Selasa

Salam Ramadhan

Assalamualaikum

Aku baru balik dari kampung (Johor) semalam. Dengan membawa pulang sekotak durian, pisang, rambutan dan epal. erkk.. Hehehe. Biasa lah buah tangan dari orang tua aku. Macam macam nak disumbatnya. Nasib baik kelapa sawit pun tak disuruh bawak balik. Aku cuma sempat bersahur je kat kampung.

Kalau nak bertolak lepas berbuka takut lewat sangat. Goshujin sama aku tak berapa nak boleh drive malam. Silau cahaya. Dari membahayakan, baik aku bertolak siang. So semalam masa bersahur aku sempat buatkan breakfast shake untuk mak dengan ayah. Respons dari mak sangat memberangsangkan. Tak letih, tak mengantuk, perut pun tahan dari rasa lapar sangat. Walau pun dia bangun prepare makanan untuk sahur dari pukul 3 pagi. Sayangnya mak tak berapa nak sempat prepare breakfast shake tu sendiri. So aku cuma bekalkan multivitamin supaya mak dapat maintain bertenaga sepanjang hari.

Kesannya maybe tak sama macam breakfast shake tu tapi insya allah boleh keep mak bertenaga. Ayah pulak agak membimbangkan. Sejak dapat tahu dia ada kencing manis, ayah macam banyak termenung. Aku kalau boleh nak jaga sendiri ayah. Bukanlah aku ni pandai sangat bab-bab penjagaan kesihatan ni. Tapi aku dah belajar dan aku nak apply apa yang aku belajar tu.

Menurut adik aku yang tengah ambik course pharmacist, ubat kencing manis yang ayah ambik sangat banyak kesan sampingannya. Bertambahlah aku tak suka bila ayah mengadu mulut dengan tangannya kebas berhari-hari bila ambik ubat tu. Yang menambah rasa tak berkenan aku tu, ayah ambik macam-macam jenis herba tradisional untuk penyakit kencing manis. Biasa lah orang tua.

Antara faktor utama kenapa aku kena cepat-cepat capai impian "masa dan wang" aku. Supaya aku ada banyak masa untuk jenguk-jenguk orang tua. Tak kira masa. Tak kira tengah bulan ke hujung bulan. Dah gaji ke belum gaji.

Sekarang ni banyak sangat kekangannya.

Salam ramadhan buat semua kawan-kawan yang sudi singgah di blog tak seberapa ini. Hehehe..

Nota kaki : Bila kita dah tentukan matlamat 24 jam akan terasa lebih singkat, penat pun masih lagi nak terus berjuang. Yang penting jangan putus asa.

8 comments:

misya berkata... [Reply]

bimbang kan bila orang tua kita sakit

Mrs. Norrie berkata... [Reply]

salam ramadhan jugak....

Biasalah org tua, klu boleh hanya nak berubat secara kg dan mkn herba2 jer!!!

Unknown berkata... [Reply]

misya,
tu la..susah ati betul..lagi2 bila berjauhan ni..

Unknown berkata... [Reply]

Ms Norrie,
betul tu..saya pun tak gemar ubat doktor sbb byk side affect..tapi saya lagi tak suka herba2 bukan bukan ni sebab takde clinical study yg meyakinkan..tu pun ramai org beli.

KuNanGKuNanG berkata... [Reply]

kadang2 kite nak amik ubat pun takut.byk sgt kesan sampingannye..br ni adik sy amik ubt lg 2 hari dah tamat tempoh..haru2...

Unknown berkata... [Reply]

huhu..bahaya tu makan ubat nak abis tarikh kunangkunang..

Hanis MY berkata... [Reply]

mmg risau kalau mak ayah tak sihat, kena hati2 la dalam pilih ubat ni...

p/s:ha ah betul2, ni pun dah terfikir sure akan rindu nihon bila abis study nanti...

Unknown berkata... [Reply]

hanis,
betul.asyik susah hati je..tak makan ubat takut jadi lagi teruk.. tapi makan ubat pun bukan makin baik..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com