Isnin

Doctors are arrogant

Assalamualaikum

Salam isnin. Aku EL sebenarnya hari ni. Keletihan join seminar semalam. Ramai doktor yang join. Antara yang aku jumpa adalah PAED Subang Medical Center Dr Ali Azman, pakar jantung no satu Malaysia Datuk Dr Hamzah dan isterinya pakar kulit Datin Dr Haslinda, dan jugak pakar neurology dari UM Dr Abdul Aziz Ksechil. Masing masing tak kedekut berkongsi ilmu.

Tajuk entry tu pun actually bukan aku yang cakap. Tu apa yang datin dr haslinda tu bagitau. Dia menceritakan yang doktor kebanyakannya skeptikal tentang perubatan alternatif dengan nutrition atau supplement tu. Kebanyakannya lebih percayakan pada drugs. Sebenarnya tak terkejut jugak sebab doktor belajar tentang penyakit dan ubat bukan belajar pasal nutrition. Dan keskeptikalannya hilang bila dia sendiri sembuh dari night blindness bukan menggunakan drugs, tapi dengan pengambilan supplement tambahan.

Banyaklah topik  menarik yang dapat aku dengar dalam seminar dua hari tu. Sempat aku rembat sebuah buku.

18 comments:

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kakak setuju sebab dah terjadi dlm keluarga kakak berubat punyalah lama tapi dgn supplement yg dijual oleh kawan anak dia menjalankan kehidupan normal... walau harganya agak mahal tapi berbanding selalu ke specialist (drug medication) still back to square...

Anamarza berkata... [Reply]

itu yg diaorang belajar kan, jenis yg tak nk buka mata memang akan percaya dgn ubat drug camtu. agaknya diaorang takut nanti mana2 yg sakit tak nk daang berubat kat klinik diaorang tapi lebih percaya pada supplement dan herba :)

lieynanilaz berkata... [Reply]

hurm...mencegah lebih baik dari merawat....

Dr K berkata... [Reply]

asasnya, modern medicine ni di hasilkan pun based on herb tu semua...bila nak commercialize,baru dia buat alternative dalam bentuk chemical compound..so no issue bagi saya nak guna supplement/herbs ni, as long as ianya safe, dan kalau terbukti, why not.

Unknown berkata... [Reply]

@Kakzakie,betul kak..sbb banyak penyakit zaman sekarang ni sebenarnya berpunca dari kekurangan nutrisi.. Sbb tu makan ubat pun tak baik...tapi ada masanya kena ambik jugak ubat..

Unknown berkata... [Reply]

@Anamarza,btul jugak ana..tapi kadang kadang supplement dan herba yang pesakit ambik ni pun membahayakan jugak..sebab tu sebenarnya doktor pun kena ambik peranan...sbb after all diorg paling tau bab bab penyakit ni...yg dah faham dan pandai tu takpe lah...tapi kalau yg salah ambik..makin teruk.. Sudahnya diorg refer kat doktor jugak.. So kadang kadang doktor pun tak bagi patient ambik risiko yg macam tu sbb takut sudahnya menyusahkan mereka...hehe

Unknown berkata... [Reply]

@lieynanilaz,setuju...tapi kalau dah sakit pun masih boleh selamat lagi..hehe

sisdee berkata... [Reply]

asben saya pernah jumpa doctor yg mengaku tak makan ubat (drug) tapi more pada herb..snggup g sengseh kalau tak sihat (yg tak kritikal le kan) hehehehehe

Unknown berkata... [Reply]

@Daddy Ziyyad,saya setuju dgn doktor...dari apa yg saya belajar dari seminar tu smlm sebenarnya kebanyakan doktor tak banyak pengetahua ttg nutrisi..so kebanyakannya tak berani nak belajar sbb banyak kes peniaga herba dan supplement yg bagi information yg kurang tepat...atau yg pentingkan untung je..in the end menyusahkan doktor jugak...

Tapi saya rasa bukan alasan doktor utk menolak perubatan tambahan..cuma mungkin kena mula ambik tau tentang perubatan alternatif jugak.. Hehe..pandai je saya..itu cuma pendapat saya...

Unknown berkata... [Reply]

@sisdee, dr ali azman tu sendiri pun cakap dia lebih suggestkan amalkan supplement...

Irfa berkata... [Reply]

mgkin sbb supplement tu lebih mahal.ramai yg tak mampu :)

Unknown berkata... [Reply]

so kpd para doctor sekalian..pergi la belajar about nutrisi yer..utk kesejahteraan pesakit2 anda..:)

Unknown berkata... [Reply]

@Irfa, hmm...actually pendapat aku berlainan dari tu... Ubat bukan murah pun..worse adalah.. Bila makan ubat...nutrient dalam badan akan berkurang..dan menyebabkan masalah lain pulak...so aku rasa mcm mana pun supplement tu perlu..maybe org kata mahal..tapi banyak je supplement yg affordable..the problem is, org tak nampak kepentingan supplement..sbb tu org bg alasan mahal.. Walau pun bila spend kat kfc ke mcd ke astro yg tak perlu tak ckp mahal pun..

Hehe.panjang lebar pulak...

Unknown berkata... [Reply]

@Papa Mifz,sangat sangat setuju....

mama_ka0ri berkata... [Reply]

correction..Datin Dr Azlinda..bukan Haslinda..hehe..
Dr Azlinda pernah share ngan aku..dia kata doktor2 yang pegi belajar tu sume tak percayakan supplement sbb mase diaorg belajar bab supplement tu cuma asas..mcm kita belajar biology kat sekolah dulu..mcm tu la diaorg belajar..mostly banyak yg doktor belajar.."sakit itu nak bagi ubat apa..sakit ini nak bagi ubat apa"..sbb tu bila jumpa doktor biasanya doktor yg tanya kita dulu..sakit apa? bila kita dah jawab baru doktor boleh bagitau ubat2 apa yang kena makan..diaorg tak pernah kaji pon punca penyakit tu dari mana..

Zul fattah berkata... [Reply]

erm.. saya tak makan ubat kalau demam.. bg ia sembuh sndiri ..senang ..

tp satu hari nanti.. kena kerja dgan doktor jugak... haha..

Cik Ina Do Do Cheng berkata... [Reply]

kat rumah cik ina memang makan supplement ngan ubat herba. suami cik ina dah biasakan dari dulu.

rencah kehidupan berkata... [Reply]

SALAM PERKENALAN...



I follow, you follow....!!!

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com