Isnin

Selamat Hari Raya - Entry mood tak mari

Assalamualaikum

Ni entry sengal first day masuk kerja. Sumpah takde mood nak buat kerja. Raya kali ni balik kampung aku Kulai, Johor. Aku balik hari Ahad pukul 2 pagi. Cadangnya nak sahur kat rumah mak, tapi tak sempat. Lepas subuh baru sampai. Kecewa jugak mak sebab dia dah prepare makan sahur untuk kitorang anak beranak sekali.

Tahun ni semua adik beradik sepatutnya beraya kat Johor. Cuma mak suruh akak aku balik rumah mak mertua dia, temankan mak mertua dia yang baru kematian suami aidilfitri yang lepas. Ayah semangat buat ketupat daun kelapa sampai jauh malam. Aku sempat tolong sikit-sikit je sebab sibuk gaduh dengan anak-anak. Dalam adik beradik, cuma aku dengan akak aku yang no 3 tu je yang pandai anyam ketupat. Adik bongsu aku pandai ketatkan. Nasib baik jugak dia banyak tolong ayah. Kalau tak kesian orang tua tu menganyam sorang-sorang.

Actually walaupun memang dah expect raya tahun ni jatuh 30hb, mak aku masih macam percaya tak percaya. Dia takde buat apa-apa persiapan sampai lah keluar pengumuman raya tu. Tapi atas desakan ayah, beras memang dah isi siap-siap dalam sarung ketupat siang-siang lagi. Cuma lauk pauknya mak takde buat lagi. So lepas isyak tu kelam kabut lah mak menyediakan segala yang perlu. Tahun ni mak buat rendang daging, kurma ayam konggo, sayur lodeh. Biasa lah kan, menu masakan raya kat Johor ni.

Pagi raya, aku bangunkan anak-anak. Mandikan dengan air HOT sebab air kat rumah mak aku sejuk gilaaa. Tambah lagi pagi tu macam mendung sikit. Aku tak ikut pegi semayang raya sebab Aqil ngan Atiqah buahss sangat. Takut ganggu orang solat. Balik dari semayang raya pakat makan ketupat dan salam salaman. Kalau zaman aku kecik dulu ada ucapan pagi raya oleh ayahanda kami. Syahdu gila masa tu. Akak aku berair je mata. Hehehe. Aku? Aku kan kecik lagi :P

Lepas tu konvoi 3 kereta pergi rumah atuk belah mak aku kat Taib Andak. Sempat singgah rumah kawan ayah aku dulu sebelum tu. Sampai ke petang. Anak-anak masing-masing kepenatan. Rumah atuk aku memang tumpuan masa raya. Dengan orang marhaban dengan sedara mara jauh dan dekat. Adik beradik mak semua balik situ. So aku pun borak panjang jugak dengan sepupu dengan makcik makcik aku.

Petang balik rumah dah kepenatan. Malam tak ke mana-mana pun. Raya kedua kami balik kampung ayah di Rengit, Batu Pahat. Asalnya aku plan nak pergi beraya kat rumah Cik Bunga dengan Tini memandangkan diorang pun beraya kat BP. Tapi, beraya rumah sedara mara ayah je dah seharian. Tu pun tak habis jalan. Nasib baik anak-anak tak lepak sangat sebab aku bagi diorang tidur je dalam kereta. Aku dengan shujin beraya berganti-ganti tunggu diorg dalam kereta. Sorik ya. Insya allah bila-bila aku balik lagi aku singgah. Norhisham Nordin yang kata nak beraya sama pun takde koling koling. Sibuk agaknya. Huhu..

Raya ketiga shujin kepenatan dah drive seharian. Seluar pun dah ketat balik katanya :P Petang sikit pegi rumah terbuka adik mak aku kat Ayer Baloi. Balik lalu jalan Ayer Hitam. Akhirnya sampai rumah bila jam dah nak pukul 11 malam. Haihhh..

Raya keempat baru lega sikit. Aku just tunaikan janji nak bawak anak-anak pergi main tembak-tembak kat Tesco Kulai. Lepas tu singgah beraya kat rumah kawan sekolah rendah aku kat Taman Putra Lagenda. Cantik jugak rumah dia. Harga pun takde lah mahal sangat. Guarded dan gated gitu. Segan jugak sebab tak plan nak pergi raya. Tetiba dapat tau rumah dia kat tepi tu je. Terus pergi dengan baju huduh. Lain kali kalau nak sopping ke jalan-jalan waktu musim raya memang kena pakai baju lawa kan..

Aku balik sini semalam, sempat singgah rumah anak sepupu aku yang dah kawin (nak dapat cucu sedara dah aku ni) Tensi je aku bila dia panggil aku cik (makcik!!) Hoh!! 30an tak masuk lagi dek oii.. Masuk hiway PLUS pukul 7 malam. Nasib baik jalan tak berapa nak jem. Singgah beli kudapan malam kemudian terus balik rumah. Lepas mandi aku layan cerita korea. Hehehe..

Gamba raya? Kendian lah. Semua adik aku je yang ambik. Aku malas betul nak ambik-ambik gambar sekarang ni.

Nota kaki : Takde sapa ke nak jemput aku rumah terbuka. Hehehe. Sebulan puasa seluar longgar dah. Dua hari beraya terus ketat balik.

14 comments:

Nadia berkata... [Reply]

nad pon masih tak da mood lagi sebab ramai kawan opis masih cuti..:)

new entry :: buku paling nad suka...ツ

Kakkoii berkata... [Reply]

haha sama2... kk 7 hari raya baru ada mud

maszull berkata... [Reply]

salam...mood raya masih ada lg tu yg ramai masih x berblogwalking lg...:)

Nini Hartini berkata... [Reply]

kak, tini pun ada mak cik umur baru 11 tahun. hehe...asal jumpa mesti gaduh sebab dia marah tini panggil dia mak cik. tini pun saje sakat dia. hehe...

tu lah tunggu gak kalau2 akak datang. tini kt sana sampai raya ke-3. tu pun x best sbb suami keje dari raya pertama sampai raya ke-3. balik muar semuala pun mak datang jemput. huhu

yatie chomeyl berkata... [Reply]

meh open house kat fukuok ani la rai hehe

Unknown berkata... [Reply]

@Miss Nadya, sini mostly chinese..yg melayu saya dua org je..so semua da masuk..tapi kitorg la yg takde2 mood lagi..hehehe..

Unknown berkata... [Reply]

@Kakkoii, hoh..hari ni baru raya keberapa kan..hahaha..

Unknown berkata... [Reply]

@maszull, tu la kak mas.. baca blog kengkawan pun silent reader je..blur nak komen apa..

Unknown berkata... [Reply]

@Nini Hartini, hahaha..keluarga besar mcm tu la kan..sepupu saya sebaya ngan anak sedara dia..

tu la..aritu bunga pun ada raya dekat2 ngan rumah..tapi biasa la.. beraya rumah sedara mara..tak sempat nak singgah rumah kengkawan..insya allah kalau ada kesempatan bila2 saya menyinggah.. tapi mungkin dah tak raya la..haha.

Unknown berkata... [Reply]

@yatie chomeyl, haaaa.. jauh berani la jemput eh...nanti da balik sini jemput gak tau.. hehehehe..

syuxer berkata... [Reply]

mood raya sakan memang x de masa dah nak update blog hehe..penat gak akak berdasarkan nukilan entri akak neh hehe..jalan sana sini hehe..

memang ar puasa rasa ringan sikit badan,bila masuk syawal perghhh, rasa berisi plak hehe..

apapun selamat hari raya akak..:)

Unknown berkata... [Reply]

memang permulaanmacamtu..rasa malas melanda diri..tapi akan pulih..selamat kembali..p, salam syawal

Unknown berkata... [Reply]

@Syuxer, biasa la syuk.. keluarga besar..sementara orang tua ada lagi ni..rajin la ngikut diorg jalan rumah sanak sedara..

org lain makan banyak naik gak.. akak pelik la..akak makan banyak rasa cam makin kurus ada la.. hoho..

selamat hari raya jugak untuk syuk dengan keluarga.

Unknown berkata... [Reply]

@Bro ahmad, tu la bro.. sementara nak pulih tu jenuh gak la..sian blog bersawang..hehe..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com