Jumaat

Raya di mana? - Salam perantau

Assalamualaikum

Dah nak dekat musim raya ni banyak la persiapan nak beraya kan. Yang bujang dengan gaya orang bujang. Yang dah kawin beranak pinak dengan gaya masing-masing. Kalau zaman dulu selalu dengar laki bini bergaduh bila dah nak musim raya. Gaduh nak balik kampung siapa. Sekarang jarang dah dengar. Sama ada masing-masing dah makin pandai bertolak ansur atau pun perang dingin je. Hehehe..

Aku buat sistem gilir-gilir. Raya puasa tahun ni kat kampung aku. Raya haji nanti kat kampung shujin. Sebab kampung kitorang sorang di selatan, sorang lagi di pantai timur. So memang kena bergilir-gilir. Kalau nak lari 2 tempat tu memang tak larat. Perjalanan dari Selatan ke Pantai Timur makan masa hampir 12 jam ikut jalan pantai. Aku memang dah sahih takde lesen. So tobat la shujin nak bagi aku drive melainkan waktu emergency.

Excited la aku balik raya rumah mak tahun ni. Siap ada baju tema bagai kan. Shujin tak puas ati sebab nanti raya haji aku tak cuti banyak. Raya kat kampung dia sekejap je. Hehehe..Tapi kesian gak dengan mak mertua aku. Raya tahun ni anak-anak (ipar duai aku) mungkin tak ada yang balik. Adik beradik shujin empat orang. Aku sefamily beraya kat Johor. Adik ipar aku yang belum kawin lagi tu outstation ke Penang masa raya. Akak ipar aku yang kerja nurse tu mungkin raya KL je. Tak cuti kot. Akak ipar sulung aku je yang masih lagi misteri.

Nasib baik adik beradik mak mertua aku tinggal dekat-dekat. So mungkin takde la dia sunyi sangat anak-anak tak balik.

Mak aku pulak tahun ni turn semua anak-anak dia balik. Cuma akak aku yang no tiga tu beraya ngan mak mertua dia sebab bapa mertua dia baru je meninggal aritu. So kira ni raya pertama mak mertua akak aku beraya tanpa suami. So mak aku kesian la kat dia. Tu dia suruh akak aku balik kampung mertua dia je. Temankan supaya makcik tu tak sayu hati sangat.

Raya tahun ni aku cuti seminggu. Ambik cuti 2 hari je. Cuti pun dah tak banyak. Tapi raya ni aku nak jalan sakan. Ingat nak pegi rumah cikgu yang ajar aku subject bahasa melayu. Aku tak sangka pulak dia ingat lagi kat aku. Dia ingat aku sebagai budak yang buat karangan terbaik. Dia still lagi simpan kertas karangan aku tu. Siap bini dia pegi tunjuk karangan aku kat student bini dia kat sekolah lain tu. Bangga gila aku.

Alamak, nak kena buat schedule nak beraya mana la ni kan. Untung la anak-anak. Boleh kolek duit raya. Hehehe..

Korang beraya mana? Kalau yang beraya naik kenderaan awam tu jangan lupa book awal-awal. Nanti kehabisan pulak.

Nota kaki : Raya haji nak balik beraya naik keretapi. Cam bes je kan..

Daa

29 comments:

Unknown berkata... [Reply]

selamat pulang ke kampung dan bercuti,,mcm gambar bangladesh je hihii

Unknown berkata... [Reply]

hahaha..memang mat bangla pon.. dapat kat email..hehehe..tq bro ahmad..

misya berkata... [Reply]

selamat berhari raya di kg nanti

mummY daniSha berkata... [Reply]

cikgu bm?cikgu saktikah hehe...selamat hr ulang taun pioneer zai.....kite kene ade anak ramai2 kan..supaye nanti dah tue,xla sunyi hehee...

Unknown berkata... [Reply]

selamat hari raya jugak misya..

Unknown berkata... [Reply]

mas,
a'ah..cikgu alim lah..sapa lagi.. aritu aku add dia kat fb..aku saje tegur2 dia tanya kenal aku lagi ke tidak..dia kata op kos..dia ingat lagi sbb kertas karangan aku tu dia simpan lagi sampai sekarang.. hoho..bangga aku weh!!

org sekarang tanak anak ramai sbb pk kos sara hidup mas..huhu..

Hanis MY berkata... [Reply]

alahai comel sungguh salam perantau hik2... teringat balik raya dengan keretapi bas tambahan etc masa zaman blaja kat utm dulu..

p/s: tak perasan kut hanis ada tulis trip geneva tu dah lama penghujung april baru ada masa nak cerita...

Nini Hartini berkata... [Reply]

johor kat mana rai?... jom2 jumpe.tini balik paarit yaani, batu pahat.

tp tahun depan mak rai pulak kesian. kakak rai sorg beraya ngn mak. gitu lah kan?

Unknown berkata... [Reply]

diorg nak beraya jugak..hehehe..

Unknown berkata... [Reply]

ye ke tini..sekampung dengan bunga eh? dia jemput datang rumah (sebenarnya saya yg gatal nak terjah..haha) insya allah nanti raya pegi rumah dia..boleh la beraya ngan tini sekali nanti..

rumah mak saya kat kulai..felda inas. tp ayah org rengit. kar merlung..

Unknown berkata... [Reply]

aku beraya kat n9..tiap tahun sama cuma beza rumah saper jer..tahun ni turn umah aku..tu untung kawen org sama negeri..boleh rempit dua2 rumah...hheehhe..jgn jeles r...

Unknown berkata... [Reply]

untung la ko kawin ngan org senegeri..dulu cita2 aku pun nak kawin ngan org senegeri..tapi jodoh ngan org jauh pulak..huhu.. redha lah..anak pun comel2..hahaha..

isabelle berkata... [Reply]

balik kg mrhubby kali ni, endau.
tapi ktorg mmg x plan balik lama pun.

liemaopurut a.k.a ana berkata... [Reply]

yes....yes...untungnya diriku 'ter'kahwin dengan orang senegeri ni.Kalau balik kampung mesti kene balik dua2 umah. Walau sekejap pun x ape la. Janji dua2 kite jenguk.

anumuchan berkata... [Reply]

bestnya siap ada tema tu..kami dkt sini xde prepare ape2 pun..huhuu

msredcheesecake berkata... [Reply]

kampung msred shah alam...kampung hubby shah alam...skang duduk shah alam...tak merasa nak balik kpg....hheee

Kancil 8349 berkata... [Reply]

Kancil balik kampung ke Semporna...menggunakan kereta sendiri...hehehe...Selamat pulang

missina berkata... [Reply]

singgh sini,,kdg2 penat gk jd perantau ni kan,,jauh sgt,,tp rasa excited la bila musim perayaan,,br best perasaan blk kg tu kan,,plak tu smbl dgr lagu sudirman blk kg tu,,,hehe

mummY daniSha berkata... [Reply]

wahhhhh!!!!sayang betul die ngan karangan ko hahhaaaaa.....mesti bes kan?sure die tunjuk kat anak2 murid die hahaaa...glemer la ko hehee...aku carik cikgu kesayangan aku..cikgu zarina...tp x jumpela huhu

Nini Hartini berkata... [Reply]

ye lah rai, kami sekampung. kak bunga sekampung dgn suami tini. tp rai dtg rumah kak bunga raya ke berapa?... sbb tini mcm x lama je kt BP. raya ke3 hubby start keje. aduii..

syuxer berkata... [Reply]

hahahh bangang gambar bangladesh tuh..geli tengok heheh..

syuk beraya kat rumah di kelantan je heheh..

Unknown berkata... [Reply]

@isabelle

tak pernah sampai lagi endau..setakat lalu je..

Unknown berkata... [Reply]

@liemaopurut

tu la..untung la sapa kawen org senegri..tapi nak buat mcm mana kan. dah jodoh..huhu

Unknown berkata... [Reply]

@アヌム ちめE�E��E�

kat nihon maybe sambutan nak meriah pun kalau siapa yg dekat ngan embassy..diorg buat kambing golek bagai kan..hehe..

Unknown berkata... [Reply]

@msredcheesecake

hehe..tapi untung gak..shah alam sure sunyi time raya nanti..silap2 boleh baring atas jalan..hehehe..

Unknown berkata... [Reply]

@Kancil 8349

kalau drive sensorg mesti boring kan..

Unknown berkata... [Reply]

@Mas

mau tak sayang mas..tak pernah cikgu alim bagi A utk karangan aku.. hahaha.. hari ini dalam sejarah :P

Unknown berkata... [Reply]

@Nini Hartini

raya kedua saya beraya kat bp..insya allah kalau sempat saya singgah terus..sekali jalan je..

Unknown berkata... [Reply]

@Syuxer

geli gila..siap pakai mcm bikini gitu..hahaha..

kelantan kat mana syuk? mak mertua akak kat gunung..jalan nak pegi ke pantai irama..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com