Khamis

Makan berat ketika sarapan

Assalamualaikum

Selalu kan dengar orang kata makan "BREAKFAST LIKE A KING, LUNCH LIKE A PRINCE, DINE LIKE A PAUPER" ada jugak aku pernah dengar kata dine like a beggar. Kesian sangat tu. Hehehe..

Sarap penkek..hahaha..berkhasiat lah sangat..sembang kiambang..
Anyway. Orang kita panggil sarapan. Omputeh kata break-fast. Orang Jepun kata choushoku 朝食 atau pun asagohan 朝ごはん yang bermaksud makan pagi. Aku tak pasti perkataan sarapan tu datang dari mana. Tapi breakfast dalam perkataan inggeris tu bermaksud kita break(patah?pecah?) fast(puasa).
Last meal sebelum kita makan sarapan pagi biasanya adalah pukul 8 malam. Kalau ambil late dinner atau pun makan supper maybe pukul 12 malam. So sepanjang masa tidur lebih kurang 6-8 jam atau lebih tu dikira kita berpuasa la kan.  Bersarapan tu bermaksud kita membatalkan puasa jugaklah kiranya. Dikatakan masa paling sesuai untuk bersarapan adalah dalam masa sejam selepas kita bangun pagi. Kalau bangun pukul 11. Maksudnya sebelum pukul 12 dah kena sarapan lah. Hehehe..

Oleh kerana inilah sarapan pagi adalah yang paling penting sekali. Selain dari itu, nak kekal bertenaga kenalah isi perut dulu kan. Apa pun, nak isi perut ni bukan sekadar isi tanpa mengambil kira kualiti makanan tu. Sebab kalau makanan yang kita ambik tak berkhasiat, effect nya akan dapat rasa sepanjang hari tu. Badan akan cepat letih, baru pukul 10 dah rasa mengantuk, rasa malas atau tak bersemangat. Mungkin dalam hal ni ramai yang mementingkan kuantiti.

Ada yang kata, kalau tak ambil "makanan berat" mesti lapar balik sebelum tengah hari.
Ada pulak yang dah terbiasa tak makan sarapan tak kira dengan apa juga alasan. Sibuk, malas, dah biasa dan sebagainya.

Hakikatnya tetap sama. Sarapan adalah permulaan hari kita dan hidangan yang paling penting sekali. Sarapan yang sihat adalah
(1) Makanan yang senang nak dihadamkan - Enjin belum panas, takkan nak suruh full speed terus kan..
(2) Makanan yang seimbang - Burger McD memang ada sayur, tapi tak cukup seimbang :)
(3) Mengandungi nutrient dan serat yang tinggi - Serat yang tinggi penting untuk bagi effect kenyang sampai tengah hari
(4) Kurang lemak dan minyak - Nasi lemak, roti canai, mi goreng out okeh :P Sesekali takpe lah.
(5) Minuman seperti kopi dan teh adalah berasid dan kurang sesuai diminum pada waktu pagi.


Haih..dah semua tak boleh apa yang boleh..?

Kalau nak cepat breakfast cereal atau oats adalah satu option yang baik. Lebih elok lagi kalau tambah fresh fruits dalam tu. Minuman pulak macam unsweetened juice atau susu pun dah ok. Kalau rajin sikit buat smoothies/shake buah dan sayur pagi-pagi pun bagus. 5 minit je. Tak payah masak pun. Ada macam-macam resepi yang sedap kalau google. Guna susu boleh, yogurt boleh, protein powder boleh. Lepas tu tambah segala bala buah dan sayur. Lebih banyak lebih baik. Jangan tapis lah.

Mungkin ada yang tanya..kenyang ke? Kenyang! Aku dah cuba.. Mungkin ada yang rasa, makan nasi lemak lebih kenyang. Aku tak pasti benda ni happen kat semua orang ke tidak. Tapi kalau aku makan nasi lemak. Perut rasa full tapi badan rasa tak berapa nak bertenaga dan mudah rasa mengantuk. Aku saspek rasa full tu mungkin disebabkan oleh lemak dan minyak sukar nak dihadam dan bagi rasa kenyang lebih lama. Masalahnya dalam masa yang sama ia bagi tekanan pada perut untuk bekerja keras menghadamkan makanan tu.

Apa pun old habits die hard kan..Katalah apa pun. Nasi lemak dan roti canai tetap di hati :)

Nota kaki : Susahnya nak train diri makan makanan berkhasiat kan. Haihh..

Daa

12 comments:

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

kakcik sedang bersarapan dengan durian! hehehe...

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Makan ikut kehendak mata bukan utk kebaikan tubuh badan susah jadinya... anak-anak masih mudah diasuh sebab dah biasa dari kecik. Kalau macam kakak nie... dah biasa makan pau sambal nak makan cereal macam tak sedaplah...

mummY daniSha berkata... [Reply]

hahhaaa..nasi lema & roti canai tu memang faveret org melayuu huhu....

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Sy tak ley mkn oat atau cereal semata2! Perut sy jenis stokin. Klu mkn oat je, mmg dlm kul 10, sy menggigil kelaparan! Hahahaha! Sy jenis mst nak mkn yang heavy. Klu oat, mst ade roti bakar atau biskut jacob. Wajib ade kopi (sy tau mmg tak elok) tp klu takde kopi...idop sy tak bermakne! Adehhh!

Nasi lemak dan roti canai sy makan jugak tp sekali seminggu! Betul! Sy manjakan nafsu dr badan. Hahahahah!

Sy kena check kolesterol sy dah tgi thp mane. Uwaaa!!!!!

Unknown berkata... [Reply]

@kakcik, bukan selalu kakcik.. hehehe..sedapnya durian pagi2..

Unknown berkata... [Reply]

@Kakzakie, orang melayu kita kebanyakannya dah biasa bersarapan dengan kuih muih atau pun makanan macam tu..nak ubah tu mmg payah sikit kak..

Unknown berkata... [Reply]

@mummY daniSha, sekarang tak kira bangsa dah mas..semua org suka..benda kurang berkhasiat mmg sedap..hahaha..

Unknown berkata... [Reply]

@Pok Amai-Amai, fara..roti bakar ke biskut jacob boleh.. masalahnya dengan makanan yg banyak minyak dgn lemak tu..saya pun jenis perut stokin..pukul sepuluh mesti nak kena munching2 sekuk..

tapi kopi mmg tak berapa elok diamalkan..

Unknown berkata... [Reply]

bayangkanlah,kita dah biasa dgn makanan tu tetiba kena tukar,susah gak...hehee..tp demi kesihatan kena buat gak kan

KuNanGKuNanG berkata... [Reply]

mmg sarapan sgt penting tp sy pun jarang nak sarapan..huhu

Dr K berkata... [Reply]

masalahnya org kita breakfast like a king, lunch like a king & dinner like a king! Kadang kala supper pun like a king! hahaha


~last last jadi King Kong ~ haha

Hana Faza-same person berkata... [Reply]

aku prefer sarapan ikut saranan Nabi..mulakan madu dan kurma, pastu ambik susu..insyaAllah, so far, memang itu terbaik kat aku..xngantok, tak sakit perot..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com