Khamis

Hati hati bila gunakan Google Wallet

Assalamualaikum

Aku memang tak berapa nak tere sangat bab bab gadget ni nama je mechanical engineer  Aritu shujin ada nak beli application untuk kerja dia kat Android Market, so aku pun bukak la account google wallet tu. Of course la kena register kad kredit kat situ, lepas tu aku tak delete kad kredit punya info tu sebab ingatkan memang selamat.

Rupa rupanya tak jugak! Minggu lepas tiba tiba dapat notification email cakap aku beli application $0.97. Lepas tu aku pun kepoh dengan shujin. Dia pun dapat sms dari bank. Terus dia call bank. Officer tu cancel kad tu sebab takut nanti akan jadi lagi. Betul sangkaan officer tu. 2-3 hari lepas aku dapat satu lagi notification kata ada belian melalui Google Play. Kali ni $29.99. Aku terus bukak balik google wallet tu delete info kad kredit dalam tu.


Aku tak suspect "orang" curi curi beli application dengan Google Wallet aku. Tapi aku rasa ada beberapa FREE application yang letak iklan. Kadang-kadang iklan tu pop up. Kata shujin ada sesetengah orang yang buat application ni jahat. Button X tu sebenarnya bukan close tapi accept. So maybe bila tekan button accept tu dia terus charge melalui Google Wallet. Cuma aku tak puas hati sebab tak ada confirmation yang dihantar ke email sebelum diorang proceed.

So dapat notification cuma bila dah charge. $0.97 tu memang dah burn la. Mungkin sebab aku ni tak berapa nak pandai sangat bab bab macam ni. Puas jugak aku menggodek cari kot la kalau ada mana mana bahagian yang cakap pasal tu.

Aku tak delete akaun Google Wallet tu sebab takut nanti nak guna lagi. Tapi aku delete info pasal kad kredit tu. Lepas ni bila dah buat transaction terus kena delete.

Kalau ada yang guna jenis jenis macam ni hati hati lah ye. Terkena sekali tu adatlah. Kalau terkena 2-3 kali tu orang panggil kurang bijak. Huhu..

Daa

21 comments:

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Terima kasih Rai kerana berkongsi maklumat ini.

Kad kakcik pernah digunakan untuk beli perisian secara online, tapi pihak bank ada telefon untuk buat pengesahan. Cumanya, pengesahan itu diminta selepas transaksi berjaya dilakukan. Katanya kalau bukan kita yang buat transaksi itu, kita diminta buat laporan polis. Takde maknalah juga, kan? :(

----- ----- berkata... [Reply]

Ooo..
Terima kasih...
Bahaya2...Duit2..
hehe~~..

yang Benar, Ringkas, Sopan, Peace..^.^
NINJA

Prettywrite berkata... [Reply]

susahkan benda2 online ni..walaupun senang tapi banyak jugak bahayanya..

Munn Jaafar berkata... [Reply]

setakat ni sy blum reti bnda2 ni kak...huhu

Unknown berkata... [Reply]

hp hubby pun sama tapi selalunya sebab faiz suka tekan bukan2..hehehe..tapi macam mana nak delete info kad kredit tu yer rai..ajar sikit

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Google wallet tu utk ape?

Unknown berkata... [Reply]

@kakcik, bahaya sebenarnya gunakan kad kredit online ni.. tapi kadang2 memang terpaksa jugak kan..tu lah..kena berhati hati..

report polis bukan polis boleh buat apa pun :P

Unknown berkata... [Reply]

@----- -----, memang bahaya~~

hehe..sopannya..

Unknown berkata... [Reply]

@diana, boleh guna untuk panduan masa depan :D

Unknown berkata... [Reply]

@Prettywrite, sebenarnya apply pada kebanyakan perkara.. lagi mudah lagi tinggi risikonya.. hehe..

Unknown berkata... [Reply]

@Munnafendy, akak mulanya pun tak reti jugak..sebenarnya bukan reti sangat pun..tapi maklumlah.. da kawin ni..jadi akauntan keluarga.. so belajar jugak lah..hehe..

Acik Erna berkata... [Reply]

Rai..terima kasih..acik pernah terkena bayar hotel 268..tapi tak tidur pun..acik dah telefon..tapi tak settle sebab pihak hotel tak nak bekerjasama..acik tanya.burn je duit tu..sakit hati sampai sekarang..

Unknown berkata... [Reply]

@Ila, bahaya kalau time tengah connect internet tu la.. ko login google wallet..lepas tu bukak kat bahagian payment method.. kat situ dia akan tunjuk kad yg kita register.. lepas tu kat bawah info tu ada link utk edit atau delete card..aku delete je..lagi pun mmg kad tu dah tak boleh pakai pun..

Unknown berkata... [Reply]

@Pok Amai-Amai, google wallet ni utk shopping online..utk elakkan kita da kongsi info kad kredit secara berleluasa kita just register kat google wallet..kalau tak silap macam paypal..

Unknown berkata... [Reply]

@Acik Erna, bab bab kredit kad ni memang tak boleh lari kak erna..mesti paling kurang pun sekali terkena..yg jenis macam tu teruk la kan..bank pun tak boleh buat apa..actually diorang mmg taknak buat apa walau pun tau benda tu salah..

Dr K berkata... [Reply]

So far saya pakai apps yg free aja..ahaha

Mulan berkata... [Reply]

tak reti sgt semua tu.. guna yg berkenaan & free je.. but tqs for sharing.. peringatan utk masa depan.. sekarang ni macam2 benda jadinya..

ieja amieja berkata... [Reply]

asssalam...
tu yang takut nak buat benda2 online ni..kene lak nak tepek nombor kad krdt kat c2..btw thanx 4 info

mummY daniSha berkata... [Reply]

google wallet tu ape hee....aku pena kena,die call ..blaa ..bla...bla...die kata free...pastu aku pun bg jela nu kad...pastu tibe2 bile dah bg die kata kene bayar ...5 ratus lebey plak tu...aku katala td free...pastu aku kata x nakla kalau kene bayar...pastu die kata dia dah key in..nanti akan masuk dlm bill....maakkkk aiiii...penipu betul...aku terus call bank...bank kata memang ramai kene..so cancel kan kad time tu jugak hehhee

sejak tu aku x layan org call on9 ni huhu

mummY daniSha berkata... [Reply]

google wallet tu ape hee....aku pena kena,die call ..blaa ..bla...bla...die kata free...pastu aku pun bg jela nu kad...pastu tibe2 bile dah bg die kata kene bayar ...5 ratus lebey plak tu...aku katala td free...pastu aku kata x nakla kalau kene bayar...pastu die kata dia dah key in..nanti akan masuk dlm bill....maakkkk aiiii...penipu betul...aku terus call bank...bank kata memang ramai kene..so cancel kan kad time tu jugak hehhee

sejak tu aku x layan org call on9 ni huhu

Cik Ina Do Do Cheng berkata... [Reply]

setuju kena sekali jangan sampai kena kali kedua, tapikan rai skim cepat kaya kita tak boleh terkena sekali pun. opss tak larik tajukkan

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com