Selasa

Tak mengenang budi

Masa pergi rumah datuk belah mak aku aritu, datuk aku sibuk la berkempen tentang jasa-jasa kerajaan. Biasa la orang veteran memang kuat sokongannya pada kerajaan. Antara dialog nenek aku yang aku paling tak boleh terima adalah "waktu kita susah dulu sapa kutip kita"

Hehe..Nak gelak pun ada. Aku dengan goshujin sama bukanlah nak kata benci sangat pada kerajaan. Tapi dah naik menyampah dengan cerita dongeng dan wayang yang ditayangkan tiap hari. Bukan aku ni tak reti bersyukur. Tapi sudah sudah la tu.

Lagiii la bila ada orang cakap jenis jenis macam tu. Agak panas jugak la masa tu. Kalut mak aku bagi signal supaya kitorang stop dari bertekak ngan datuk aku. Buatnya orang tua tu sakit jantung. Naya je..Hehehe..

Apa pun pilihan raya akan datang ni aku harap semua orang yang cukup syarat mengundi pergi mengundi. Undi siapa yang korang rasa layak. Yang sanggup bersusah payah demi rakyat. Siapa pun pilihan kita, bukan sebab aku ni tak kenang budi. Aku tak boleh living in the past. Kena terus melangkah. Yang jasanya dulu memang dikenang. Tapi yang akan datang pun nak kena fikirkan juga. Harap pilihan raya akan datang akan cukup BERSIH.

Baca nih : Politik gaya melodi & galaksi

6 comments:

Nini Hartini berkata... [Reply]

tu lah. org veteran suka bg alasan tak kenang budi. padahal kita mmg bayar cukai dan itu mmg t/jwb kerajaan. kalau yg menjadi kerajaan adlh PR, maka merekalah yg akn buat itu-ini utk rakyat.

tp mmg kesian dgn org2 tua yg cuma tgk TV3 dan RTM, baca utusan meloya. mmg mati2 kena tipu dgn pihak itu.

Unknown berkata... [Reply]

tu lah..bagi saya tak timbul soal tak kenang budi sbb diorg dipilih dan dibayar gaji utk uruskan duit kita. pilih org lain pun diorg akan buat hal yang sama. kalau yg terpilih dah tak boleh buat kerja dgn baik..apa salahnya pilih org lain..

Nini Hartini berkata... [Reply]

yup..setuju sgt.


ehem..ehem..

jom, BERSIH. hahahaha

Unknown berkata... [Reply]

ehem..jom..tapi takut pulak anak2 yg masih kecik ni tak beremak nanti.. hahaha..takpe..hati saya ikut berarak..

semoga yg join semua selamat dari penganiayaan..susah hati jugak..

Nini Hartini berkata... [Reply]

hehehe.. ke situ pulak fikirnya. haha...

last 2 years, tini ikut berarak. kena sembur watercanon, gas pemedih mata dan dikejar polis. pglmn mendebarkan tp bahagia utk dikenang.

Unknown berkata... [Reply]

wahh...ye ke..menariknyaaaa.. ala.. ruginyaa tak join masa 2007 dulu (masa tu tak berapa nak ada kesedaran)

betul tu..pengalaman cam ni yg boleh cite kat anak cucu..hahaha..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com