Rabu

Aku terjebak. Tolong maafkan aku

Assalamualaikum
Sorry kalau ada yang tak suka dengan bacaan tak berapa nak santai kat blog aku lately. Anggaplah aku salah makan minggu ni. Kalau rasa-rasa nak muntah baca luahan hati aku, ada button dalam kotak ada X tu. Click je. Aku takkan mengganggu mimpi indah sesiapa.

Korang pun tau kejadian sabtu lepas. Satu negara duk sibuk cerita pasal isu tu. Ala yang tuu. Macam-macam  reaksi aku dapat tengok kat WALL FB aku. Aku adalah seorang manusia yang memang kurang kerja bila duk kat opis. So aku memang sangat-sangat rajin menambah ilmu pengetahuan dalam macam-macam bidang. Dari kesihatan, rumah  tangga, parenting, politik, perniagaan. Pendek kata, apa yang menarik semua aku nak baca. Ok aku tamak.

Aku rasa ramai orang Malaysia sekarang ni duk rasa negara ni aman. Sebab tu ramai yang kononnya rasa tak aman bila timbul benda-benda yang macam kejadian sabtu lepas tu. Ramai la yang mengutuk dan mengeji mereka yang menyokong benda tu sebagai manusia yang tak reti bersyukur. Makan cukup pakai cukup boleh pergi keja. Hujung bulan dapat gaji. Ndak apa lagi? Tambah lagi isu itu dikatakan mempunyai hidden agenda oleh sesetengah pihak.


Antara persoalan yang betul-betul buat aku berserabut bila orang duk kutuk-kutuk mereka yang memberi sokongan.
(1) Hidden agenda - korang ada bukti? Kalau bukti yang media canang, tapi takde bukti kukuh lupakan je la. Ingat Marina Mahathir suka ke dengan PAS.
(2) Boleh menyebabkan pertumpahan darah macam insiden berdarah 13 Mei - Orang berhimpun bukan nak merusuh,  nama pun walk for democracy. Selain tu, dalam perhimpunan tu ada semua kaum. Kan ke ini 1Malaysia
(3) Melayu je yang sokong, bangsa lain semua duk rumah makan kuaci - korang ada kat situ ke? korang pegi tak? tengok tak macam mana semua bangsa join sekali. Orang sabah sarawak pun ada.
(4) Kesian peniaga kat kawasan tu rugi, tak boleh meniaga - Yang suruh tutup kedai siapa? Peniaga yang meniaga hari tu semua untung besar. Siap ada yang tak cukup stok. Kalau ada yang pegi jual air confirm sold out. Ada  kedai yang terbakar? kena pecah masa perhimpunan tu?
(5) Nanti banyak sampah diorang buat lepas abis berhimpun - Ala..toksah nak cong la..Sampah kat Malaysia ni kat mana-mana ada. Lagi-lagi time konsert. Tak pulak bising.
(6) Agong dah bagi titah tak payah berhimpun - A samad said kan dah jumpa Agong aritu. Korang ada sekali ke masa tu? Agong cakap apa masa tu korang tau yang pandai-pandai nak kata Agong kata tak payah himpun
(7) Kalau dah jumpa Agong kenapa tak bagi masa tu je - Tau erti protokol? Tak reti? takde ubat la tu
(8) Kalau tak bersih macam mana pembangkang boleh menang 5 negeri masa PRU 2008 dulu - Kalau bersih silap-silap semua negeri pembangkang sapu. Kalau bersih, siapa nak jawab ada 88 orang dalam satu rumah dalam list pengundi? Kalau dah rasa bersih. Buat je la tuntutan tu. Yang menuntut ni rakyat. Pilihanraya hak rakyat. Bagi la rakyat rasa senang hati nak mengundi.
(9) kan pertubuhan haram, mana polis boleh bagi permit nak berhimpun - Siapa kata ianya satu pertubuhan. Ia adalah satu program bawah naungan 62 NGO. Program tak payah nak daftar. Macam program maulud nabi. Nak jalan-jalan untuk maulud nabi nak permit bagai ke
(10) Pemimpinnya kafir, buat tuntutan yang menghina Islam - Ni aku nak korang check betul-betul. Ini berkaitan dengan undang-undang negara. Manusia yang buat tuntutan itu adalah seorang peguam. Dia tahu lunas undang-undang kat Malaysia ni. So, tuntutan yang dibuat adalah berdasarkan undang-undang. Dia menjalankan tanggungjawab dia sebagai seorang peguam. Ini bermakna, undang-undang tu sendiri yang dah bagi green light untuk orang nak buat tuntutan tersebut. Yang perlu diperbetulkan adalah undang-undang tu sendiri. Ingat tak pesanan Rasulullah. Umat Islam kena berhati-hati dengan agama lain. Maksudnya adalah, kita kena siapkan diri betul-betul. Orang kafir
memang tak tau pasal Islam. Dia akan sentiasa mencari jalan nak menyesatkan orang Islam (kalau ada niat macam tu la) Yang tu memang takde ubat dah. So kita sendiri kena berhati-hati. Sebab tu yang ada kuasa kena faham Islam. Supaya boleh gubal undang-undang yang ikut celah mana pun orang bukan Islam tak boleh buat pertikaian.
(11) Menyusahkan orang ramai je, jalan sesak, sampai kenduri kawen pun terjejas - Check betul-betul. Jalan sesak sebab apa. (a) Polis buat roadblock sebab nak tangkap manusia-manusia yang nak pergi join (b) Polis tutup jalan - sebab apa aku pun confuse. Kalau polis bagi kerjasama, takde roadblock, takde tutup jalan. Agak-agak jalan jem tak? Tak? Tipu! Wajib jem. Kat celah mana kat KL tu tak jem. Takde berhimpun pun jem. Cuba kalau polis tolong kawal traffic. Takde la jadi jem gila macam aritu.
(12) Buat apa perhimpun-himpun ni, Malaysia kan dah aman. Menyusahkan orang je - Mungkin orang lain melihat aman sebagai aku cukup makan, aku cukup tidur, aku ada kerja, aku dapat duit hujung bulan, aku ada kereta, takde orang riot sebagai aman. Perasan tak semua tu pasal "aku" semata-mata. Betapa pentingkan diri sendirinya manusia sebegini. Pernah tak korang terfikir pasal orang lain yang tak cukup makan, takde keja, takde rumah. Pasal orang yang makin ramai suspek mati kena tembak. Mungkin pada orang lain melihat isu ni sebagai "padan muka,siapa suruh buat jenayah". First of all, seseorang adalah tidak bersalah hingga terbukti dia bersalah. Bagi aku menembak mati suspek adalah satu jenayah. Walau pun dilakukan oleh anggota keselamatan. Seorang suspek wajar diberi peluang untuk dibicarakan secara adil. Biasanya yang kena tembak mati adalah kerana suspek dikatakan cuba menyerang polis. Dengan parang. Kira self defend la. Seorang anggota polis menerima latihan untuk menembak, mempertahankan diri. Sekiranya tembakan perlu dilakukan, ianya adalah untuk disarm (aku tak sure BM nya apa) suspek. Maksudnya kalau nak disarm, tembakla kat tangan. Bukan aim kat kepala. Lepas tembak mati, polis akan buat sidang akhbar kata dengan kematian suspek ni, selesai kes kejadian curi disekian sekian kawasan. "Selesai" in terms of orang mati tak boleh cakap. Adil ke bagi keluarga si mati. Pernah terbaca satu kes 3 remaja kena tembak. Polis cakap tembak dari jarak jauh. Post mortem report kata tembakan dari jarak dekat. Remaja tu ditembak dengan kedudukan pistol 45 darjah dari kepala. Maksudnya kemungkinan budak tu duk melutut. Nampak tak? Aku bukan kata semua polis tu jahat. Tapi yang buruk tu banyak sangat nampaknya. Korang rasa aman ke kalau orang yang  sepatutnya dibayar gaji dengan duit yang korang bayar cukai tu memang jenis manusia macam gian nak tembak orang. Sikit-sikit nak tembak. Tembak takde tempat lain. Mesti nak tembak kat kepala. Macam ni ke aman?
(13) Nama negara tercemar sebab kejadian ni - Sila faham. Nama negara bukan tercemar sebab ada orang berhimpun, tapi tercemar sebab cara government handle issue ni. Apa masalahnya kalau nak clean and fair election?
(14) Da habis berhimpun, dapat apa? - Selepas perhimpunan ni memang kerajaan kelam kabut. Aku tak tau dia takut kenapa kalau dah bersih kan..Kenapa aku kata takut..Kalau tengok ucapan Najib masa kat PWTC pun boleh tau.  Kalau tak takut kenapa kalut? Sampai melalut lalut kutuk Anwar yang cedera. Agak-agak kalau tembak tear gas depan muka dia muntah kuning tak?


Post mortem ikut pendapat aku
(1) Media tak telus dalam memberikan laporan. Banyak laporan yang menyebelahi kerajaan dan memburukkan perhimpunan
(2) Agency antarabangsa menekan tindakan kerajaan yang menyalahi hak asasi manusia - kebebasan untuk berhimpun. Tapi kerajaan buak tak peduli. Aku confirm ranking Malaysia dalam carta hak asasi manusia akan jatuh. Dan kedudukan Malaysia dalam UN akan dipertimbangkan semula sekiranya kerajaan terus berdegil.
(3) Masyarakat yang peka (bukan yg baca utusan dan tgk tv3 semata mata) mula nampak macam mana polis bertindak
(4) Lebih ramai orang akan mula celik untuk mencari kebenaran. Yang tak cari tu terpulang la kan.
(5) Yang sebelum ni duk hina keji kutuk orang yang menyokong perhimpunan mula senyap kat FB wall aku. hahaha..


Yang kata video upload kat Youtube tu video direka memang aku tatau nak cakap apa..Hahaha..
Ini cuma pemerhatian aku. Aku tak kata aku betul, orang lain salah. Terpulang pada penilaian masing-masing. Kita diberikan akal untuk berfikir. Gunakan dengan sebaiknya. Mungkin ada orang menyampah dengan entry politic kat sini. Suatu ketika dulu aku pun tak peduli sangat. Aku rasa menyemak. Takde kaitan dengan aku. Bila aku dah kerja, aku ada anak. Nak taknak aku kena ambik tau jugak. Siapa yang menjadi pemimpin, ke arah mana negara dipimpin akan beri kesan pada masa depan anak-anak aku.

OK.Now aku da rasa kurang berserabut. Nice!

Oh satu lagi..tolong la kurang kurangkan perangai racist. Menyampah aku. Ingat Malaysia ni orang melayu je ke.


Baca komen antarabangsa yang korang takkan jumpa dalam media kat Malaysia.
Amnesty International 
Guardian
ABCnews
UN
VOAnews
Amnesty lagi

Daa

11 comments:

Unknown berkata... [Reply]

hahhaa..entry panas ni....bagi aku,gomen skrg memang byk tak betul sebab tu org dah naik menyampah but aku tak rasa berhimpun itu satu cara yg bagus..dan aku tak pikir anwar itu layak jadi PM...hahaha...mungkin org lain tapi bukan dia...tapi kat mana nak cari org telus dalam politik kat malaysia ni...tapi tulah,pemuda pemudi hari ini berjiwa sangat membara tapi aku takut menang sorak,kampung tergadai...aku setuju malaysia utk semua tapi kaum lain pikir mcam tu ke...nak tak nak,kita akan lebihkan kaum sendiri..berjuang untuk islam bukan berjuang utk anwar...sekali lagi,aku tak nampak apa yg bagusnya anwar tu...hehehe...panjang plak komen aku

Unknown berkata... [Reply]

hahaha..aku agak dah..mesti ko gelakkan aku ila..bagi aku diorg berhimpun sbb dah last resort.. bincang2 dgn spr pun diorg takde buat pembaikan..pemuda pemudi sekarang tau dah ila..kalau tak sorak pun kerajaan memang duk gadai kampung..aku tak berani nak cakap siapa yg layak jadi PM..tapi aku tau aku mmg tak suka PM kita sekarang..hahaha..

mummY daniSha berkata... [Reply]

terbaik punye entri beb!!!hahahahaaa....aku sokong 200 % hahhaaaa.jawapan yg bernas!!......aku paling x suke org duk maki2,mencarut ckp pasal politik kat fesbuk....tu yg aku sound tu kat fesbuk hehee...

Nini Hartini berkata... [Reply]

Takbir!!!

haha...good job rai. orang yg tak baca memang sengaja tak nak membaca kebenaran.

lagi satu, agong dah perkanan, tp Najib berdolak-dalih. sape tak marah. mula2 dia yg ckp BERSIH derkata perintah Agong. Bila Agong dah perkenan, dia minta buat di Stadium. BERSIH setuju. Tapi najib kerajaan Najib tiba2 xnk bg permit. Ape kes pulak kan? nampak sgt dia yg derhaka dgn Agong!

Nini Hartini berkata... [Reply]

award utk rai

http://tanpanama33.blogspot.com/2011/07/award-and-7-things-about-me.html

Unknown berkata... [Reply]

mas,
tu la..aku ketar tangan je nak mereply..tapi pk2 balik kadang2 tak berbaloi pun..

Unknown berkata... [Reply]

tini,
betul tu..tapi respect pada yg join perhimpunan ni..walau pun kena provoke takde pun yg pegi mengganas belasah polis..haha..

Irfa berkata... [Reply]

SMTI :-)

Hamba Ilahi berkata... [Reply]

artikel terbaik..

mohon copy..


saya akan bagi backlink.

:)

Unknown berkata... [Reply]

irfa,
apa smti tu?

Unknown berkata... [Reply]

hamba ilahi,
silakan..thanks ya.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com