Selasa

Resepi No bake mango cheesecake - Siang siang buta bulan pose buat entry makanan

Sebahagian kecil yang dapat diselamatkan dari di NGAP

Assalamualaikum

Sebenarnya dah lama pun aku buat cheesecake ni. Tak bakar dalam oven pun. Cuma campak-campak dan peram dalam peti sejuk. Senang pantas dan sedap. Aku dah buat dua kali. First time aku guna whipping cream macam yang resepi asal tu tulis. Kali kedua tu aku ganti whipped cream dengan susu pekat manis F&N. Ikut resepi yang lain. Kata suami yang kedua tu lebih sedap, tapi cepat muak. Aku rasa aku bedal ok je dua-dua pun. Tapi aku prefer yang guna susu pekat manis kot. Murah pun murah. Sekotak whipping dah berapa hengget. Ganti ngan susu pekat manis tu tak sampai lima hengget setim. So ok la kan. Hasilnya pun mantop. Huhu..

Bila la nak datang balik aura rajin nak mengekek bagai. Adehh..

[Update resepi] - Tak ingat ambik dari mana
No bake Mango Cheesecake
Bahan-bahan
250 gm cream cheese
200gm condense milk (atau pun whipping cream)
1 1/2 sudu gelatin - campur dalam 4 sudu air. Panaskan dengan kaedah double boiler. (Kalau malas tambah je air panas yg baru masak.tapi ambik masa sikit)
1 sudu besar parutan lemon
1 sudu besar lemon juice
3 sudu besar mango puree (nak lebih pun boleh)
setengah biji mango yang di potong dadu
1 cawan biskut hancur (biskut meri atau biskut tiger) *
1/2 cawan mentega cair *

Cara-cara
Campurkan bahan bertanda * dan tekan dalam loyang padat-padat. Sejukkan dalam peti sejuk.
Pukul cream cheese sampai gebu. Masukkan susu, gelatin, mango puree, parutan lemon dan lemon juice. Pukul sebati. Tambahkan mango yang dipotong dadu. Kacau rata.
Tuang atas base yang dah disejukkan.

Biar dalam peti sejuk at least 3 jam sebelum tambah topping tabur serbuk agar-agar dalam mango puree sikit bagi jadi nampak cam jelly. Kalau tak puree tu cair sangat. Kalau leceh nak buh topping boleh terus ngap!

Nota kaki : Lunch hour, dan aku tak mengantuk walau pun tidur 4 jam je malam tadi. Haih.. Bukan boleh makan pun.

9 comments:

anumuchan berkata... [Reply]

aa rajin akak buat cake :) nak gak buat tp tgh cari mood nak buat je..huhuu

misya berkata... [Reply]

nak resepi

Unknown berkata... [Reply]

anum chan,
hehehe.kononnya sesekali teringin nak makan kek dari air tangan sendiri.. tapi dengan kek jual kat pasar malam pun kalah teruk..hehehe.

Unknown berkata... [Reply]

misya,
nanti saya pos entry resepinya okeh.

BeloG MTT berkata... [Reply]

Rajinnya buat kek.. :)

Hanis MY berkata... [Reply]

weee i like cake! mango tu cemana, letak jem ke or fresh fruits...

Unknown berkata... [Reply]

MTT,
tekak gatal nak makan..istri mithali la kononnya.. wakaka..

Unknown berkata... [Reply]

hanis,
mango tu guna fresh fruit. sebahagian dia blender, sebahagian di potong dadu..

Unknown berkata... [Reply]

sedapnya..tergugat iman bila lihat makanan...:)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com