Jumaat

Menegakkan benang yang basah

Assalamualaikum

Aku yakin ramai tak pernah dengar pasal Bon Kerajaan Malaysia. Pada aku benda tu too good to be true dan aku nampak benda tu tak lebih dari skim pak man telo atau skim cepat kaya or whatever you call things like that.

Walau pun sangat berhati-hati, tapi takdir dah menentukan. Entah macam mana family aku terpesona dengan janjinya. Bermula lebih kurang setahun yang lalu. Aku boleh kata seluruh ahli keluarga aku melabur kat benda tu. Selain dari aku. Puas mak aku pujuk-pujuk aku suruh aku masukkan. Seratus pun cukuplah katanya. Nanti kalau orang lain dapat aku tak dapat, kesian pulak kat aku. Pulangan yang dijanjikan adalah 1000 kali ganda. Yang pada aku obviously penipu je yang buat macam tu.

Aku bukan nak jadi anak derhaka. Tapi aku cakap baik-baik dengan mak aku. Aku taknak benda tu. Aku taknak terlibat dan aku pernah baca kat internet tak pernah lagi ada orang yang dapat. Yang menunggu nak dapat tu memang ramai. Since tahun 2004-2005. Walau pun seratus tu tak besar mana pun. Tapi bila mengingatkan ia akan jadi hak milik manusia yang penipu tak bertanggungjawab macam tu aku keraskan hati je.

Tarikh untuk distribution duit tu di postpone dari semasa ke semasa. Membuatkan aku lebih suspicious lagi. Dan nyata. Sampai hari ni duit tu tak dapat-dapat lagi. Macam-macam alasan yang diorang bagi. Aku yakin duit tu memang tak ada dan sekumpulan manusia penipu tu pun dah boncit makan duit haram. Cakaplah apa pun. Selagi tak ada bukti yang ada orang dapat duit tu. Dengan sepenuh hati benda tu penipu. Ditambah lagi pulangan 1000 kali ganda. Bill Gates pun boleh bankrup tau bagi pulangan 1000 kali ganda pada share holder. Ingat sikit duit? Sila teruskan bermimpi.

Aku tiba-tiba sembang pasal ni sebab semalam ada orang komen kat entri bon kerajaan malaysia yang aku buat dah lama dulu. Sekelip mata darah aku mendidih. Kalau mamat tu cakap depan aku memang dah kena penumbuk dah. Berani lagi cakap macam tu. Tak ingat dosa pahala ke diorang ni eh.. Betul la orang melayu dah parah. Duit haram pun sebat jugak.
Aku harap aku dan family aku akan dijauhkan dari skim penipu macam ni lagi. The first and last aku akan kena tipu adalah dengan gores dan menang. (Sila abaikan penggunaan "saya" dalam entri tu..hahahaha)

Nota kaki : Thanks pada yang wish dalam entri dilema  semalam. Aku bukan dalam masalah. I mean bukan satu masalah pun. It just that aku kena buat satu decision yang sangat besar untuk start something yang memang aku mimpikan selama ni. Cuma aku ada masalah nak meyakinkan diri aku sendiri yang aku boleh buat. Shujin yakin dengan aku tapi aku tak yakin dengan diri sendiri. Seharian aku memikirkan betapa susahnya nak convince diri sendiri yang aku boleh buat. Hehehe.

Daa

11 comments:

Unknown berkata... [Reply]

sib baik aku tak prnah dgr...heheeh..mana ade pulangan 1000x..namapak tak logik sungguhlah

Unknown berkata... [Reply]

tak pernah ikut mana2 skim atau apa2 jua yang seumpama konon dapat pulangan berganda ni. Memang tak percaya dan takut tertipu aje...huhu

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kadang-kadang tu disebabkan rata-rata penduduk di kawasan itu mengikut itu yg pakat-pakat semua ikut. Kurang pendedahan sebenarnya kesian kan... Jangan kata mak-ayah kita, abang ipar kakak yg elite pun dah pernah terkena Rai...

yatie chomeyl berkata... [Reply]

i pun x pernah dgr pasal skim ni...tp bunyinya mmg penipu gile la if nk bg pulangan 1000x ganda isk3x

Hana Faza-same person berkata... [Reply]

Xpernah dgr plak..tapi kadang2 memang org yg penipu tu memang senang nak tarik org sb pandai main dgn kata2.. .harap ramai lagi org sedar takde benda mudah sekelip mata dlm dunia ni

mummY daniSha berkata... [Reply]

byk org suke menipu....dan byk org senang tertipu...esp golongan warga emas/tua....aku selalu ingatkan mak aku...jgn percaya..jgn percaya hehee...dalam dilema eh.. u can do it!caiyyyok enon!

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Serius sy tatau psl bon kerajaan malaysia. Dari kerajaan malaysia ke?

Munn Jaafar berkata... [Reply]

keciknyeeee...xleh baca komen tu.nak terjah entry lama

*xpernah dgr lak skim tu

Mulan berkata... [Reply]

atok sedara n Mak sepupu pon dah kena. kesian depa, kena masa anak2 takde. kena tipu bulat2 sbb depa sorang2 je masa tu. pandai depa attack org tua yg duduk sorang2..

Daddylicious berkata... [Reply]

org kita mudah benar terpedaya..:)

Prettywrite berkata... [Reply]

Banyak sangat penipuan di Malaysia ni..betul2 menyusahkan rakyat..huhuh..


Kak Rai..akak menang puzzle kat blog yna tempohari..:)..nanti bagi details to emel yna eyh..(anadelights@gmail.com)..err akak dok m'sia ker jepun ni?hehe..kalau boleh bg alamat msia ya..terima kasih join..nanti join lagi ya..:)

http://prettywrite.blogspot.com/2011/12/winner-of-price-puzzle.html

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com