Jumaat

Raya di mana? - Salam perantau

Assalamualaikum

Dah nak dekat musim raya ni banyak la persiapan nak beraya kan. Yang bujang dengan gaya orang bujang. Yang dah kawin beranak pinak dengan gaya masing-masing. Kalau zaman dulu selalu dengar laki bini bergaduh bila dah nak musim raya. Gaduh nak balik kampung siapa. Sekarang jarang dah dengar. Sama ada masing-masing dah makin pandai bertolak ansur atau pun perang dingin je. Hehehe..

Aku buat sistem gilir-gilir. Raya puasa tahun ni kat kampung aku. Raya haji nanti kat kampung shujin. Sebab kampung kitorang sorang di selatan, sorang lagi di pantai timur. So memang kena bergilir-gilir. Kalau nak lari 2 tempat tu memang tak larat. Perjalanan dari Selatan ke Pantai Timur makan masa hampir 12 jam ikut jalan pantai. Aku memang dah sahih takde lesen. So tobat la shujin nak bagi aku drive melainkan waktu emergency.

Excited la aku balik raya rumah mak tahun ni. Siap ada baju tema bagai kan. Shujin tak puas ati sebab nanti raya haji aku tak cuti banyak. Raya kat kampung dia sekejap je. Hehehe..Tapi kesian gak dengan mak mertua aku. Raya tahun ni anak-anak (ipar duai aku) mungkin tak ada yang balik. Adik beradik shujin empat orang. Aku sefamily beraya kat Johor. Adik ipar aku yang belum kawin lagi tu outstation ke Penang masa raya. Akak ipar aku yang kerja nurse tu mungkin raya KL je. Tak cuti kot. Akak ipar sulung aku je yang masih lagi misteri.

Nasib baik adik beradik mak mertua aku tinggal dekat-dekat. So mungkin takde la dia sunyi sangat anak-anak tak balik.

Mak aku pulak tahun ni turn semua anak-anak dia balik. Cuma akak aku yang no tiga tu beraya ngan mak mertua dia sebab bapa mertua dia baru je meninggal aritu. So kira ni raya pertama mak mertua akak aku beraya tanpa suami. So mak aku kesian la kat dia. Tu dia suruh akak aku balik kampung mertua dia je. Temankan supaya makcik tu tak sayu hati sangat.

Raya tahun ni aku cuti seminggu. Ambik cuti 2 hari je. Cuti pun dah tak banyak. Tapi raya ni aku nak jalan sakan. Ingat nak pegi rumah cikgu yang ajar aku subject bahasa melayu. Aku tak sangka pulak dia ingat lagi kat aku. Dia ingat aku sebagai budak yang buat karangan terbaik. Dia still lagi simpan kertas karangan aku tu. Siap bini dia pegi tunjuk karangan aku kat student bini dia kat sekolah lain tu. Bangga gila aku.

Alamak, nak kena buat schedule nak beraya mana la ni kan. Untung la anak-anak. Boleh kolek duit raya. Hehehe..

Korang beraya mana? Kalau yang beraya naik kenderaan awam tu jangan lupa book awal-awal. Nanti kehabisan pulak.

Nota kaki : Raya haji nak balik beraya naik keretapi. Cam bes je kan..

Daa

29 ulasan:

  1. selamat pulang ke kampung dan bercuti,,mcm gambar bangladesh je hihii

    BalasPadam
  2. hahaha..memang mat bangla pon.. dapat kat email..hehehe..tq bro ahmad..

    BalasPadam
  3. selamat berhari raya di kg nanti

    BalasPadam
  4. cikgu bm?cikgu saktikah hehe...selamat hr ulang taun pioneer zai.....kite kene ade anak ramai2 kan..supaye nanti dah tue,xla sunyi hehee...

    BalasPadam
  5. selamat hari raya jugak misya..

    BalasPadam
  6. mas,
    a'ah..cikgu alim lah..sapa lagi.. aritu aku add dia kat fb..aku saje tegur2 dia tanya kenal aku lagi ke tidak..dia kata op kos..dia ingat lagi sbb kertas karangan aku tu dia simpan lagi sampai sekarang.. hoho..bangga aku weh!!

    org sekarang tanak anak ramai sbb pk kos sara hidup mas..huhu..

    BalasPadam
  7. alahai comel sungguh salam perantau hik2... teringat balik raya dengan keretapi bas tambahan etc masa zaman blaja kat utm dulu..

    p/s: tak perasan kut hanis ada tulis trip geneva tu dah lama penghujung april baru ada masa nak cerita...

    BalasPadam
  8. johor kat mana rai?... jom2 jumpe.tini balik paarit yaani, batu pahat.

    tp tahun depan mak rai pulak kesian. kakak rai sorg beraya ngn mak. gitu lah kan?

    BalasPadam
  9. diorg nak beraya jugak..hehehe..

    BalasPadam
  10. ye ke tini..sekampung dengan bunga eh? dia jemput datang rumah (sebenarnya saya yg gatal nak terjah..haha) insya allah nanti raya pegi rumah dia..boleh la beraya ngan tini sekali nanti..

    rumah mak saya kat kulai..felda inas. tp ayah org rengit. kar merlung..

    BalasPadam
  11. aku beraya kat n9..tiap tahun sama cuma beza rumah saper jer..tahun ni turn umah aku..tu untung kawen org sama negeri..boleh rempit dua2 rumah...hheehhe..jgn jeles r...

    BalasPadam
  12. untung la ko kawin ngan org senegeri..dulu cita2 aku pun nak kawin ngan org senegeri..tapi jodoh ngan org jauh pulak..huhu.. redha lah..anak pun comel2..hahaha..

    BalasPadam
  13. balik kg mrhubby kali ni, endau.
    tapi ktorg mmg x plan balik lama pun.

    BalasPadam
  14. yes....yes...untungnya diriku 'ter'kahwin dengan orang senegeri ni.Kalau balik kampung mesti kene balik dua2 umah. Walau sekejap pun x ape la. Janji dua2 kite jenguk.

    BalasPadam
  15. bestnya siap ada tema tu..kami dkt sini xde prepare ape2 pun..huhuu

    BalasPadam
  16. kampung msred shah alam...kampung hubby shah alam...skang duduk shah alam...tak merasa nak balik kpg....hheee

    BalasPadam
  17. Kancil balik kampung ke Semporna...menggunakan kereta sendiri...hehehe...Selamat pulang

    BalasPadam
  18. singgh sini,,kdg2 penat gk jd perantau ni kan,,jauh sgt,,tp rasa excited la bila musim perayaan,,br best perasaan blk kg tu kan,,plak tu smbl dgr lagu sudirman blk kg tu,,,hehe

    BalasPadam
  19. wahhhhh!!!!sayang betul die ngan karangan ko hahhaaaaa.....mesti bes kan?sure die tunjuk kat anak2 murid die hahaaa...glemer la ko hehee...aku carik cikgu kesayangan aku..cikgu zarina...tp x jumpela huhu

    BalasPadam
  20. ye lah rai, kami sekampung. kak bunga sekampung dgn suami tini. tp rai dtg rumah kak bunga raya ke berapa?... sbb tini mcm x lama je kt BP. raya ke3 hubby start keje. aduii..

    BalasPadam
  21. hahahh bangang gambar bangladesh tuh..geli tengok heheh..

    syuk beraya kat rumah di kelantan je heheh..

    BalasPadam
  22. @isabelle

    tak pernah sampai lagi endau..setakat lalu je..

    BalasPadam
  23. @liemaopurut

    tu la..untung la sapa kawen org senegri..tapi nak buat mcm mana kan. dah jodoh..huhu

    BalasPadam
  24. @アヌム ちめE�E��E�

    kat nihon maybe sambutan nak meriah pun kalau siapa yg dekat ngan embassy..diorg buat kambing golek bagai kan..hehe..

    BalasPadam
  25. @msredcheesecake

    hehe..tapi untung gak..shah alam sure sunyi time raya nanti..silap2 boleh baring atas jalan..hehehe..

    BalasPadam
  26. @Kancil 8349

    kalau drive sensorg mesti boring kan..

    BalasPadam
  27. @Mas

    mau tak sayang mas..tak pernah cikgu alim bagi A utk karangan aku.. hahaha.. hari ini dalam sejarah :P

    BalasPadam
  28. @Nini Hartini

    raya kedua saya beraya kat bp..insya allah kalau sempat saya singgah terus..sekali jalan je..

    BalasPadam
  29. @Syuxer

    geli gila..siap pakai mcm bikini gitu..hahaha..

    kelantan kat mana syuk? mak mertua akak kat gunung..jalan nak pegi ke pantai irama..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^