Khamis

Bila anak pandai pangkah memangkah

Assalamualaikum

Sempena sambutan hari raya aidilfitri tahun ni, adik mak aku buat rumah terbuka untuk adik beradik dan saudara mara terdekat pada hari raya ketiga. Menunya ayam bakar bersalut madu, ikan cencaru (ada orang panggil ikan jaket) & terubuk bakar, sosej & daging burger bakar, nasi kerabu, bihun sup, nasi cicah budu dan sebagai penutupnya mee hailam.

Majlis bermula lepas sembahyang jumaat, tapi aku sekeluarga dengan mak & ayah bertolak pukul tiga lebih dari rumah. Akak dengan adik aku tak ikut sebab tak cukup kereta. Kereta ayah rosak pulak hawa pendinginnya (ekon lah!) Perjalanan dari rumah ke Ayer Baloi kejap je sebab lalu jalan baru. Lebih kurang 45 minit kot (sebenarnya aku bukan tengok jam pun..hehehe..agak je :P )

Sampai kat sana, sepupu-sepupu aku tengah membakar ayam. Lepas salam-salam aku terus mengadap. Damia duduk ngan ayah dendiam ya. Ibu nak melantak. Shujin jeling-jeling je kat aku bila aku dah masuk pinggan ketiga. Pinggan pertama nasi kerabu, kedua ayam bakar.. baru nak cubit-cubit manja ikan terubuk bakar..hoho..Ok lah. Fine. Ayah jeles :P

Tu pun Damia dah makan 2 batang sosej bakar shujin suapkan okeh! Aqil pulak tidur dalam kereta. Lama jugak dia tidur. Kereta parking dekat je ngan pondok kitorang makan tu. Enjin tak tutup, ekon ON. Shujin dengan aku gilir gilir tengok tiap 10minit. Aku mention siap-siap sebab takut ada yang kata aku lupa ada kes anak lemas dalam kereta pulak.

Bila Aqil bangun aku suapkan dia makan sosej bakar tu. Sosej bakar tu diorang sapu ngan lebihan bahan yang marinate kat ayam. So macam pedas sikit. Aku duk suap-suap dia. Lepas tu kejap-kejap dia mintak air. Mulut duk komplen pedas-pedas.. Hehehe..

Sampai dah nak last bite tu aku nak suap Aqil cakap kat aku

Aqil : Ibu suap, ibu suap (tolak fork suap sosej kat mulut aku)
Aku : (Dalam serba salah suap gak)
Aqil : Pedas? Pedas? Ni air.. (suap air kat aku)

Terkena aku. Memang sosej tu pedas sikit pun..

Shujin gelakkan aku macam nak berguling.


Kadang-kadang aku terpikir, bijaknya anak-anak zaman sekarang. Ntah kat mana dia belajar. Hehehe.

Aqil dah makin pandai buat ayat, dah makin pandai negotiate bila dia nak something. At times dia ada jugak ngamuk-ngamuk. Normal la untuk budak umur 3 tahun. Tapi dari segi tatabahasa dia memang agak proper walau pun aku takde la rajin sangat nak mengajar dia.

abang yang kool..birthday dia ujung minggu ni
Damia pulak dah pandai buat gaya Ultraman (dia panggil shaaakk!) Banyak komplen dah anak dara aku ni. Aku nampak dia lagi berani dari abang. Kadang-kadang buat apa-apa dia yang mula dulu. Kemudian baru abang ngikut. Contoh macam conteng dinding, panjat kotak, koyak buku. Hoho. Hero betul anak dara ibu. Kalau tak puas ati ngan abang dia, selamba badak dia je gigit abang dia. Sehari tah berapa kali abang ngadu kena gigit. Dah la tu. Bila aku ke shujin marah bukan dia reti nak insaf. Gelak lagi ada. Lepas tu sambil sengih sengih cakap "jijitt" (gigit) Nak marah pun jadi nak tergelak. Perkataan favourite dia sekarang "mannii" (mandi kot..) tapi sepanjang masa pun duk sebut mannnii..Lepas tu gelak-gelak. Ntah apa la maksud mannii tu dalam otak dia kan. Hehehe..

Muka comel bukan bermakna dia innocent

Nota kaki : Apa agaknya perasaan anak-anak aku bila tengok blog aku ni kan..Hehehe..

Daa

16 comments:

misya berkata... [Reply]

macam-macam perangai anak-anak ni,apapun mereka la yang menceriakan hidup kita

liemaopurut a.k.a ana berkata... [Reply]

bestnye....banyak tul makanan tu.total baper pinggan hari tu eh??

hahhaha....kiut aje aqil kenakan mak dia.....

anak dara tu, kecik2 oke la jijitt....dah besau esok jangan eh......hikhikhik

Irfa berkata... [Reply]

bermacam ragam..aku ada 3 ragam kat umah tu :-)

anak sulung aku tahu umie ada blog so kalau nak amek gambar mesti dia akan cakap 'jap nak pakai tudung.umie nak letak kat internet kan?'hehe

abah khalisha berkata... [Reply]

seronok tengok anak-anak membesar
Wanita Mengandung Dilarang Melihat Gambar ini

mummY daniSha berkata... [Reply]

wahh..aqil sebaye ngan danisha eh...kecik2 dah ade adik kan...satu hari,bile die dah tau wujudnye blog ni,mesti die lebih hargai + sayang mama & abah die =p

Norhisham Nordin berkata... [Reply]

x sabar pulak aku rasa nak dpt baby... huhuhu... beb, aku dpt email ari tu... dah save dah nombor tu tp mmg tak nyempat laa nak jalan2 raya... banyak noo umah sedara nak kena gi... 1 johor kena pusing... huhuhu...

Unknown berkata... [Reply]

budak2 zaman skrg mmg panjang akalnya kan...hehehe

MizzTina berkata... [Reply]

bijak...bijak.. haha

Unknown berkata... [Reply]

@misya kadang2 tak sedar masa yang berlalu bila tengok gelagat diorg..

Unknown berkata... [Reply]

@liemaopurut, hahaha..tah la.. (pura pura tak ingat :P)

anak dara tu kecik2 jijit comel lah..da besar sikit jijit gak mmg nak kena babap la tu..hehehe

Unknown berkata... [Reply]

@HappyIrfa, macam2 ragam takpe..jangan meragam..jadi resaksa ibu dia..hehehe..

Unknown berkata... [Reply]

@abah khalisha, pengubat jiwa..kita susah hati pun jadi tenang tengok diorg..

Unknown berkata... [Reply]

@Mas, hehehe..kecik2 ada adik lah bes (ayat nak bakar ko) hahaha..ada la kawan..

da besar dia baca apa yg aku tulis nanti mesti aku plak segan..hahaha..

Unknown berkata... [Reply]

@Norhisham Nordin, takde hal lah..aku paham..biasa la raya..

haa..sila usaha gigih..hahaha..

Unknown berkata... [Reply]

@Ila, tu lah..jauh beza ngan kita masa kecik dulu..tak terjangkau dek pikiran kadang2..

Unknown berkata... [Reply]

@mizzkechique bijak cam mak dia.. :P

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com