Selasa

Vanilla Sponge Cake - gebu gilaaa

Assalamualaikum

Sebelum pose aritu shujin ada belikan hand mixer. Walau pun tak dapat mixer idaman kalbu yang begini. Hand mixer pun jadi lah. Biasanya aku kepuk telur ngan tangan je. Bukan ngan tangan, tangan tu. Dengan pemukul telur yang takde kuasa elektrik. Hehehe.. Bila buat kek tu menjadilah macam ni

sebelum pakai mixer

tapi tak cukup gebu. Asyik kena perli je ngan shujin. Membazir la. Buat kek bantat la. Hish..geram aku. Lepas dia belikan tu aku pun buat kek sipon kesukaan aku. Tapi kurang menjadi sebab masa kaup balik tu aku tak buat betul betul. Ada yang tak rata tepung ngan meringue tu. So bantat jugak separuh.

Kali ni aku buat vanilla sponge cake. Menjadi kau. Naik gebu kemain. Rasa macam kek beli kat kedai. Geram je aku nak potong dua bahagian letak filling pulak kat tengah. Konon nak buat macam secret recipe. Wakaka. Shujin kata yang tu kena guna pisau dia. Sudahnya potong makan macam tu je. Damia makan polok-polok. Sampai tercekik.

Aqil pulak. Despite of dia yang sebenarnya request lebih-lebih kek tu, makan sikit je. Tak pe lah. Yang penting kek tu habis. Suka ibu. Hihihi. Lepas ni ibu buat kek sipon idaman kalbu pulak.

Oh gambar kek yang menjadi bak span gebuss tu aku tak ambik pon gambarnya. Tak sempat nak interprem dah kena balun. Sori okeh. Lain kali kot. Huhu.

Resepinya pun tak susah. Tapi pakai telur banyak. Hoho.. Gemokss..

Tapi lain kali la tepek resepi. Tak sempat da nih. Nak pegi training. Haihsss..

Nota kaki : Aku suka kek coklat. Tapi shujin dah jemu ngan coklat. So pasrah je buat kek vanilla kegemaran dia. ceitt..

Daa

12 comments:

misya berkata... [Reply]

tgu resepi ni

yantz-yeem berkata... [Reply]

ehhhhh pasnie mesti rajin tepek gambo cake eks...dah bli mixer baru kan??

Unknown berkata... [Reply]

@misya, hehehe..nanti saya tepek eh..

Unknown berkata... [Reply]

@yantz-yeem, membuatnya tu rajin la jugak yan..tapi nak mengupload gambonya tu yg bercinta.. hehehe...

isabelle berkata... [Reply]

glugg...
nmpk semua benda sedap kalo bln2 posa ni.hehe

Unknown berkata... [Reply]

@isabelle, agaknya kalau aku tepek gambo tongkol kayu pun org nampak sedap gamaknya kan belle.. hehehe..

Hanis MY berkata... [Reply]

yummy! nak cuba...nanti tepek resipi k...tunggu ni hehe..

Kancil 8349 berkata... [Reply]

aduh!...bergegar perut saya nampak kuih nie...huhuhuhu

Norhisham Nordin berkata... [Reply]

nak resipi..!!!!!!

Nini Hartini berkata... [Reply]

rajin betul rai buat kek..tini malas nk buat kek sbb malas basuh dan kemas apa yg dah diguna. kekeek...

Unknown berkata... [Reply]

@Nini Hartini,
haa..yang tu saya pun malas.. hihihi..tapi sebab suka bab2 makan ni terpaksa merajinkan diri..hehehe..

Unknown berkata... [Reply]

@Norhisham Nordin dah letak dah..jgn lupa hantar sepotong dua.. hehehe

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com