Rabu

Kegemaran anak-anak

Assalamualaikum


Minggu ni aku memang betul-betul takde mood nak bekerja. Asyik hilang tumpuan je pada kerja. Dah la aku jenis tak boleh kalau buat kerja tak ikhlas ni. Kalau aku stress. Aku tak ikhlas buat kerja mula la datang sakit kepala. Bahu semua sakit. Padan ngan muka aku. Siapa suh buat kerja tak ikhlas kan. Tapi yang peliknya bila aku sampai rumah je terus ok. Sakit bahu ilang. Sakit kepala pun takde. Huhu..


Walau pun balik rumah aku still takde duduk diam. Nak memasak. Melayan Aqil dengan Damia yang asyik nak suruh bukak anime kegemaran diorang. Walau pun aku stress jugak sebab asyik ulang tayang anime yang sama je. Boring gila. Nasib baik rumah aku takde pasang Astro. Kalau tak harus aku berebut remote Astro dengan anak-anak.


Antara anime kegilaan Aqil sekarang ni adalah chikyuu bouei kazoku (keluarga penyelamat bumi). Kisah pasal ahli keluarga yang takde kesefahaman diberikan tugas untuk menyelamatkan bumi. Antara perkataan yang dia pick dari cerita tu adalah seperti "yappa~!" dan juga "asonde". Yappa tu aku tak sure maksudnya apa. Tapi rasanya takde maksud yang spesifik sangat kot. Asonde tu maksudnya main. Secara literature nya bermaksud "jom main".

Tiap kali bukak cerita ni, Aqil mesti tengok dengan muka penuh emosi. Bila sampai part sedih ke part gaduh-gaduh bulat je mulut. Siap kerut-kerut dahi. Bila sampai part gembira, senyum simpul je.

地球防衛家族

Selain dari tu, Aqil suka jugak azumanga daioh. Cerita budak-budak sekolah menengah yang sengal-sengal. Salah sorangnya adalah seorang budak umur 10 tahun yang genius. Sangat comel. Kalau seharian duk ulang tayang cerita ni pun dia tak kisah. Aku dah naik hafal dah episod dalam anime ni. Haih.. 

あずまんが大王
 
Sekarang ni dia dah pandai nak operate DVD player tu sikit-sikit. So kadang-kadang kalau aku malas nak pasangkan, aku bagi arahan je. Dia buat sendiri. Cuma kadang-kadang tu, waktu dia betul-betul tengok tu memang dia tengok la. Tapi yang paling tak bestnya bila dia suruh bukak lepas tu dia tak tengok pun. Duk sibuk buat benda lain. Tapi bila aku nak tukar cd ke nak tengok tv ke dia tak bagi. Tensi je aku.


Damia pulak. Lepas jatuh aritu nampak gayanya semakin mengganas. Semalam dia naik belakang tv. Panjat macam naik motor. Lepas tu lekat. Turunkan lepas tu naik balik. Haih..Merisaukan sungguh anak dara aku sorang ni.

Daa

8 comments:

Irfa berkata... [Reply]

RAI.
mmgla budak2 ni.diorang akan ulang tayang sampai jemu..baru alih citer lain :-)

Unknown berkata... [Reply]

mak bapak dia yg bosan jadinya irfa..

syuxer berkata... [Reply]

anak2 akak neh khusyuk sngat tengok kartun heheh..mujur akak tabah layan karenah dorang heheh..:)..

Cik Ina Do Do Cheng berkata... [Reply]

terima kasih follow cik ina


zaman sekarang kita terpaksa akur ngan kanak -kanak kecilkan. samalah kita

Unknown berkata... [Reply]

Syuxer,
sebenarnya khusyuk tengok kartun lagi ok dari "mengemas" rumah.. haha..

Unknown berkata... [Reply]

Cik Ina,

sama-sama :D

betul2..kecik2 da pandai protes.. drama betul budak2 sekarang ni.. zaman saya kecik dulu..ayah beliak bijik mata sikit terus menikus.. hehe..

Ilyana berkata... [Reply]

zai, saya ni garang tau. kalau kimi nak tgk cerita tu..dia kena tgk. kalau dia tak tgk saya akan alih chanel. so..dia paham. kalau takmo saya alih chanel dia akan tgk bersungguh2. hehe

dia tak brani nk konker tv/laptop. pilih 1 je boleh. kalau taknak tgk, mommy dia nak tgk cerita lain. hehe

Unknown berkata... [Reply]

yana,
bukan garang.tu tegas.mmg kena macam tu sebenarnya..kalau benda mcm ni..antara saya dgn husband.. saya lagi tegas kot..sebab kalau husband dia malas nak dengar aqil melalak2..so dia bagi je..

kalau saya..kalau dia tak tengok saya tukar je..hehe..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com