Isnin

It's Not What You Say, It's How You Say It - Mengenali orang yang kurang matang

Assalamualaikum

Selalu dengar quote "It's Not What You Say, It's How You Say It" ? Dalam bahasa melayunya. Ia bukan apa yang kita cakap. tapi macam mana kita cakap. Walau pun pada sesetengah orang benda ni nampak remeh tapi bagi aku ia boleh menunjukkan sama ada seseorang tu matang atau tidak. Seseorang tu layak menjadi seorang leader atau tidak.

Aku selalu berhadapan dengan orang yang tua dari segi kiraan umurnya tapi tak matang dalam memilih perkataan dan ayat. Kebetulan sekarang ni aku tengah nak cari orang yang nak mencuba produk penggalak tanaman (tested oleh kawan aku kat pokok kelapa sawit, padi dan getah). So aku pun asking around kalau-kalau aku boleh tunjuk produk tu pada orang yang mengusahakan mana-mana tanaman yang kawan aku dah cuba tu. Bukan aku nak suruh beli lagi pun. Aku just nak kan peluang untuk tunjuk dan cerita je.

Dialog aku dan insan A (Dalam lif)
Aku : Boleh tak kalau nak tunjuk kat orang tua
Insan A : Orang tua I orang kampung je
Aku : Cuma nak datang tunjuk je
Insan A : Taknak la. Tak suka la benda-benda macam ni.
terus lari dari aku duk kat depan pintu lif

Dialog aku dan insan B
Aku : Boleh tak kalau nak tunjuk kat orang tua
Insan B : Ni MLM ke? Orang tua I upah orang lain buat. Diorang tunggu hasil je
Aku : Tak pe la. Boleh diorg tambah hasil.
Insan B : Takpe lah. Diorang tak minat kot.

Mungkin bagi orang lain ayat ayat penolakan ni adalah ayat biasa nak lari dari penjual. Tapi sedar tak sedar menunjukkan betapa tak matangnya insan ni. At least bagi diri aku la kan.

Insan A
(1) Statement orang tua orang kampung - Statement takde kena mengena
(2) Melarikan diri dalam satu-satu situasi adalah trick budak-budak. Aku pun dah tak guna dah trick ni. Seingat aku Aqil dengan Damia pun jarang guna trick ni. Most of the time, bila aku bagi time out kat anak-anak diorang akan duduk kat mana aku letak diorang. Walau pun sambil menangis atau menjerit. Bila aku panggil baru dia gerak.

Insan B
(1) Statement ni MLM ke? - Apa kena mengena jual booster untuk tanaman dengan MLM? Kalau aku jual barang yang baik, penting ke benda tu MLM ke tidak. Untuk nota : Penggalak yang aku jual ada jaminan pulangan wang 100%. Kalau guna separuh, rasa tak puas ati boleh pulang dengan dapat duit penuh
(2) Buat keputusan untuk orang lain - Aku tau ramai suka guna trick ni. Macam mana kita boleh tau ayah kita tak minat kalau kita sendiri tak tau adakah benda tu mendatangkan kebaikan atau tak untuk mereka.

Kedua-dua insan A dan B langsung tak tau dan tak tanya lebih lanjut pasal produk aku. Kedua-dua tak berminat nak ambik tau. Mereka cuma tak nak beli produk aku.

Kenapa aku nak hebah-hebahkan benda ni kalau aku tak kisah diorang tak beli barang aku. Ok macam ni. Aku tak kisah diorang taknak beli. Yelah. Atas muka bumi Malaysia ni aku bukan kena dua orang ni je. Aku memang percaya pada produk aku sendiri, so aku tak ada masalah nak jual pada pekebun kecil. Shujin dah riki riki dengan pemilik ladang dan Sime Darby plantation. Insya allah kalau ada rezeki dapat aku jadi pembekal booster untuk diorang.

Sayang sekali sebab orang tua mereka mungkin takkan pernah tau produk ni boleh tambah hasil tanaman dan pendapatan mereka sekali ganda. Dia mungkin takkan pernah tau yang produk entahkan MLM entahkan tidak aku ni mesra alam. Yang paling menyedihkan, sikap mereka hanya akan menutup peluang mereka untuk berjaya di masa depan.

Aku sendiri ada banyak kali yang aku tak nak beli barang yang orang nak jual pada aku. Tapi aku bagi mereka peluang untuk terangkan pada aku. Nak say No memang tak susah. tapi macam mana gaya kita cakap tidak tu akan memperlihatkan sikap kita. Bukan ke kita ada dua telinga dan satu mulut supaya kita lebih banyak mendengar dari bercakap.

Dalam aku berniaga, aku jumpa ramai kawan dan kenal siapa kawan yang sebenar. Seribu kali orang nak tolak aku, aku tak kisah. Aku tau apa yang aku nak. So takde siapa yang boleh lemahkan semangat aku. Ehem..

Nota kaki : Aku meniaga bukan sebab aku tak cukup makan.

Daa

7 comments:

abah khalisha berkata... [Reply]

dgr perkataan MLM..seram..hehehe

abah khalisha berkata... [Reply]

dgr perkataan MLM..seram..hehehe

Unknown berkata... [Reply]

hehehehe..apa yg seram..?

Tanpa Nama berkata... [Reply]

A. Awak decide yg diorg kena dengar apa yg awak kata.. Awak decide utk diorg.. Awak pon sama cam diorg.
B. Kalau diorg decide yg maka bapak diorg kena dengar, it means diorg decide utk mak bapak diorg.. Awak ok kalau diorg decide utk mak bapak diorg dengar apa yg awak nak cakap, tapi awak tak ok kalau diorg decide utk tak kasik peluang mak bpk diorg dengar apa awak nak kata? Ni double standard..
C. Diorg tanak buang masa awak. Dan diorg tanak buang masa diorg. That the bottom line... Apa masalah awak?
D. Apa kena mengena MLM dengan dgn barang baik?barang terbaekkkkk cemana pon, kalau jual kt urg yg xsuka mlm, kompom dia tak beli dik oiiiiii...
E. Beniaga bukan sbb xcukup duit? Alooo kalau jmpa sploh org cenggini awok nk tulis dlm blog awok ke? Awok ni kecewa sbb awok rasa diorg ni kawan tp xnak spot awok kan?... Pls la wei..

Nini Hartini berkata... [Reply]

owhh pasal ni ke??..hehehe..

rai, mcm best je dgr produk Rai tu..tini pn InshaAllah dlm usaha nk beli kebun kelapa sawit. kalau semua lancar, berjaya dpt kn kebun tu...boleh lah dgr penerangan dr rai ttg produk tu. ~

Unknown berkata... [Reply]

hehe..wahh..bagus beli kebun sawit tu tini..harga sawit pun agak mahal skang ni..ayah saya pun walau pun dah ada kebun sawit felda beli kebun lain lagi..insya allah.. kalau diberi kesempatan saya terangkan tunjuk kat tini nanti..

Nini Hartini berkata... [Reply]

tu pun kalau berjaya beli. sbb tanah org dah meninggal. byk prosuder nk buat sbb nk dpt izin waris2 yg 9 org. dok jauh2 pulak tu. huhu... Doa2kan lah dipermudahkan.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com