Assalamualaikum
Memandangkan aku memang sangat sangat beginner dalam ilmu membuat kek. Banyak sangat yang nak kena belajarnya. Baru tau terms terms macam topping, filling, icing dan sebagainya. Walau pun bunyinya macam nipu benoorr.. Tapi percayalah. Aku memang fail bab bab tu.
Okeh. Arahan shujin sangat ringkas (ceh..arahan tu..)
Bunyinya - Kali ni kita (read:aku) buat sendiri kek.
So, kerana kecintaan aku kepada kek. Aku ter"paksa" lah cari kek yang terbaik untuk dipersembahkan. Hahaha.. Kuat drama nih! (Aku rasa aku tau dah mana datangnya perangai Drama Queen si Damia ituh...)
Back to the topic. Aku dah google segalanya dah. So, tinggal nak decide macam mana rupa bentuk kek tu nanti. Sekarang ni aku tengah berlatih buat keknya dulu. Test resepi mana yang paling senang dan kejadiannya yang paling elok serta sedap untuk dipersembahkan pada shujin. Heh! Anak melayu pantang dicabar tau. :P
Kekdahnya semalam balik dari sopping ada kawan shujin nak datang rumah. Oh..Nak masak apa ni? Aku pura pura tanya kat shujin. Tangan dah pegang mixer letrik dah :P. Shujin pun kata. Roti sempat tak? Kawan tu dah duduk kat Ampang Park (on the way) Mana sempat bang. Nak bagi kembang je setengah jam. Eh..bajet aku panggil shujin tu abang kan.. Hehe.. Buat kek lah eh, aku propose. Sempat ke? Shujin tanya pulak. Eh sempattt.. Kita bagi sempat lah. Awak tolong kemas sikit ok.
So, aku pun mula bersilat.
Sponge cake vanilla
Bahan-bahan
3 biji telur - asingkan putih dan kuningnya
90g gula
80g tepung naik sendiri - diayak
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil esen vanilla
30ml Butter dicairkan - Aku guna minyak bunga matahari je (tak sempat << kononnn)
Kaedah membuatnya
Putar telur putih sampai kembang. Kalau nak tambah sikit krim tartar. Ikut suka. Bila dah kembang bertanduk tu baru masukkan kuning telur dan gula sedikit demi sedikit. Bila dah kembang lagi masukkan esen vanila dan putar sikit lagi sampai sekata. Masukkan tepung dan baking powder dan kaup balik sampai rata. Akhir sekali masukkan butter cair. Masukkan dalam bekas. Kemudian hentak sikit. Masukkan dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 180darjah selama 30 minit.
Serius. Kejap je buatnya. Tak sangka aku!
Tara. Tadak gambar. Sebab tetamu dah sampai baru siap. Lepas tu aku terus potong dan ngap. Sayangnya isteri tetamu tak suka kek. Sikit pun dia tak jamah kek aku. Komen shujin. Sedap dah tapi kalau dapat lembab sikit lagi sedap. Yang ni rasanya agak kering macam makan bahulu.
2 weeks to go. Kena berlatih lagi. Hahahaha..
Nota kaki : Nampak gayanya blog ni dah jadi blog kurang sihat. Dok pakat tunjuk makanan yang tak sihat diamal hari hari. :P Agak-agak berapa kilo aku naik lepas ni?
Daa

8 comments:
Practices make perfect. Takpe...demi majlis tu...tak sihat utk sekali-sekala tak pe. Pas nie bile dah expert, boleh bt bisnes.
Ala... kakcik nak tengok gambonyeee... :)
Wah.... gigih Rai membaking.
Kalau kakak Rai walau tak suka apa juga hidangan yg tuan rumah sediakan pasti kakak makan dan kakak katakan sedap (bukan hipokrit tapi menghargai tuan rumah punya susah payah)..
Next try another 2 weeks ye... kakak tunggu:)
Ada sesetengah tips/trick dalam masakan(termasuk bakery) yang kena berguru..hehehee..ni wife saya yg kata lah, sebab dia rajin pergi belajar..ada yg boleh baca resepi/tgk video Youtube aja.
ps: awak tak faham lagi tentang RM50 X 150,000 tu? :) Itu kisah boss sekinchan ikan bakar, yg kononnya nak suruh org tunjuk sokongan Bersih4.0, dengan LIKE FB page dia, ada cabutan bertuah dapat kereta BMW. Tapi, tapinya, dia akan buat cabutan tu bila bilangan LIKE nya mencapai 150,000 LIKE, dan utk LIKE, awak perlu sertakan bukti scan resit makan kat restoren tu, minumum RM50. Faham tak? Ekekekeke
assalam rai..acik pun tak pernah belajar buat kek..tengok rsepi ikut je..tapi sebab dah kerap jugak buat jadi dah tau dah
hahahah.... ni macam saya memula belajo kek... hahahah 5 kali buat..3 kali masuk cik tong...2 kali bleh le di ngap.... last2 g belajo wat kek kat kolej komuniti bayo rm30(fuhh... lega x yah bayo beratus2 kat personal kelas) serius pas pandai bajo kek ni nek plak berat badan 8 kg... huhuhuhu apa nak wat.. mana tak nyer asal x jadi aje masuk mulut... sayang (sebenarnya dok berkia berabis RM beli bahan, senang2 ke nak bg cik tong... haha sori ekk cik tong) kalau bg cik tong makan lagi...
kalau aku kan.tak suka pun cubitlah sikit,,ambik ati tuan rumah.
takpela..dia takut gemuk kot makan kek ;)
takper kak..lepas naik kilo exercise balik..ehehe..
kalo yana dah kecik ati dah orang tak jamah masakan kita..hehehe
Catat Ulasan