Selasa

Masak lemak labu untuk Nini Hartini

Dari SINI

Khas untuk Nini Hartini yang tengah pening kepala dengan permintaan sang suami. Resepi ni belajar dari mak saya.

Bahan-bahan
Bawang besar
Kunyit (serbuk/kunyit hidup)
Ikan bilis (kalau goshujin sama suka ganti dengan ikan selayang rebus)
Labu dipotong dadu
Pucuk manis (tambah kalau suka)

**kalau guna ikan selayang - rebus ikan dengan garam dan asam keping. Ambik isinya saja diblender bersama bawang besar

Cara-caranya
Masukkan santan, bahan yang diblender dan labu yang telah dipotong dadu ke dalam periuk. Masak dengan api kecil sambil dikacau sentiasa supaya santan tak pecah. Bila labu dah lembut, masukkan daun pucuk manis (optional) Garam dan sedikit gula sebagai penambah perisa.

11 comments:

Nini Hartini berkata... [Reply]

haha...thanks kak.. ermm, pucuk manis boleh diganti dengan ulam raja tak? haha. Ilhan tanam ulam raja je, pucuk manis xde lah kak...

tini cedok2 sikit resepi akk ni dan kalau ikan bilis boleh tukar ke udang kering tak?

Unknown berkata... [Reply]

haha..ulam raja tak boleh kot.. tapi kalau sayur bayam boleh la..

akak tak pernah pulak cuba tukar ke udang kering tapi rasanya takde masalah..

yantz-yeem berkata... [Reply]

sedapnya masak lemak labu nie...tapi kalo sy mkn kuah je...x reti nak mkn labu tu....hehehehe

jom ke blog saya nak mintak tolong sikitttt jek...tq!!!

Nini Hartini berkata... [Reply]

kehkehkeh...tak boleh eh?? tu lah kan rasa mcm pelik je guna ulam raja. hahahaha.. pengsan Ilhan. tp ms tini bg alasan tak nak masak,

tini :masa sesuai makan lemak labu dgn daging masak kicap.

ilhan : okey je. abg tak kisah. mak pn selalu buat mcm tu.

tini : mana ade. tini telefon mak eh? mengarut je mkn lemak labu dgn daging masak kicap.

ilhan : telefonlah. abg ok je tak kisah. kita yg buat, janji boleh makan.

Kan? xde alasan dah nk elak dari memasaknya. hehehehe...

Unknown berkata... [Reply]

hahaha..punye la taknak masaknya.. macam2..

saya malas nak masak lemak labu ni sebab malas nak kupas labu..leceh sungguh dgn getahnya tu..

combination yg saya suka..masak lemak labu ni makan dengan sambal belacan dgn ikan goreng kunyit.. tak toleh kiri kanan dahh..hahaha..

Nini Hartini berkata... [Reply]

ikan goreng eh?? ermm tu yg best kan? sbb mcm pelik je mkn dgn daging masak kicap.

nak gi kedai lah mcm ni. hehehe

dan sebenarnya tu lah alasan terbesar. tini x reti nk kopek labu tu. kehkehkeh...ada getah ke? aduii ni yg lg malas ni. hahahaha

Unknown berkata... [Reply]

actually daging masak kicap ok gak..cuma saya lagi suka makan ngan ikan goreng (sebenarnya sbb senang..hahaha)

getahnya tu cam pelik sikit.. suruh la org kedai tu buang kulitnya siap2..hahahaha... kalau saya biasanya saya suruh goshujin sama je buat. (dasar pemalas :P)

Nini Hartini berkata... [Reply]

Alaaaa. ni beli yg sebiji tu. belum siap kopuk lg..

masak dgn ikan senang . tu yg tini pn rajin. huhu..kalau rajin, gi kedai, kalau malas, masak daging je lah.

Unknown berkata... [Reply]

gi laaa buat..kesian si ilhan.. tah2 sampai mimpi2 nak makan labu masak lemak..

Ilyana berkata... [Reply]

slalu guna kacang panjang instead of pucuk manis. then makan tu lawan ngan lauk bersambal. ikan sambal ke, ayam sambal.. masyukkk.. hehe

Unknown berkata... [Reply]

saya memang tak suka kacang panjang sebab bila gigit ada bunyik ngit ngit..hahaha.. kalau kacang buncis makan la..

betul2..saya suka makan ngan sambal belacan dgn ikan/ayam goreng.. pehhh..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com