Khamis

Deepavali yang tak seronok

Assalamualaikum

Satu hari cuti yang terbazir tak buat apa macam tu aje gara-gara ikutkan perasaan. Haihh.. Malas aku nak cerita lanjut. Kesian kat budak comel berdua tu. Sorang dah siap-siap pakai baju lawa. Yang sorang lagi berdiapers je sepanjang hari. Kesian pun ada. Tapi memandangkan hari pun mendung. Petang pulak hujan lebat mencurah-curah. Aku pun malas nak bergerak ke mana-mana walau pun cadangan asalnya nak bawak mak mertua aku keluar makan-makan. Kesian orang tua tu tertunggu-tunggu anak menantu dia bawak jalan-jalan.
Muka dah bentuk empat segi dah..
Nasib baik kejiranan aku main mercun meriah malam-malam. So dapatlah cover bosan anak-anak satu hari memerap kat rumah. Selebihnya aku teman diorang main LEGO. Serumah bersepah. Tak apalah nak. Asalkan korang bahagia. Pagi pulak aku tunaikan janji nak buat kek kat Aqil. Kek kurang menjadi sebab tak cukup masak. Lebih pedih lagi, aku pegi bengong tak check dulu. Dengan penuh confident terbalikkan kek kat wire rack. Konon nak sejukkan. Tup tup bedebuk semua isi perut loyang kek tu keluar. Berderai kek. Kesian shujin dengan anak-anak dapat makan kek coklat versi hancur. Jangan tanya mana gambar kalau taknak kena cepuk. Hahaha.. Gurau je..

Kesimpulannya..Semalam adalah percutian yang gagal. Tension je aku sepanjang hari. Malam pun aku tidur awal tanda protes lepas perabis nasik seperiuk. Perangai macam hantu Mak Limah! Bukan sebab kebulur. Aku bosan. Nasib baik berat aku takde senang-senang nak naik. Kalau tak memang dah macam tong dram agaknya.

Nota kaki : Appointment kensel, kelas tak pegi..apa pun takde..

18 comments:

yatie chomeyl berkata... [Reply]

kira bad hair day la semalam ye?

Unknown berkata... [Reply]

@yatie chomeyl, tu la pasal.. cam nak nangis pun ada.. nanes da pun..wakaka..drama queen betul kan..

Cik Ina Do Do Cheng berkata... [Reply]

betul tu rai, sama ngan cik ina tak leh ke mana-mana, sebab hujan. cian ngan budak-budak je, kita paham ngan hujan . kui kui

Unknown berkata... [Reply]

@Cik Ina Do Do Cheng, dah la bukan selalu dapat cuti tengah2 minggu kan..takpe lah..nak buat macam mana..dah nak hujan..sejuk gak alam..hehe..

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kena ganti hari yg mencuka itu hujung minggu ini. Kek berderai tu masih boleh makan juga kan janji masak...

lieynanilaz berkata... [Reply]

hoho...malam tadi tengok mastercheff..ada sorang peserta gagal buat tiramisu!!..takpo rai lepas ni buat lagi..jangan give up tau!!

PinKy MoMMa berkata... [Reply]

tak pe weekend ni kasi happening balik eh..hehehe keje 2 ari jer pastu cuti balik ;)

Unknown berkata... [Reply]

kakyong dah biasa.. x pernah merasa bercuti setelah bertahun2.. suami meniaga mcm ni lah.. tak merasa lah nak public holiday ke apa..

hari minggu pun terperuk di rumah jer... bosan2 pun bawa anak g taman permainan kecik di taman perumahan nih..


btw, tahun ni India raya sakan.. di tempat kakyong la.. berdentam-dentum mengalahkan raya cina.. :p dah 2 tengah malam... terkejut anak di tgh malam...

Kancil 8349 berkata... [Reply]

ada kalanya kita dapat situasi yang menyenangkan dan ada juga sebaliknya...namun ada juga kerja yang dibuat dari langsung ndak dibuat kan...hehehe

emarieys berkata... [Reply]

kami pun lepak kat rumah saja..

eB berkata... [Reply]

kami dok umah gaks... :)

Unknown berkata... [Reply]

@Kakzakie, nasib baik boleh diselamatkan lagi..kalau tidak kempunan anak2..hehehe..

Unknown berkata... [Reply]

@lieynanilaz, kita tak give up.. tukang makan yg give up.. katanya letih makan kek tak jadi je..hahaha..

Unknown berkata... [Reply]

@PinKy MoMMa, insya allah.. kalau boleh cuti terus sampai weekend kan bagus..hehehe..

Unknown berkata... [Reply]

@kakyong, biasa lah kak yong.. ragam org meniaga.. mak ayah saya pun meniaga kedai runcit.. tunggu hari raya baru tutup kedai.. kalau tidak memang tak ke mana lah..

kat kawasan rumah saya ni memang tiap kali raya..tak kira lah raya siapa..sakan duk bakar duit.. kesian jugak anak2 terperanjat je..

Unknown berkata... [Reply]

@Kancil 8349, betul tu.. mati kutu kalau takde buat apa.. hahaha..

Unknown berkata... [Reply]

@MamaEma, serupa lah kita.. hehehe..

Unknown berkata... [Reply]

@eB ezrin, sesekali duk saja kat rumah seronok jugak.. lagi kalau hujan..nyaman je nak tidur.. hehehe.. tapi semalam boring betul..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com