Jumaat

Weight Management Program : Dah sedia ke?

Assalamualaikum

Setiap orang mempunyai faktor yang berbeza kenapa berat badan mereka bertambah. Faktor paling umum adalah tak menjaga pemakanan. Yelah. Malaysia ni kan syurga makanan. 24jam, 365 hari. Tak ada hari yang tak boleh jumpa makanan. Tapi, orang Malaysia masih makan macam esok lusa tak jumpa makanan dah. Selain dari tu, adalah faktor tak aktif. Alasannya adalah sibuk. Allah bagi setiap orang 24 jam. Kenapa ada orang yang ada masa untuk bersenam dan ada yang tak ada masa. Atau pun mungkin sebenarnya kita tak manage masa kita dengan baik?

Selain dari tu, faktor lain macam stress, kurang tidur, akibat dari makan ubat atau pil hormon seperti pil perancang dan juga faktor usia turut memainkan peranan masing-masing sebagai penyebab masalah berat badan berlebihan.

Lebih 21% rakyat Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan, aku yakin ramai yang ingin menurunkan berat badan ke tahap yang ideal. Persoalannya, adakah mereka bersedia dari segi mental dan fizikal? Keazaman saja tidak mencukupi. Seseorang mestilah mempunyai kesediaan mental dan fizikal untuk melakukan perubahan dalam aktiviti harian dan pemakanan mereka.

Adakah sendiri rasa nak turunkan berat badan atau orang lain yang suruh?
Dah sedia nak ubah cara pemakanan?
Dah sedia nak ubah gaya hidup? Bersenam sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari?
Berapa lama sanggup berusaha sebelum nampak perubahan pada fizikal dan mental?

Selama mana sanggup untuk maintain gaya hidup dan pemakanan yang sihat?

Jawapan bagi setiap persoalan ni akan menentukan sama ada korang bersedia atau tidak. Yang penting dalam program ni adalah consistency. Jangan hari ni follow, esok break the rules. Lusa sangkut lagi. Minggu depan baru sambung balik. Sampai kucing tumbuh tanduk pun takkan dapat berat ideal.

Berita baiknya program ini adalah, tak perlu skip meals dan masih boleh makan makanan kegemaran. Tapi moderate amount lah. Ingat. Lebih baik boleh makan sikit nasi lemak, dari kita kena sakit jantung atau strok dan tak boleh makan langsung nasi lemak.

End of the day, kita kena aware yang melalui program ni walau pun kita berhempas pulas jaga pemakanan, bersenam dan mengamalkan gaya hidup yang sihat, kadang-kadang kita tengok mata timbang tak bergerak banyak pun. Ini adalah kerana, lemak-lemak dalam badan dah bertukar menjadi otot. Oleh kerana jisim otot adalah lebih berbanding lemak, kita akan mendapati yang berat badan kita tak banyak berubah. Tapi kalau dilihat dari segi peratusan lemak dalam badan dan bentuk badan, kita akan dapati yang yang dulunya menggeleber dah nampak tone up. Kalau dulu senang termengah mengah, sekarang dah rasa makin bertenaga. Setakat nak lari 100meter tu memang takde hal lah.

Ingat. Tujuan weight management program ni bukan semata-mata menurunkan berat badan. Ia adalah satu program untuk mendapatkan kesihatan yang optimum. Kalau berat badan kurang, orang nampak kita kurus macam jerangkung, kulit pun sembab kusam je nak buat apa kan. Kalau angka kat mata timbang berkurang tapi kita rasa lemah, tak larat. Mana sihatnya. Betul tak?

So...dah sedia ke?

Daa

11 comments:

Unknown berkata... [Reply]

aku rasa paling susah nak kuruskan badan ialah bila kita nak mulakan..motgivasi tu kena ada..semangat kena tinggi..itu yg aku asyik tak jumpa2 je tu..hehehe

Unknown berkata... [Reply]

@Ila, betul ila..sebab tak cukup motivasi lah ramai lebih suka pilih pil magic walau pun kesan sampingannya menakutkan..

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Itulah yg jadi pada kakak nie. Sekejap ikut sehari ponteng dah jadi seminggu. Kakak nie bila cuti sehari je akibatnya panjanglah jadinya...

Niat hati bukan main tapi semangat tu kureeennngg betul:)

Unknown berkata... [Reply]

@Kakzakie, saya pun bila nak bersenam macam tu..masa tengah membara tu yelah..kadang sampai sakit badan..tapi bila sekali dah skip..terus lembik..malas..hehehe..

Run Away berkata... [Reply]

senaman tu yang penting..owg kata kalau mum pil..nanti badan naik balik...

Run Away berkata... [Reply]

senaman tu yang penting..owg kata kalau mum pil..nanti badan naik balik...

NiGhTiNaNgLe_FARA berkata... [Reply]

jum join

http://kpopfa93.blogspot.com/2011/10/25-things-random-giveaway-by.html

mummY daniSha berkata... [Reply]

skang ni aku rase susah nak kuwus..dulu,kalau nak turun jage makan sikit dah ok..tp sejak makan pil tu..nak turun sekilo pun susah.bulan puase pun x turun..padehal xde la melantak mane pun....mayb sebab hormon pun ye jugak kot gemuk ni heheh...

Unknown berkata... [Reply]

@Run Away, bukan pil aje.. jenis2 diet kilat ni semuanya boleh naikkan berat semula..

Unknown berkata... [Reply]

@NiGhTiNaNgLe_FARA, insya allah..kalau ada kesempatan..

Cik Ina Do Do Cheng berkata... [Reply]

cik ina senang naik dan senang nak kurus, sebab cik ina rangka kecik,dalam seminggu kalau cik ina tak makan nasi, dah nampak perubahan.masalahnya kat umah boleh control, kat tempat keja je, banyak rakan taulan yang bawak makanan.kui kui

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com