Selasa

Kulit cantik dengan collagen, mitos atau fakta

Assalamualaikum

Collagen bagi wanita adalah satu bahan yang tak asing lagi. Lebih lebih lagi bagi yang ingin mendapat kulit yang kelihatan tegang, segar dan menarik. Walau pun mungkin ramai tak pasti macam mana collagen berfungsi, iklan di media massa membuatkan collagen menjadi hot item yang menjadi pilihan wanita.Ziana Zain pun suntik suntik kolagen dengan vitamin C tau..

Seingat aku kegilaan pada collagen ni bermula lebih kurang tahun 2004 (rasanya bermula di Jepun) Siap ada trip jalan jalan cari makan makanan yang kaya dengan collagen. Kononnya untuk mendapatkan kulit yang cantik dan gebuss.. Kini, kegilaannya menular ke banyak negara dan kita boleh mendapati product product kecantikan dari krim sampai la ke minuman collagen yang diwar warkan dapat membantu mengembalikan keanjalan kulit.

pipi penuh collagen
Betul ke collagen yang di sapukan pada kulit atau pun yang diminum mengembalikan keanjalan kulit.. Yang mana lebih  berkesan?

Walau pun banyak testimoni yang menyokong keberkesanan product ini, hakikatnya saiz collagen adalah terlalu besar untuk menyerap masuk ke dalam kulit apabila digunakan sebagai krim. Oleh itu, ia hanya duduk di atas permukaan kulit. Oleh kerana sifatnya yang menyerap lembapan, ia akan dapat mengekalkan lembapan pada permukaan kulit. Bagaimana pun, ia sama sekali tidak menyerap ke dalam kulit dan menyokong kulit agar menjadi lebih tegang.

Manakala, minuman collagen pula akan dicernakan menjadi asid amino apabila masuk ke dalam perut dan akhirnya bertindak sebagaimana protein biasa. Secara logiknya collagen yang diminum ini tidak akan secara magicnya terus diserap terus ke bahagian kulit. Aku tak berapa baca sangat pasal collagen yang disuntik ke dalam kulit. Bagaimana pun, apa yang pasti adalah collagen yang disuntik takkan sama dan takkan dapat bergabung dengan collagen semula jadi macam tu je. At least pada logik akal aku. Tambah lagi, bayangkan kalau something or somewhere went wrong. Beautician tu salah cucuk, kan tak pasal pasal jadi buruk. Hehehe..

So, macam mana nak menambahkan collagen dalam badan kalau bukan dengan krim collagen atau pun minuman collagen? Collagen dalam badan manusia dibina dengan vitamin C. Oleh itu, kalau nak dapatkan kulit yang tegang dan anjal, amalkan makan buah yang kaya dengan vitamin ACE dan K.

Apa pun, segalanya adalah terpulang pada individu.

Sumber rujukan : Anti aging collagen drinks , Collagen Cream Myth

Daa

39 comments:

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kakak apa juga bahan utk kecantikan yg kena minum/makan takut tapi kalau sapu-sapu tu oklah juga...

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Fuh! Rai klu cite psl kesihatan dan kecantikan, selalu make sens n full of info. At least, org tak ley nak bidas balik. Dan selalunye, ape yg awak citekan tu sebijik dgn pendapat sy selama nie.

Ade jgk sesetengah manusia yg bermati-matian mengatakan, kolagen tu boleh mengembalikan tenaga yg sebelum nie lemah dan lesu. Adoi!

Manusia, kalau dah tua....tetap akan berkedut jua. Keanjalan kulit tu tetap akan loose walau mcm ne kite cube buat pun. Cube kulit yg berkedut tu, kite tegangkan dan lekatkan dgn selotape? Agak2, nampak tegang mcm wanita umur 20an tak? Of cos tak kan? Jadi, terima hakikat.

=D

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Oooo... macam tu, ya? Tak jadilah kakcik nak beli serbuk koagen nampaknya... hehehe... (berangan je nak beli, tak mana adanya...) :)

Irfa berkata... [Reply]

sama ngan kakcik..baru je tergoda dgn satu blog yang jual kolagen katanya nak nampak awet muda.

tak jadilah ;)

mummY daniSha berkata... [Reply]

suplement terbaik ialah dari pemakanan kita sendiri kan hehee...buat masa ni camntercarik2 jalan nak ilangkan jeragat huhu

mshazadoes berkata... [Reply]

bru bca psl gogen collegen kt forum smlm..hrmm.

Syuk Ry berkata... [Reply]

entry yg narik.. nice2..

mama_ka0ri berkata... [Reply]

tugas kolagen adalah utk keanjalan kulit..dan yang pastinya kolagen mmg dah sedia ada di dalam tubuh manusia iaitu di bahagian permukaan dermis kulit manusia..selepas epidermis..tapi disebabkan faktor umur dan radikal bebas..kolagen akan semakin berkurangan dan keanjalan kulit pon semakin menurun..perkataan yang lebih senang menggelebeh..dan pipi pon tak tembam dah macam gambar aqil tu..haha..

untuk membina kolagen kulit perlukan protein, vitamin C dan E..dan utk memelihara kolagen dari hilang kita perlukan vitamin A, C dan E..

sebenarnya produk2 kolagen yg kat luar tu sumenye protein..bila masuk lam tubuh akan dicernakan jadi asid amino mcm Rai cakap tu..cuma kita tak tahu protein tu sumber dia dari apa..adakah dari bahan semulajadi atau bahan kimia yang diproses di makmal jadi kolagen..wallahualam..

kolagen yang disuntik tu aku pernah tanya doktor pakar kulit..dia kata takde istilah suntik kolagen ke dalam kulit..yg tu sumenya utk tarik pelanggan..dan yang pastinya bahan yg diaorg suntik tu tak tentu halal atau tidak..dan tak pasti kesahihan produk tu..dan kolagen tak asli tak sure boleh bertindak balas ngan kolagen asli dalam lapisan kulit mcm Rai cakap tu..

so, kalau nak kulit cantik, anjal..amalkan makan makanan yg kaya ngan protein, vitamin A, C dan E..dan pastikan sumber protein yang kita makan tu rendah kolesterolnya..tak gitu Rai??

puanbee berkata... [Reply]

oh gitu , tp kalau jenis makanan tuk kesihatan sumber semulajadi ambik jek .. kan ..

Acik Erna berkata... [Reply]

comelnya..pipi penuh collagen tu.

Unknown berkata... [Reply]

@Kakzakie, sapu sapu pun depends jugak kak..ada jugak yang bahaya..so makan ke sapu ke.. kena hati hati..

Unknown berkata... [Reply]

@Pok Amai-Amai, banyak persamaan kita ni kan.. hahaha..

ada betulnya kolagen tu menghilangkan rasa lesu..simply sebab collagen tu adalah sejenis protein..which is kita pun tahu ia bantu baiki tisu dan support kita punya penggunaan tenaga..so tak totally salah bila sebut macam tu.. it just that..kalau nak spend mahal2 utk beli something yang sebenarnya kita boleh dapat dengan harga yang murah why spend more kan.. membazir je..

Unknown berkata... [Reply]

@kakcik, kolagen apa tu kak? mana tau boleh jadi bahan study saya pulak lepas ni..hehehe..

Unknown berkata... [Reply]

@Irfa, the promise memang menggoda kan...aku pun kalau bukan sebab aku tau ianya tak guna aku rasa dah tergoda dah..

Unknown berkata... [Reply]

@mummY daniSha, aku half setuju dengan statement tu.. hehehe..sbb why we need supplement is because sometimes badan kita absorb dengan baik or simply kita tak makan cukup makanan yang berkhasiat..hehe..

kalau cari krim jeragat hati2 dengan product yang mengandungi hydroquinone..sangat berkesan tapi sangat bahaya..ko pm aku kalau nak suggestion..hehe..

Unknown berkata... [Reply]

@Lydia, memang tengah hot pasal collagen ni kat malaysia..

Unknown berkata... [Reply]

@Syuk Ry, thanks!

Unknown berkata... [Reply]

@mama_ka0ri, fuhh..panjang kemain reply ko eh..haha..gitu gitu..

Unknown berkata... [Reply]

@puanbee, makanan rasanya takde masalah..

Unknown berkata... [Reply]

@Acik Erna, berkat susu ibu tu..hehehe..

Dr K berkata... [Reply]

Bagus! Awak buat homework.

Saya harap lebih ramai rakyat Malaysia yg rajin buat homework macam awak ni,baca kajian2 saintifik, bukan jenis hanya dengar cakap cakap mulut dan percaya bulat2

Misz-ella berkata... [Reply]

Hai Rai, KC first time here. Seriously, KC mmg pengamal collagen dust yg dibuat dari tulang dan sisik ikan tuna. serbuk collagen tu kita bancuh dgn air yg ada rasa pastu minum. BTW, thanks for this info. Sgt2 berguna utk mnmbah pengetahuan.

Unknown berkata... [Reply]

thanks RAI, awak bt kajian ttg kolegen.. maklumlah Ayu mcm nak tery.. tapi entah bila.. hahahha

ieja amieja berkata... [Reply]

singgah sini..
klu rasa was2 rasanya better mkn je byk2 mknan yg byk vitamin A.C dan E tu..setuju dgn setengah pendapat kat atas..produk collagen mmg byk tp yg penting kesahihan halal tu yg susah nak cari..

Prettywrite berkata... [Reply]

apa2 jer kat pasaran tu sekadar melariskan jualan dorang jerla eyh..kaburkan mata pembeli..aiseyy..nasib baik k.rai bagi info..kalo tak sampai sudah tak tahu..nak korek cari artikel ni memang tk la..hehe..so vitamin c..makan buah banyak2!eheh..

Unknown berkata... [Reply]

beb, sha minum minuman yg collagen based tu..so far.. bagus......

Unknown berkata... [Reply]

@Daddy Ziyyad, thanks daddy ziyyad..kan bagus kalau begitu kan.. tapi rasanya orang kita lebih teruja dgn gossip dunia hiburan berbanding perkara begini :D

Unknown berkata... [Reply]

@kakchik@ella, takde bau ikan KC..saya dengar bau dan rasa collagen ni biasanya busuk.. tapi sendiri tak pernah cuba..hehe..

Unknown berkata... [Reply]

@Citarasa Rinduan, hehe.. tak salah mencuba kalau ada duit lebih.. barang2 collagen ni biasanya mahal..

Unknown berkata... [Reply]

@ieja amieja, biasa la.. collagen biasanya dapat dari tulang ikan atau lembu..so kena hati hati..kalau ada pun yang halal..tapi tak berkesan buat apa nak membazir duit..betul tak..

Unknown berkata... [Reply]

@Prettywrite, ehehe..biasa la.. orang pompuan ni senang teruja..asal boleh jadi cantik apa pun boleh..hehe..sbb tu ada yg sampai sanggup jalani pembedahan bagai semata mata nak cantik..

Unknown berkata... [Reply]

@Sharidawati Shahrudin, bagus is actually sangat subjective.. bagus dari segi apa? saya tak kata collagen drinks & supplement tak bagus..ia bagus. tapi ia takkan tambah collagen ke dalam kulit sebagaimana yang digembar gemburkan..

Cik Ina Do Do Cheng berkata... [Reply]

kalau nak kekal cantik sampai tua, kenalah jaga kesihatan serta kecantikan dalaman dan luaran dari usia remaja
: ) lari topik ke rai?

Unknown berkata... [Reply]

@Cik Ina Do Do Cheng, eh mana ada lari cik ina.. betul dah tu..kena jaga dari muda..kalau dah tua baru nak terhegeh hegeh tu takde la lambat..cuma kesannya tu lambat sikit nampak..hehe..

misz jue berkata... [Reply]

memang ada betul yg rai ckp tu, maybe pasni boleh buat kajian mcmane nak pilih kolagen yang baik..ada je colagen yang dbuat dari sumber semulajadi. contohnya daripada sisik ikan merah.

Atia Adina berkata... [Reply]

good info....tq

MalizaMah berkata... [Reply]

nak cantikkan kulit badan juga ni.

Unknown berkata... [Reply]

krim collegen bagi saya sangat berkesan pada kulit saya kerana baru jer 3mggu saya pkai, jeragat da hilang dan kesan pori pun da tak timbul..cuma waktu period sahaja jeragat akan timbul dalam bberapa tompok.

Unknown berkata... [Reply]

Tepek bedak sejuk lagi elok...kann...

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com