Isnin

Semoga Allah meredhai perceraian kami

Assalamualaikum

Hujung minggu ni agak haru biru bagi aku walau pun aku cuma duduk rumah takde buat apa. Mengemas pun goshujin sama yang menolong. Lebihnya aku duk tergelak-gelak bila buka cerita bohong kat berita di TV3 atau mana-mana siaran TV pasal BERSIH. Menyampah pun ada. Tengok-tengok kat wall pun masing-masing mengutuk BERSIH. Kesian pun ada. Nasib la labu..

Ni dah masuk hari ketiga aku stop susu pada Aqil. Walau pun dua malam lepas dia masih terbabas minum susu masa tidur aku tak sedar bila masa aku sua susu kat dia okeh!Malam tadi kami berjaya. Aqil masih lagi rindu-rinduan pada mamamnya. Memandangkan dia memang dah lama tak minum susu botol, aku agak kesian jugak sebenarnya. Tapi kitorang bagi dia susu dalam cawan. Tengah malam bangun mintak air. Lebih kesian lagi dek kerana suasana yang sangat berjerebu pagi hari ahad. Aqil dan Damia sakit tekak dan seterusnya dijangkiti selesema. Aku dah nak marah dah pada yang lempar bom asap hari sebelum tu..tapi bila pikir2 balik lokasi rumah aku memang jauh gila..tak jadi pulak.. Macam tak logik pun ada..haha..

Badan pun panas pagi tadi. Harap-harap kondisinya makin ok. Risaunya. Bila agaknya aku boleh sentiasa dekat dengan diorang.

Daa

2 comments:

~iz~ berkata... [Reply]

sini pn jerebu pagi tadi...dn tengahhari dh beransur ok...

Unknown berkata... [Reply]

kalau hujan kan bes kan..confirm takde jerebu2 ni..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com