Isnin

Kasih emak

Assalamualaikum

Salam Isnin. Mood weekend duk melekat lagi nih.

Jeles je tengok post mortem entry oleh mereka yang join blogger gathering semalam. Haihh..

2-3 hari lepas aku call mak. Biasalah kalau borak dengan mak kalau tak setengah jam memang tak sah. Sambil-sambil tu  sibuk lah aku tanya mak masak menu apa hari tu. Mak pun macam biasalah. Jawabnya "Makan biasa-biasa je". Hehehe. Aku tanya lagi. "Masak apa mak..ala..kita tanya la..mak ni kita tak kisah pun" Mak jawab "Ikan sembilang asam pedas" Gulp!! Sedapnyaaa..Kata aku dalam hati."Ala...semalam mak pergi Rengit. Singgah beli ikan sekali. Nanti akak balik kita pegi ok" Sambung mak nak sedapkan hati aku. Aku pun jawab "Mak ni. Kita tak kisah la. Kita tanya je. Lagi pun bukan kita tak pernah duk jauh tak boleh makan semua tu. Nanti kita balik cuti krismas ni mak buat lah..Hehehe" Mak kata pulak "Ye la. Mana tau nanti akak terliur pulak" Erghhh.. Memang pun. Ikan sembilang asam pedas mak memang belum pernah mengecewakan aku. Pekat. Berminyakk..Haihh.. Nak buat entry ni pun aku dah terbayang ikan sembilang yang isinya lembut-lembut tu. Lagi-lagi kalau letak kuah banjir lepas tu tuang kicap. Huhhh..Boncit pun boncit lah.

Gambar Google : Ikan sembilang bukan ikan keli tau!
Tapi takkan aku nak kata ya. Kesian pulak orang tua tu kerisauan nanti. Takut anaknya kempunan. Hihiih..Sayangg mak.. Mak-mak memang macam tu kan. Masa aku belajar dulu lagi la. Tobat dia sembunyi taknak bagitau masak apa kalau dia masak sedap-sedap. Walhal pada aku mak kalau masak apa pun sedappp je. Biar sadin je pun. Hahaha..Dah nama pun anak mak kan.

Balik kali ni nak kena belajar masak asam pedas. Berapa kali dah mak ajar. Tapi biasa lah aku. Mak masak lagi sedap. Shujin pulak tak berapa sangat makan ikan. So aku pun malas nak meroyan sorang-sorang makan ikan. Balik Johor baru lepas gian. Nasib lah shujin kahwin dengan anak penjual ikan. Kitorang kalau ayam ke daging kurang sikit. Tapi kalau ikan. Memang macam-macam jenis. Ikan laut je la. Ikan sungai tak berapa. Sejak kahwin ni je aku belajar makan ikan keli. Tu pun bila shujin kata dia teringin nak makan. Eh jadi cerita ikan pulak kan..

Hujung minggu ni nak balik Johor. Hishh..Rindunya dengan masakan emak. Nasib la kahwin dengan orang jauh. Tinggal kena tengah tengah nak bagi adil. Dah balik sebelah sini. Kena lah balik sebelah sana pulak. Kalau tiap-tiap bulan nak balik bengkok jugak laki aku.

Nota kaki : Macam mana agaknya bila anak-anak aku da besar nanti. Agak-agak diorang teringat tak masakan aku macam aku teringat masakan mak. Maklumlah. Aku ni tangan tak berseni. Masak pun lebih kurang je. Hehe

Daa

16 comments:

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Sbnrnya, sy menunggu2 kedatangan awak. Tp Irfa bwk berita sedih. Takde rezekilah kita kan?

Prettywrite berkata... [Reply]

ikan sembilang macam ikan keli..tak pernah makan la..mesti lemak manis macam keli jgak ni..:)

Unknown berkata... [Reply]

@Pok Amai-Amai, sebenarnya saya teruja jugak nak jumpa fara.. sbb admire sangat dgn entry kemanusiaan fara dari dulu lagi.. tapi belum ada jodoh nampaknya.. insya allah kalau ada lagi di masa depan saya cuba join..

Unknown berkata... [Reply]

@Prettywrite, ada iras2 je.. banyak tak sama..ikan sembilang ada janggut..lepas tu isinya lebih halus..dari segi rasa saya lebih suka ikan sembilang sbb setakat ni saya makan ikan keli ada bau macam lumpur..mungkin sbb saya tak biasa makan..hehe..

lieynanilaz berkata... [Reply]

insyaalllah...bila anak dah besar nanti mestilah teringat masakan ibu....walau tangan x berseni tapi apapun ibu masak memang yg tersedap..hehe.

KuNanGKuNanG berkata... [Reply]

kalau mak yg masak, pe2 pun sedap.masak biasa2 je pun kite mkan bertambah2 kan

eB berkata... [Reply]

eB nih dok skali pn eB yg msk sbb cian kat mama. letih. hu3

emarieys berkata... [Reply]

kasih mak tidak ternilai...

Unknown berkata... [Reply]

@lieynanilaz, harap2 macam tu lah..hahaha..

Unknown berkata... [Reply]

@KuNanGKuNanG, setuju!!! kan kan..

Unknown berkata... [Reply]

@eB ezrin, cayalah eB..saya balik kampung tak berani nak masakkan utk mak..segannn..skill memasak tak seberapa..hahaha..

Unknown berkata... [Reply]

@MamaEma, betul!!

Tanpa Nama berkata... [Reply]

makan ikan keli suka..bersihkan tak suka

boleh gitu

from me:irfa in de house

Cik Ina Do Do Cheng berkata... [Reply]

rai setiap anak akan mengatakan masakan ibu dia yang paling sedap, ko jangan risau ye : )

Unknown berkata... [Reply]

@Anonymous, erkk..sama la kita..aku suruh org jual tu siang siap2..tiap kali nak masak je aku terbayang reptilia..so bila nak makan tu aku mcm err sikit..tapi makan jugak!! haha..

Unknown berkata... [Reply]

@Cik Ina Do Do Cheng, kalau cik ina cakap saya tak caya.. sbb tengok masakan cik ina pun tau dah cik ina masak sedap.. haha..saya ni nak hidang masakan sendiri kat mak sendiri pun tak berani lagi..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com