Khamis

Biar papa kedana asalkan bahagia

Assalamualaikum\

Laaa..tak abis lagi bab miskin kaya ni. Kehkehkeh..Sambungan sedikit dari entry salah ulamak.

Terima kasih pada yang sudi bagi komen dan pendapat. Actually aku terexpect kot la ada yang nak komen pedas pedas ke. Pada aku semua padangan dan pendapat tak salah. Dan untuk pengetahuan aku tak salahkan ulamak dan pendakwah 100% dalam hal ni.

Still, tak mengubah pendapat aku bahawa mereka adalah sebahagian daripada punca. Faktor lainnya adalah salah faham dalam masyarakat kita sendiri.

Antara komen menarik adalah Mommy Danisha, Hana Faza (dua dua schoolmate aku ^_^) dan Mommy Fara.

Daddy Ziyyad, saya tak pernah dengar tentang Minda Jihad Business. Bunyinya macam menarik. Bagus kalau ada program atau ceramah yang menekankan tentang kelebihan menjadi kaya ni.

Mengapa aku menyalahkan pendakwah adalah kerana dalam menyampaikan ilmu Islam mereka sepatutnya menyeimbangkan antara dunia dan akhirat. Di mana, banyak ceramah menekankan tentang amalan akhirat tapi sangat sedikit yang menekankan tentang keduniaan. Seolah olah mencari kekayaan di dunia menjadi satu kesalahan kerana terlalu menekankan konsep syukur. Sebagai orang yang arif dalam hal agama, mereka sepatutnya menyampaikan ilmu dengan sebaik mungkin.

Jika tidak ia akan menyebabkan ramai orang salah apply konsep syukur dan tak kurang yang menggunakannya sebagai alasan untuk tidak berusaha lebih ke arah mencari duit lebih. "syukurlah dengan apa yang ada", "dah ni je rezeki Allah bagi, syukurlah". Lepas tu dok menadah tunggu bantuan.

Mengenai konsep syukur. Ada yang mengatakan. Takut nak kaya. Nanti dah kaya lupa diri. Kufur. Seolah olah orang miskin dan orang yang hidup sederhana tu kebal dari lupa diri dari kekufuran. Ramai orang miskin, terima bantuan dari gereja sebab mereka miskin. Sebab orang muslim yang lain pun cukup makan. Yang merompak, mencuri sebab tak mampu. Yang melacur sebab tak cukup makan.

So, siapa yang nak bantu mereka ni? Adakah sebab makan pakai kita cukup kita rasa ok. Rezeki aku takat ni. Rezeki korang pandai pandai la cari sendiri. Bumi Allah ni luas. Rezeki ada dimana mana.

Hei. adakah salah orang kristian yang bagi duit kat umat islam supaya menukar agama? Atau salah kita sebagai umat islam tak mampu nak bagi bantuan untuk menyelamatkan akidah mereka?

Apa yang aku cuba sampaikan adalah, Islam menggalakkan umatnya nak jadi kaya. So kalau ada kawan-kawan nak jadi kaya tak payah la dok kutuk kata "alah, bukan boleh bawak masuk kubur pun duit banyak banyak"

Aku bukan kata aku pandai sangat bab macam ni. Tapi sedih woo tengok umat Islam hari ni. Masing masing pentingkan diri. Asal diri sendiri dah ok sudah la. Kubur kau, kubur kau, kubur aku, kubur aku. Aku dapat gaji dapat makan tutti frutti. Padan muka ko makan ikan kering hari hari. Siapa suruh malas.

Ok. Aku saje exaggerate.

Nota kaki : Orang kata "kubur kau kubur kau, kubur aku kubur aku" Agak agak ada tak ditanya dalam kubur nanti, kenapa jiran kita pergi merompak/melacur sebab tak cukup makan sedangkan dia tiap tiap minggu makan kat Secret Recipe. Sekiranya ditanya. Apa kita boleh jawab pada malaikat? Bukan orang kaya je perlu jawab mana dia belanjakan hartanya. Setiap dari kita akan ditanya. So adakah wang yang kita belanjakan hari ni, benar benar kita gunakan ke arah kebaikan? Tak berlaku pembaziran?

Daa

14 comments:

Rtp Farra Arisha berkata... [Reply]

jangan terlalu memikirkan apa yang akan terjadi di masa depan. tak peduli bagaimana kita merencanakan, rencana Tuhan lebih baik dari rencana kita semua. to me, lakukan apa yang kita boleh dengan apa yang kita punya, dan kita akan mendapat yang kita butuhkan untuk melakukan apa yang kita inginkan. hehehe

mummY daniSha berkata... [Reply]

Tp zai setakat yg aku dgr program2 pendakwah kat tv ni je…..apa yg aku dgr dr pendakwah mengenai rezeki,islam memang suruh kita berusaha..ALLAH x akan mengubah nasib seseorang melainkan diri sendiri mengubahnya…bukan bermakna bersyukur tanpa berusaha…dierang selalu bg petua2 murah rezeki…dan of kosla salah satunya dgn bersyukur..bila kite bersyukur ALLAH akan tambah nikmat kita..rezeki kita…setakat ni aku x pernah dgr lg pendakwah suruh bersyukur je tanpa berusaha…ko dengar kat mana tu hehee..

tp kan..mak aku ckp org yg mula2 masuk syurga ialah anak yatim,fakir miskin..kalau org kaya2 ni byk hitungannya..setiap sen akan ditanya…kalau org miskin ada lebihan duit 50 rgt..50 rgt tu die tanya buat apa…tp kalau org kaya ada lebihan 5 juta…nilai 5 juta tu yg ditanya apa yg dibuat dgn duit itu…

tp x bermakna kita cuma duduk diam..x berusaha...sebagai mak ayah yg ada tanggungan ok kosla kita kene cuba beri yg terbaik...kan ALLAH dah kata,bgn pagi2 keluar cari rezeki...ALLAH suka org yg berusaha cari rezeki...bila dah berusaha.barula kita berdoa dan bertawakal

miskin itu ujian...kaya pun satu ujian =)

missina berkata... [Reply]

ermm,,yang penting ikut kemampuan masing2,,usaha apa yg kita rasa boleh,,dan tahu mcmmana nak gunakn duit tu utk kebaikan,,

Unknown berkata... [Reply]

sentiasa admire dengan kamu, fara tepuk amai2, daddy ziyad y bijak bertutur.. kalian semuanya mmg berpengetahuan luas, bila ayu baca,, maka bertambah ilmu dan pengetahuan..

thanks sahabat

Safwan Rahman berkata... [Reply]

Ya betul tu, tak ramai yang fikir nak hidup senang supaya dapat bantu saudara & orang lain.. tapi xperlu terkejar sangat sampai xbalance rohani dan duniawi.. kalau harta wang ringgit digunakan dengan cara yang betul insyallah dipermudahkan.... dan yang penting sedekah dan zakat

Dr K berkata... [Reply]

Business Jihad ( Jihad Bisnes) ini dikembangkan konsepnya dan cuba di beri penekanan utk seluruh umat Islam di Malaysia umumnya, oleh Tan Sri Muhd Ali Hashim..seorang figure yg amat berjaya dalam bidang bisnes di Malaysia. Saya mengenali beliau sejak zaman beliau di JCorp lagi..beliau mmg seorang tycoon yg saya admire, sebab beliau berbeza dgn tycoon2 yg lain...kerana konsep pegimbagan antara mengejar dunia & akhirat yang beliau bawa dan cuba titipkan dlm minda kita umat Islam di Malaysia, khususnya.

Konsep Jihad Bisnes beliau mencakupi membantu sesama umat Islam seperti yg dituntut agama, seperti penubuhan wakaf AnNur nya..

Awak boleh ke sini utk baca ttg personaliti hebat ini,yg mana pada saya patut kita jadikan idola..

http://www.businessjihad.com/

Unknown berkata... [Reply]

@Rtp Farra Arisha, apa yang saya sampaikan adalah apa yang sedang berlaku sekarang..thanks datang singgah :D

Unknown berkata... [Reply]

@mummY daniSha, betul lah apa ko cakap ni..malangnya aku belum pernah dengar yang secara terang terangan yang menggalakkan umat islam mencari kekayaan..

so,sebab takut dihitung adakah ko rasa ianya satu alasan yang baik bagi umat islam taknak atau tak payah jadi kaya? tapi tak takut ke org islam yg jadi miskin ditanya tentang tanggungjawab pada anak2 mereka?

apa pun..aku hormati pandangan ko. setiap individu memang berbeza..

Cik Ecah berkata... [Reply]

sentiasa bersyukur apa yg ada~~~

mummY daniSha berkata... [Reply]

wallahualam zai..kalau org mcm aku ni..memang suke nak kaya hehehe

tp kalau org yg alim2..macam para nabi..mereka lebih suke pada kemiskinan...sebab fakir miskin tula yg ALLAH paling syg...

pasal perhitungan tu,..memangla wajib org miskin tuk cari rezeki...kan memang org lelaki wajib mencari nafkah tuk anak2...sapa yg x carik rezeki tuk anak2 memangla berdosa hukumnya...bukan alasan tuk x nak jadik kaya,tp terpulangla pada individu..sebab kaya dr sisi ALLAH lain takrifannya...ada org rasa dirinya x kuat tuk hadapi dugaan kekayaan...takut lupa diri...macam ada org takut nak hadapi dugaan sakit...ada yg suke sakit,penghapus dosa..ada yg x tahan dugaan sakit,doa utk tidak sakit...

tp macam aku org biasa yg tipis iman...bohongla kalau aku kata x nak kaya.hehee....jgn mara eh zai...hehehee..pendapat aku dr apa yg aku tau je...

emarieys berkata... [Reply]

bersykur apa yang ada..dan tetap berusaha berubah dari sebelumnya

Munn Jaafar berkata... [Reply]

pagi ni apahal ntah jalan jem gila, sy smpai ofis dkt pukul 10.. apa kena mengenanya? haha..

nk bgtau, hikmahnya tu jem tu sebab sy sempat dgr kat IKIM.fm pasal kekayaan abdul rahman bin auf,

dan diceritakan sikit sebanyak tentang kebajikan yg dilaburkan spt beratus ribu ekor kuda utk peperangan dll.

kesimpulannya kat situ lebih kurang mcm kita digalakkan utk mncari kekayaan (spt hidup 1000 tahun) semata2 utk berbakti kpd pembangunan Islam & membantu saudara islam yg lain.

jauhkan niat nak kaya sebab nak pakai keta bsr, nak ddk kat rumah mewah dll...kalau niat betul, insyaAllah dipermudahkan jalan kita utk jd kaya.

Unknown berkata... [Reply]

Salam

Bisnes jihad memang satu konsep yang bagus tapi tak tahu setakat mana yang dipraktikkan di Malaysia. Setakat saya dok bergulumang dengan ramai usahawan (Melayu) ni, tak pernah saya jumpa sorang pun yang memperjuangkan konsep ni.

Takat yang aku tahu hanya hanyalah JCorp, Tan Sri Muhd Ali Hashim. tu je

Tanpa Nama berkata... [Reply]

yes, faham..tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. bukan tak nak kaya, saya ni ha, dapat kerja gaji puluh ribu, kaya. tapi tak berkat sebab asyik busy solat pun tak sempat. kalau nak kejar sangat kaya sampai solat pun tinggal tak payahla. tak guna pun. jarang orang kaya yang pentingkan solat. lagi satu solat sunat pun kena perbanyakkan jugak. bukan yg wajib je. bila dah penat fikir masalah duit hari2, tuhan pun lupa. yg saya tau, tak pernah pulak saya jumpa org islam yg selalu pergi masjid mintak sedekah. yg selalu mintak sedekah, menyusahkan org ni spesies yg tak pernah solat. perlu ingat ye, sape2 yg meninggalkan solat, takde keberkatan & rezeki sempit. so bukan salah ulamak. salah sendiri okay

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com