan dan kecurian, baik cari budget untuk install penggera rumah supaya satu kampong tahu bila pencuri masuk rumah kita. (pomot sikit..aku ada kenalan yang jual..kalau ada yang nak aku boleh kenalkan dengan orang tu)

(2)    Sentiasa tengok tengok keliling ada tak manusia yang suspicious yang tak pernah tengok lepak lepak kat dekat rumah kita.

(3)    Bawak henbeg dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang pada henbeg tu. Kalau boleh asingkan wallet dan barang berharga. Kalau tak bawak henbeg lagi bagus.

(4)    Jangan jalan dekat sangat dengan jalan.

(5)    Kalau jalan kat tepi jalan tu mengadap kea rah trafik jangan membelakangkan. So kita tau kalau ada orang nak datang ragut ke apa.

(6)    Masuk kereta terus lock, kalau menunggu sesiapa pun make sure lock pintu kereta

(7)    Jangan jalan sorang sorang kat parking lot dalam bangunan tu. Make sure berteman. Walau pun siang. Kalau takde choice mintak tolong dengan security escort sampai kereta

 

Ya. Malang memang tak berbau. Tapi kita kena berhati hati sentiasa. Jangan bagi sedikit pun ruang pada penjenayah nak buat apa apa kat kita.

 

Hati hati ok..

 

Daa

16 comments:

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Terima kasih untuk ingatan ini Rai. Setelah mengambil segala langkah berhati2 dan berjaga, tapi terkena juga, anggaplah itu dugaan dari Yang Esa. Yang penting, kita tidak berserah semata2.

mummY daniSha berkata... [Reply]

setuju zai...dulu masa bujang,aku dok keramat...satu rumah sewa aku dah pena kene ragut...so kalau aku jalan kaki bwak beg,kalau dgr bunyi moto aku akan stop dan lepaskan moto dulu...memangla org moto tu mcm marah,sebab kite mcm syak plak kat die..tp nasebla....takutttt...huuu

pastu rumah sebelah aku ni selalu sgt nak kene rompak...die toke kedai makan...siang2 pun org masuk rumah..rasa org dah aim die kot....die pun pena nak kene ragut depan rumah....aku yg jadik takut....nak tggl sorang2 kat rumah malam memang x mungkinla heee..pernah pg2 keluar pukul 530 pg...gate x tutup...kejap je tong gas org dah amek...rasa memang ada mata yg selalu perati kot...takut..

mummY daniSha berkata... [Reply]

pastu pernah somi die kelaur kejap je pukul 1230 malam,ada 3 org laki tgh panjat gate die...siap bawak parang lg....naseb die nampak..jerit kuat2..org tu larik...aku yg dok sebelah rumah ni bole pulak x dengar die jerit....

mummY daniSha berkata... [Reply]

hahhaa..pjg pulak aku komen....sebab2 mcm ni aku malam memang x berani dok sorang2 kat rumah huuuuu....kalau huby aku kelaur,memang terpaksala ikot heee

Hanis Azla berkata... [Reply]

terima kasih atas peringatan yg baik ini.. mmg kena sentiasa berjaga2.. takut sgt skrg ni dgn bermcm2 hal yg berlaku.. minta dilindungi dan dijauhkan kita dari musibah sebegitu hendaknya..

Unknown berkata... [Reply]

kakcik,
sama sama.insya allah..kita ingat mengingatkan..lock kereta tu memang husband saya pesan tiap tiap kali nak suruh saya tunggu kat kereta..

mas,
haha..pannjang gila komen ko..aku rasa diorang da memang aim kot.. sbb diorang tau rumah tu ada duit.. rumah mak aku pun dulu ada gak kena..sbb ayah aku kan ada kedai..alhamdulillah takde la kerap. sbb duk kat kampung kot.. selamat sikit..agaknya kalau duk kat bandar kerap jugak tu.. kalau rumah aku skang ni takde la aku risau sangat sbb aku duk apartment.. ada security..diorang da kenal husband aku..so takde la aku takut sangat nak duk rumah sorang2..lagi pun suami aku pun boleh kata takde keluar malam.. takde urusan..

Unknown berkata... [Reply]

kak hanis,
sebenarnya bukan orang tak tau.. tapi kadang2 kita terleka..terlupa.. insya allah sama sama kita ingat mengingatkan.. sama sama kita amalkan..semoga malaysia makin aman..bukan sekadar statistik yg aman..

Irfa berkata... [Reply]

rai..
pagi semalam kwsn rumah sebelah fasa rumah aku tu dimasuk oleh perampok.
katanya indon,3 orang..pakai pisau..jam 5.30 pagi.skrg barulah org lelaki kawasn rumah nak buat rondaan.mintak jauh dr org yg berniat jahat

ct rahani berkata... [Reply]

ingatan yg baik ni sis.. sy pun kdg2 alpa jugak.. tp klu masuk kete perkar pertama yg sy selalu praktikkan kena kunci pintu dulu.. selalu terpikir klu tetiba org dtg bukak pintu kete pastu letak pisau kt leher.. nauzubillah..

Unknown berkata... [Reply]

memang takut sekarang ni kan, macam2 boleh berlaku, perlu sentiasa waspada.

Terima kasih atas ingatan ini ya Rai...

Dkna Abza berkata... [Reply]

putrajaya pon tak selamat walaupon tempat penuh dengan cctv..

tapi dkna tetap hairan kenapa dia tak kunci pintu.. kecuaian sendiri bawa padah..

sisdee berkata... [Reply]

byk sgt rahsia dorang ni..klu ada kejadian ragut, samun balik2 kata perkara terpencil...

smoga kita semua sntiasa dilindungi :(

Prettywrite berkata... [Reply]

la ni nak bawak hbag pg mana2 pun tak berani..tp terpaksa bawak jugak..biasanya yna pakai silang kat badan..tak jamin selamat tp lebih better dari sling biasa tu..

Nia berkata... [Reply]

Orang sekarang ni makin pelik, macam dah kita dengarkan. seriau..

Dr K berkata... [Reply]

saya pun tak tahu nak kata apa..rasa dah tak selamat tinggal di negara sendiri...risau juga bila wife/saudara mara perempuan pergi shopping complex...kat Curve baru2 ni hampir jadi kes rompak+ kidnap..

Anamarza berkata... [Reply]

Tak pernah rasa negara kita ni selamat sgt, makin byk warga asing makin rasa tak selamat, makin ramai yang tak berapa rajin nak belajar makin rasa ramai yg akan jadi pendek akal, makin ramai perempuan yg materialistik makin ramai lelaki yang kemaruk nak cari duit dengan cara yang singkat, makin ramai yang nak cari agama makin ramai pulak yang berdengki dan tabur fitnah :(

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com