Isnin

Melelehhh...

Assalamualaikum

Aku tak sure aku layak ke tidak cakap pasal dream car sebab aku takde lesen. Hahaha. Tapi aku sangat-sangat impressed dengan Honda punya brand. Dedication diorang untuk menghasilkan kereta yang mesra pengguna dan mesra alam.


Website Honda Jepun
Kereta yang aku senaraikan sebagai kereta idaman aku kalau aku kaya dan ada lesen adalah Honda CRZ. Sejak cerita pasal CRZ concept car yang sangat amazing. Hasil penceritaan shujin. Aku dah drooling dengan featuresnya sebelum aku tengok kereta tu. Kalau tak silap aku, Honda CRZ adalah the first electric sport car. Amazingly, maximum speednya 180km/h.

Yang warna biru tu semuanya digital. Meleleh ko...
Ok la kan. Bukan nak pegi racing kereta. Aku dengan takde lesen ni bawak 70-80km/h pun dah cukup hebat. Kahkahkah.. Apa yang menawan hati aku adalah segala benda kat atas dashboard tu digital. Erghh.. Tak tahan. Dari segi performance aku tak berani cakap lah. Tapi knowing Honda. Aku memang suka sangat dengan kereta keluaran diorang. Sejak dari zaman aku kenal motor Honda cup lampu bulat tu. So..kalau ada rezeki. Aku nak shujin belikan yang ini kat aku. Hahaha..

Shujin lagi suka X6. Tapi aku rasa besar sangat kot. Features aku yang kecik ni patutnya kereta mini je. Tapi sebab kereta ni pun less expensive dari yang aku bayangkan. Aku prefer CRZ. Cantik kan kale kuning. Kata shujin CRZ dah boleh order since last year. Harganya RM115k. Aku consider murah la untuk green technology punya kereta. Cantik pun cantik. Aihh...

Daa

16 comments:

Anamarza berkata... [Reply]

huhuhu saya pun tak de lesen jugak lg, nyesal tak blajar time belum kahwin dulu, dah ada anak 3 ni byk plak alasan hubby tak nak kasi belajar kereta.

Tanpa Nama berkata... [Reply]

pandai gak ko bercerita psl keta dan pasal enjin..aku tahu keta cantik je..hehe

irfa yang kini menumpang pakai pc org tu psl dia berlagak boleh komen
keh keh keh

mummY daniSha berkata... [Reply]

aku pun suke gaaakkk hehee...tp die bukan 1.3 ke?hahahaa...aku x tau tp mcm penah dgr org ckp 1.3

mummY daniSha berkata... [Reply]

besar la tuk ko zai hahhaaa...ko sesuai pakai swift..comel hehehe

Cik Ina Do Do Cheng berkata... [Reply]

gimi five, kita berdua tak berlesen
: )

Unknown berkata... [Reply]

@Anamarza, nice!! sama lah kita..haha..

Unknown berkata... [Reply]

aku kalau dapat kete kancil untuk aku cukuplah..senang nak parking..hahaha...

Unknown berkata... [Reply]

@Anonymous, hahhaa... sengeh + bangga aku ko komen..alah.. aku pun belajar dari asben aku..

Unknown berkata... [Reply]

@mummY daniSha, 1.3 tu apa? enjin ke? ok la kan 1.3.. aku suka features yg green technology+ dashboard tu..design honda mmg aku suka sbb mostly keta diorg ni spacy..

Unknown berkata... [Reply]

@mummY daniSha, tak mau la swift..brand suzuki value cepat jatuh..maintenance tinggi.. compare to honda la..last time aku ada gak teringin swift..tapi harga masa tu rm89k..skang dah rm60k+ je.. jatuh gila tak..baru 3-4 tahun lepas..

Unknown berkata... [Reply]

@Cik Ina Do Do Cheng, gimi ten cik ina..tak sangka cik ina tadak lesen..ingatkan ada..hehehe..

Unknown berkata... [Reply]

@Ila, hahaha..nama pun kereta idaman..silap2 kalau aku pakai pun aku pakai driver je..hahaha..

lieynanilaz berkata... [Reply]

aku yg ada lesen ni pun takut2 berani jerk ...inikan pulak nak pakai kete tuh mau tak gerak2..kahkahkah.

emarieys berkata... [Reply]

honda memang best...tapi lebih suka pada toyota..apakan daya mampu wira..hehee

Unknown berkata... [Reply]

@lieynanilaz, silap2 beli buat hiasan..hihihi..

Unknown berkata... [Reply]

@MamaEma, toyota brand no 1 kat jepun..tapi entah kenapa saya prefer honda..mungkin sebab nama honda kedengaran lebih cool ditelinga saya..haha..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com