Selasa

Vanilla Sponge Cake - gebu gilaaa

Assalamualaikum

Sebelum pose aritu shujin ada belikan hand mixer. Walau pun tak dapat mixer idaman kalbu yang begini. Hand mixer pun jadi lah. Biasanya aku kepuk telur ngan tangan je. Bukan ngan tangan, tangan tu. Dengan pemukul telur yang takde kuasa elektrik. Hehehe.. Bila buat kek tu menjadilah macam ni

sebelum pakai mixer

tapi tak cukup gebu. Asyik kena perli je ngan shujin. Membazir la. Buat kek bantat la. Hish..geram aku. Lepas dia belikan tu aku pun buat kek sipon kesukaan aku. Tapi kurang menjadi sebab masa kaup balik tu aku tak buat betul betul. Ada yang tak rata tepung ngan meringue tu. So bantat jugak separuh.

Kali ni aku buat vanilla sponge cake. Menjadi kau. Naik gebu kemain. Rasa macam kek beli kat kedai. Geram je aku nak potong dua bahagian letak filling pulak kat tengah. Konon nak buat macam secret recipe. Wakaka. Shujin kata yang tu kena guna pisau dia. Sudahnya potong makan macam tu je. Damia makan polok-polok. Sampai tercekik.

Aqil pulak. Despite of dia yang sebenarnya request lebih-lebih kek tu, makan sikit je. Tak pe lah. Yang penting kek tu habis. Suka ibu. Hihihi. Lepas ni ibu buat kek sipon idaman kalbu pulak.

Oh gambar kek yang menjadi bak span gebuss tu aku tak ambik pon gambarnya. Tak sempat nak interprem dah kena balun. Sori okeh. Lain kali kot. Huhu.

Resepinya pun tak susah. Tapi pakai telur banyak. Hoho.. Gemokss..

Tapi lain kali la tepek resepi. Tak sempat da nih. Nak pegi training. Haihsss..

Nota kaki : Aku suka kek coklat. Tapi shujin dah jemu ngan coklat. So pasrah je buat kek vanilla kegemaran dia. ceitt..

Daa

12 ulasan:

  1. ehhhhh pasnie mesti rajin tepek gambo cake eks...dah bli mixer baru kan??

    BalasPadam
  2. @yantz-yeem, membuatnya tu rajin la jugak yan..tapi nak mengupload gambonya tu yg bercinta.. hehehe...

    BalasPadam
  3. glugg...
    nmpk semua benda sedap kalo bln2 posa ni.hehe

    BalasPadam
  4. @isabelle, agaknya kalau aku tepek gambo tongkol kayu pun org nampak sedap gamaknya kan belle.. hehehe..

    BalasPadam
  5. yummy! nak cuba...nanti tepek resipi k...tunggu ni hehe..

    BalasPadam
  6. aduh!...bergegar perut saya nampak kuih nie...huhuhuhu

    BalasPadam
  7. rajin betul rai buat kek..tini malas nk buat kek sbb malas basuh dan kemas apa yg dah diguna. kekeek...

    BalasPadam
  8. @Nini Hartini,
    haa..yang tu saya pun malas.. hihihi..tapi sebab suka bab2 makan ni terpaksa merajinkan diri..hehehe..

    BalasPadam
  9. @Norhisham Nordin dah letak dah..jgn lupa hantar sepotong dua.. hehehe

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^